Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Saturday, December 21, 2013

Bermakna.

Bismillah.

*Tarik Nafas...
*Lepas..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Masih ada lagi helaan nafas untuk kita, menandakan bahawa kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus metaatiNya, untuk terus kembali padaNya.

Terima Kasih, Allah :)



Sabda Rasulullah s.a.w: "Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih seperti kain putih. Ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani dan Majusi."

Fitrah manusia ketika baru tiba ke dunia, sebelum dikotori oleh maksiat, adalah suci dari segala kejahatan. Manusia asalnya atau fitrahnya adalah baik, mencintai kebaikan, kenal dan taat kepada Allah SWT.

"Dan ingatlah ketika Tuhan mu mengeluarkan keturunan anak-anak ada dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) "Bukankah Aku ini Tuhan mu?" Mereka menjawab "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi."(Kami lakukan yang demikian itu) agar dihari kiamat kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan)"(7:172).

Itulah pengakuan roh sebelum dilahirkan ke dunia, yakni ketika dihadapkan ke hadrat Allah. Ruh pada ketika itu mengenali Allah dan mengaku hakikat diri adalah hamba-Nya. Tapi bila lahir ke dunia, Manusia dipengaruhi nafsu dan syaitan dan diperdaya oleh segala macam tipu daya kenikmatan dan kelazatan dunia, Maka jadilah ia derhaka dan lupa pada Tuhan yang sebenar.Allah SWT.

Tarbiyah.Mengembalikan manusia kepada fitrah. Mengembalikan manusia pada asalnya.

Bila disebut tentang tarbiyah, saya pasti akan tersenyum sendiri. Saya melihat sendiri, bagaimana tarbiyah mampu mengubah manusia. Dari biasa menjadi luar biasa, tak kiralah dari sudut apa sekalipun, mereka yang disentuh tarbiyah, luar biasa !

Manakan tidak, Tarbiyah sinonimnya Berubah.Bilamana kita claim kita ditarbiyah, kita kena berubah. Paling minimum kita sedar yang kita sedang berusaha untuk berubah. Kalau boleh nak semua benda dibuat kerana Allah.

Makan, minum, berjalan, duduk, baring sampailah kepada kuliah,talaqqi,halaqah semua nak buat kerana Allah.Dengan harapan Allah sudi pandang usaha kita dalam membina cinta untukNya.

Bilamana berbuat kerana Allah.Pastinya kita akan buat dengan sungguh-sungguh.Tak nak buat main-main.Bila waktu belajar, kita belajar sungguh-sungguh.Bila waktu kerja, kita kerja sungguh-sungguh.Bila waktu solat, kita solat sungguh-sungguh (usaha untuk khusyu'), hatta usaha pun, kita usaha sungguh-sungguh.



Disitu bermulanya kelahiran mereka-mereka yang luar biasa. Study dan dakwah dua2 difokus sehabis baik. Masa yang ada dimanfaatkan. Kurang tidur, kurang makan, kurang berehat. Senang kata kesenangan diri bukan lagi prioriti. Bukti cinta pada ilahi itu yang utama. Nak buktikan bila ditarbiyah, diri jadi lebih gagah dari biasa.Sebab kita tahu dan sering diingatkan kita ada Allah.Ya. Bila ada Allah diri tiada alasan untuk merasa lemah.

Usaha.Usaha.dan teruskan usaha. Hasilnya kemudian.Yang penting kita rasa seronok dengan usaha kita. Kita nikmati setiap langkah. Pahit atau manis, teruskan ditelan. Dengan menelan yang pahit, kita belajar mensyukuri yang manis :)

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."(94:5-6)

Dengan tarbiyah sudut pandang kita jadi berbeza.
Segalanya terasa lebih bermakna.

Seronoknya ditarbiyah !




#Allah lebih Tahu.



Monday, November 18, 2013

Pohon Cinta, Buahnya Redha :')

Bismillah.

Bilamana seorang hamba megetahui betapa Allah sangat mencintainya, yakin dan percayalah hamba tersebut akan sentiasa terasa termotivasi dirinya untuk meredhai segala perkara yang terjadi dalam hidupnya. Tidak kiralah perkara yang menyenangkan mahupun yang meresahkan. Hatinya kan sentiasa merasa syukur, tidak terlintas rasa ingin mengeluh.

Kerana apa?

Kerana dihatinya dia sangat menyakini bahawa Tuhannya pasti tidak menginginkan sesuatu untuk dirinya melainkan yang baik-baik sahaja. Hamba itu yakin tujuan dia diciptakan Rabbnya bukanlah untuk diazab tetapi dia diciptakan dengan penuh kemuliaan untuk dimasukkan ke dalam syurga, sebuah negeri yang punya kenikmatan abadi. Malahan setiap ketentuanNya merupakan jalan yang telah disusun oleh Rabb bagi menuju negeri tersebut.



Sahabat yang disayangi kerana Nya,

Ketahuilah,
Ketika Allah mendatangkan sesuatu yang menyakitkan ataupun musibah yang begitu membebankan, ianya tak lain dan tak bukan hanyalah 'alat' yang digunakan Allah untuk menyedarkan hambaNya bahawa dunia ini bukanlah tempat tinggal kita yang sebenar, ianya hanyalah persinggahan yang sementara. Dunia adalah negeri ujian. Tak punya nilai dipandangan Allah.

"Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat): mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)"
(As-Sajadah [32:21])

Ujian juga merupakan antara wasilah dalam membersihkan diri dari dosa dan kelalaian. Segala ketentuan Allah hakikatnya, adalah yang terbaik untuk hambaNya..

Mafhum sabda Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) : "Tidak ada satupun musibah, penyakit, gangguan yang menimpa serang muslim hingga duri yang mengenainya kecuali dengan Allah kesalahan-kesalahannya."(muttafaqun 'alaih)

Kadang-kala bila rezeki terasa sempit percayalah, ia juga merupakan kasih dan sayang Allah untuk hambaNya.Seperti Sabda Baginda  (صلى الله عليه و سلم) : "Sesungguhnya Allah benar-benar akan menjaga hambaNya yang mukmin dari dunia,padahal dia mencintainya, Sebagaimana orang yang sakit menjaga dirinya dari makanan dan minuman yang dikhawatirkan(memparahkan penyakitnya)" (Hadith sohih)

Redha tidak mungkin dapat dirasai melainkan jika cinta Allah telah bertakhta didalam jiwa dan raganya.

 Seperti  kalam Umar bin Abdu Qais, "Kecintaanku pada Allah telah memudahkan dari setiap musibah dan menjadikan aku redha dengan setiap ketentuanNya.Aku tidak peduli dengan apa yang menimpaku di pagi dan petang hari ketika aku telah mencintaiNya."

InsyaAllah, Jika kita benar-benar mencintai Allah, Maka kita akan mencintai setiap hal yang dikehendaki Allah atas diri kita.

Ayuh, mula membina cinta untuk Allah, Moga Allah turut mencintai kita :)

#Wallahu'alam.




Wednesday, July 3, 2013

Rindu Tak Terlunas.

Bismillahirahmanirrahim

Persahabatan itu tidak akan terhanyut pergi
Meski dunia yang kau tinggalkan
Menjanjikan tiada lagi pertemuan dunia
Lantaran hati penuh rasa terkilan
Aku belajar erti meredai.

"Ana sayang ukhti"



 Yang terpisah itu cuma jasad
Bukan ingatan dalam kenangan
Sungguh kau segar dalam doaku
Mengalir air mata menyubur rindu.

Kau sahabat terbaik ku
Membawa aku mengenal yang Esa

Sahabat
pergi mu tarbiyah untukku
Menguji iman yang ada
buat aku terbangun
dari tidur yang lama.

Kematian itu pasti
Cuma detiknya tak diketahui
Sahabat,
Berehatlah dengan tenang disana
Aku mencintaimu.

Disegenap ruang kehidupan ku
Kau terlalu istimewa
Menjadi bintang dalam kehidupan ku
Terlalu bernilai.

Tak mampu ku hurai saratnya rindu
Cukup bagi ku untuk yakin
akan pertemuan kali kedua
Moga ianya disyurga kelak.

Sayangnya aku pada kamu kerana Allah.InsyaAllah.



Al-Fatihah buat sahabat tercinta yang telah pergi dahulu,

Nadia aka Rabiatul Adawiyah Zakaria

26 May 1992 - 2 Julai 2013.

Sunday, June 9, 2013

Bersama DIA, Segalanya Terasa Sempurna.

Bismillahirahmanirrahim :)

Cukup untuk yakin Allah ada bersama,Segalanya terasa sempurna :)


Jalan ini

Katamu
Jalan yang penuh kesedihan
Sepinya berpanjangan
Rasa ditinggalkan
Jauh terkebelakang

Katamu 
Jalan ini penuh kesesakan
Menyempitkan akal
Melemaskan jiwa 
Malah begitu menghinakan 
Hanya sesuai bagi mereka yang tersisih.

Katamu lagi
Jalan ini jalan yang dibenci
Tak siapa sanggup menemani 
Dan akhirnya aku kan terus sunyi
Hidup bersendiri.

Itu katamu,
Berbeza dengan kata hatiku.

Percaya sahaja tidak mencukupi,masih perlu pada keyakinan.


Bagi ku jalan ini penuh kebahagiaan
Tidak pernah sedetik aku keseorangan 
Tidak pernah sesaat aku ditinggalkan 
Tidak pernah sekali aku diabaikan
Kerana aku tahu
Dijalan ini aku punya DIA.

Kata hatiku
Jalan ini penuh ketenangan
Mendidik akalku
Mendamaikan jiwa
Malah aku terasa mulia dengan 'izzahnya jalan ini

Kerana aku tahu
Dijalan ini Aku bersama DIA.

Kata hatiku lagi,
Jalan ini penuh cinta
Khas dari Pemilik segala cinta
Setiap waktu DIA setia menemani
Tak pernah sekali DIA melupai

Kerana aku tahu
Dijalan ini aku membina cinta untukNya.

Sering.Selalu.Sentiasa.

Setia bersamaNya ternyata aku tidak mungkin pernah kecewa.


Dari Abdullah bin Abbas R.A- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: "Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamuJagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah ditetapkan takdir-takdir."

(Hadith riwayat At-Tirmizi)

Wallahu'alam.
Moga Allah redha :D

Monday, June 3, 2013

Yang Memotivasikan itu Allah :)

Bismillahirahmanirrahim :)

Alhamdulillah selesai sudah imtihan.Habis je imtihan keesokannya ada program motivasi ^^ SubhanAllah.Pengisian yang diberikan sangat2 mantap.Sungguh saya memang sangat terkesan.Untuk pertama kalinya saya merasakan inilah satu2nya program motivasi yang membuatkan saya terasa saya bukan termotivasi kerana pengisinya yang petah berbicara tapi yang memotivasikan saya adalah.Allah.

Pengisi tersebut banyak berinteraksi dengan Quran.Buat Quran terasa lebih dekat dengan diri.Buat saya sedar bilamana saya punya Allah tak ada sebab untuk saya rasa lemah.Motivasi Allah dalam Quran terlalu banyak.Free je.
Tak pernah jumpa doktor sesimple doktor ni :)
Antara yang buat saya tertarik sebenarnya adalah perwatakan doktor ni.Sangat santai dan yang paling penting He walks the talk.Senang kata apa yang disebutkan majoriti beliau sediri buat.No wonderlah motivasi beliau begitu memotivasikan :D dan betul lah bilamana kita banyak berinteraksi dengan ayat2 Allah secara automatiknya kita akan terasa disuntik semangat agar menjadi insan yang luar biasa.

Saya petik kata2 Doktor tersebut ,

"Manusia bila disentuh dengan tarbiyah maka yang terhasil adalah perkara yang luar biasa"

Sangat bersetuju.Beliau ada menceritakan kisah seorang akhawat yang sebelum dia ditarbiyah dia seorang insan biasa.Terlalu biasa.Tapi bilamana dia ditarbiyah,ternyata kejayaan ukht ni luar biasa hebatnya.Sekarang ukht tersebut sedang menyambung master dan researchnya diantara top research.
Saya dalam hati,terkesima gitu.Terfikir hebat sungguh kuasa tarbiyah ni mengubah manusia.

Hebatnya kuasa tarbiyah,
Sehingga mampu mengubah manusia,
Dari Lemah menjadi Kuat,
Dari Benci menjadi Sayang,
Dari Jauh menjadi Dekat,
Dari Malas menjadi Rajin,
Dari Biasa menjadi Luar biasa,
Dari suka beralasan jadi malu untuk beralasan.

Baru sedikit yang disenaraikan dan hakikatnya terlalu banyak lagi.
Tarbiyah.
Never underestimate the power of Tarbiyah.

Wallahu'alam.
Yang memotivasikan itu Allah sebenarnya.

"Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang akhawat melainkan dapat bertemu dengan akhawatnya yang lain"_Ummi



"Sedangkan Allah yakin pada kita.Kenapa tidak kita yakin pada diri sendiri"_Insyirah

"Mohonlah pertolongan dari Allah.Remember HE's not the second"_Aisyah

Yang memotivasikan itu Allah sebenarnya,Makhluk cuma perantaraan sahaja :)

"Sebarkan cinta,Sembuhkan dunia"_Syazana

"Saya mahu diuji kerana saya tahu tika itu Allah memandang saya"_Sakinah

P/s:Nah gambar yang awak nak.Ni je ada ^^

Thursday, May 9, 2013

Masih Terlalu Banyak.

Bismillah.

Coretan kali ini.Khas untuk mereka yang sedang menuntut ilmu.Ditambah pula dengan fatrah imtihan.Masing2 sibuk mentelaah pelajaran.Ada yang stay up semata2 untuk hbiskan silibus pelajaran.
Moga Allah pandang usaha kita semua.

Jadikan fatrah imtihan ni lah sebagai turning point.

Dari malas baca buku jadi rajin baca buku,
Dari malas baca Quran jadi rajin baca quran.
Dari malas bangun malam jadi rajin bangun malam..
Dari malas beribadat jadi rajin beribadat...

Dahab bluehole_Jaulah Sinai


Tapi jangan hanya pada fatrah ini sahaja.Perlu cuba untuk kekalkan walaupun diluar fatrah imtihan, hatta sampai mati sekalipun.

Jangan sampai terlupa kita ni bukan hamba peperiksaan,kita ni hamba Allah.:)

#Hakikatnya terlalu banyak lagi ilmu diluar pengetahuan kita.Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mencintai ilmu.

*Wallahu'alam.Moga bermanfaat.

Sunday, May 5, 2013

DenganMu Aku Lebih dari Kuat.

Bismillah.

Sempat capture time  group discussion :)

Saatnya tidak mampu bertahan.
Teruskan mencari kekuatan.
Yakin selagi punya DIA.
Kita lebih dari mampu.

#Moga Bermanfaat.InsyaAllah.

Saturday, May 4, 2013

Allah Knows Best.

Bismillah.
Khas untuk kamu yang sedang berduka.

Hadiqah Ad-Dauliyah,Kaherah
Allah itu selalu ada.
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Tak perlu gusar.Tak perlu gelisah.
Buka langkah dan teruskan mujahadah.


Moga Terus kuat :)



#Salam Imtihan.

Sunday, April 21, 2013

Terlalu Sukar Bagiku.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ku nukilkan tinta dari hati seorang pendosa
Saatnya ku bersendiri
Sepi datang menemani hati
Pebagai persoalan melalui
Menjadi tanda tanya pada diri

MendekatiMu Tuhanku
Terlalu sukar bagiku
Payah.Malahan terlalu payah.
Kadang terasa diri tak lagi berdaya
Rebah.Tersungkur.
Jatuh menyembah bumi.

Langkahku rapuh.Goyah.Tak terarah.
Jelas tiada keyakinan.
Sering tersungkur dilembah silam.

Sudah berkolam air mataku
Namun hati,tetap dhoif.

Aku rindu.

Jiwaku sarat dengan rindu.
Betapa jiwa ini terbeban
Dengan rindu yang tak terluah
Hanya kerana hati yang penuh dosa.

Lompongan ini
Buat aku jadi derita
Walau hidup dikelilingi insan
Jiwaku tetap sunyi
Seakan hilang rencahnya.

Kejahilan itu terulang kembali
Deritanya aku !
Karat2 ini perlu disucikan
Kerna hadirnya,
Menghalang cintaku padaMu.

Sungguh aku letih
Mengulangi dosa semalam
Sudah terlalu banyak janji setia ku berikan
Namun tak satu ku tepati.

Dan aku masih disini.
Masih setia di takuk yang lama.

Kelam.Gelap.Hitam.

Ahh..Hibanya iman !

Sampai bila aku harus setia pada kebinasaan?


#Wallahu'alam.

Thursday, April 18, 2013

Sungguh Tak Sangka.


Bismillahirahmanirrahim.


Post kali ini khas untuk kamu.Satu-satunya adik perempuan yang teramat lah disayagi.Moga dalam keadaan yang sihat-sihat sentiasa.Baik yang jelas nampak mahupun yang terselindung dibalik hati.Moga kedua2nya sihat sentiasa :)
Rindu kamu.
Sedar tak sedar nak dekat lapan bulan saya disini.Dan ternyata jarak yang jauh merapatkan kita.Sungguh saya bahagia ^_^


A sister is someone with whom you grow up

She is the person with whom you argue and laugh. 
A sister is someone you love. 
She is the person with whom you have many memories. 
A sister is in your family by nature. 
She is your friend by choice. 
You are a sister, and I am glad you are mine.

Sekadar untuk pengetahuan kamu.
Sejujurnya saya sendiri tidak mengerti kenapa tiba2 jari ni jadi rajin untuk menaip.Mungkin kerana rindu.
Mungkin.

Sejujurnya tidak pernah sekalipun saya terfikir awak akan jadi sahabat yang paling dekat dengan saya.Dan ternyata punya adik seperti kamu buat saya mengerti terlalu banyak perkara.


Bila saya sedih kamu menangis.Sungguh tak sangka.Tak sangka sayang kamu sebesar itu.


Dan saya terkelu.Bila abah bagitahu yang kamu akan masukkan duit untuk saya setiap bulan.Dengan gaji yang tak seberapa kamu masih sudi memberi.Ummi ada bagitahu saya,Yang kamu tak boleh dengar kalau saya susah.Sungguh saya terkelu.



Tak sangka insan yang dulu saya rasa begitu jauh.Sebenarnya terlalu hampir.


Untuk kamu adikku sayang,
Moga kamu terus kuat dalam bermujahadah.Teruskan mengejar maghfirahNya.

InsyaAllah saya akan selalu ada untuk kamu.Walau kita tak saling bertemu namun dihati pertemuan itu sentiasa ada.Allah itu selalu ada.


Semoga kasih dan sayang ini mampu dibawa sampai ke syurga :)


Love,

Saya.

Monday, April 15, 2013

Benarkah Cinta?

Bismillahirahmanirrahim.

Bila hati mengukir cinta,
Bibir akan menghurai kata.
Namun bunga cinta masih tidak mekar.
Sedang pohon cinta itu sasa berdiri,
Sayang sekali,
Akarnya begitu rapuh,
Sehingga tiada buah yang mampu terhasil.

---------------------------------------------------------------



Kita kata kita cinta pada kedua IbuBapa kita hanya kerana DIA.
Kita kata kita cinta pada Abang,Kakak dan Adik kita hanya kerana DIA.
Kita kata kita cinta pada Kaum Kerabat kita hanya kerana DIA.
Kita kata kita cinta pada Ikhwah dan Akhawat kita hanya kerana DIA.

Tapi....

Ketika melihat mereka jauh dariNYA.Kita terus-terusan berdiam diri.Seakan pemerhati,sedang peluang untuk mendekatkan itu sebenarnya ada.
Ketika melihat mereka leka ditipu hawa nafsu.Dengan teganya kita tetap membiarkan.Kata kita mahu menjaga silaturrahim.
Dan sangat menyedihkan,bilamana kita melihat mereka tidak menunaikan hak2 Allah.Kita malahan tidak mengingatkan.Apatah lagi,menyuruh kepada kebaikan.

Sedangkan sudah Allah nyatakan dalam surah Al-Balad :

"Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar serta dan saling berpesan untuk berkasih sayang."
"Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan) adalah golongan kanan"

(90:17-18)

Alangkah dayusnya kita~

Dengan alasan menjaga ukhuwah.Kita sanggup melihat mereka selangkah hampir kepada neraka.Kejam sungguh.Itu bukan cinta namanya.Itu pengkhianatan.Sedang kita berhempas pulas untuk ke syurga.Mereka dibiarkan terus terabai.

Pathetic.

Kalau benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurgaNya. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya-Hilal Asyraf.

Jika benar cinta buktikan.Jangan terus-terusan berdiam diri.Mereka yang tersayang sedang menghampiri lembah kebinasaan.Sebelum mereka terjatuh.Sudah sampai masanya peranan dimainkan.Sebarkan dakwah terapkan tarbiah.Selamana mana ruh masih dijasad bererti kita masih punya peluang.Masih belum terlambat.


Ayuh sebarkan tarbiyah untuk buktikan cinta !

#Semoga kita mampu membawa cinta ini ke syurga.:)

Wednesday, April 10, 2013

Untuk Kamu.


Bismillahirahmanirrahim.


Kali pertama bertemu,
Tidak menyangka persahabatan ini mampu bertahan
Melayari waktu demi waktu
 Hari demi hari
Detik demi detik 
Sehinggalah kesaat ini.

Mengenali kamu satu rahmat bagiku
Pendekatanmu ternyata berbeza 
Membawa aku ke alam penuh berbeza
Dunia yang tidak pernah ku sedar realiti kewujudannya
Dunia yang jelas begitu asing.

Dunia itu,
Tak mungkin dapat dirasa kemanisannya
Tak mungkin dapat dilihat keindahannya
Tak mungkin dapat didengar kemerduannya
Tak mungkin dapa dihidu harumannya
Melainkan terdapat jiwa didalamnya.



Kerana itu
Persahabatan ini terasa begitu bernilai
Hikmah pertemuan ini hati mengenal DIA
Dari hati yang kering 
Tandus dan kontang
Kosong tak terisi
Menjadi basah dan terisi
Membuat jiwa punya hadaf.


Jazakillahu khairan Jazak

Moga persahabatan ini 
Tak usang ditelan masa
Tak layu dimakan waktu
Dan
 Aku ingin menyayangimu
Mengatasi batas waktu dunia
Melewati kehidupan akhirat.

Citaku agar cinta ini 
Bisa dibawa sampai ke syurga.



#Sayang Kamu fillah.Sampai syurga.InsyaAllah.





Wednesday, April 3, 2013

Bilamana Allah Mencintai :D


Bismillahirahmanirrahim.

Sekali lagi setelah lama blog ni dibiarkan bersawang.Akhirnya saya ada masa untuk mengupdate. Alhamdulillah.Selamat membaca, Semoga bermanfaat untuk hati :)



Untuk seorang rakyat biasa mencintai rajanya itu tidak pelik.Tapi cuba kita bayangkan bilamana seorang raja mengisytiharkan cintanya pada rakyatnya.Seorang yang tinggi darjatnya menyatakan cinta pada mereka yang berkelas bawahan.Aneh bukan !

Dan untuk kali ini, suka saya berkongsi tentang cinta Allah pada hambaNya.Mungkin ada yang tertanya2,Sungguhkah Allah Yang Maha Kuasa mencintai hambanya yang tak punya apa2?

Dan Allah Yang Maha Penyayang.Menjawab persoalan ini.Dalam sebuah hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.

Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai pulalah dia oleh kalian semua, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” 



Subhanallah! Nampak tak? Betapa tingginya rahmat dan kasih sayang Allah pada hambaNya.Allah , bilamana DIA mencintai seseorang.DIA tidak berdiam diri.Malahan cintaNya itu diisytiharkan. Disebarkan.
Maka seluruh penduduk langit kan turut mencintai.Dan hamba itu dicintai segenap makhluk Allah yang ada dibumi.

Allah.

Bilamana seseorang itu dicintai Allah, Maka Allah campakkan kedalam hatinya ketenangan, kedamaian, bahagia penuh kasih dan cinta serta perlindunganNya.Segala keperluannya akan dicukupkan.Segala permintaannya akan diperkenankan..Tiada yang menghijab doanya pada Yang Yang Esa dan diakhirat kelak dia mendapat rahmat dan perlindungan Allah dari azab neraka.Bahagiakan?

Berkaitan dengan betapa Allah sangat mencintai hambanya :) Ada lagi satu hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang sangat biasa kita dengar dan sukalah untuk saya kongsikan di sini.

“Jika telah lewat tengah malam atau sepertiga malam yang akhir, Allah Yang Maha Mulia dan Agung turun kelangit yang paling rendah (langit dunia), lalu berkata: Adakah orang yang meminta kepada-Ku saat ini, pasti akan aku beri, adakah orang yang memohon ampun, pasti aku ampuni, adakah orang yang bertaubat, pasti aku berikan taubat-Ku, adakah orang yang memerlukan-Ku, pasti akan aku penuhi.” Dan itu terjadi setiap malam hingga terbit fajar”. (HR. Bukhari)


Alangkah indahnya jika kita beribadah kepadaNya,tidak kira siang ataupun malam, Berdiri ataupun duduk, dalam sedih atau gembira hanya atas dasar cinta kita kepadaNya bukan kerana takutkan siksa nerakaNya.Walaupun perkara itu tidak salah.Tapi bukankah Allah terlalu cinta pada kita.
Dan FirmanNya dalam surah Al-Maidah:54 .
“Maka Allah SWT akan mendatangkan suatu kaum yang Allah cintai dan merekapun mencintai Allah”

Jom buru cinta Allah ! :D

Wallau'alam.


Wednesday, February 20, 2013

Dakwah itu Kerja Cinta :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau benar cinta,segalanya pasti sanggup dikorbankan.Harta,Jiwa,Masa dan Tenaga.Segalanya.Pasti sanggup dilepas pergi.Biar derita pada jiwa asal yang dicintai tidak murka.Malah ingin dia bahagia.Itu cinta.

Jalan dakwah ni,Bukan macam taman,Ada bunga-bunga, ada rama-rama, ada kolam ikan.Ramai orang suka pergi taman.Tak macam jalan dakwah.Jalan dakwah ni sunyi.Banyak dugaan.Kadang2 ada duri2 kecil.Kadang-kadang duri besar.Dah tu ada gunung-ganang pula tu.Kena naik turun.Dugaan tak pernah berhenti.Sebab tu tak ramai orang suka jalan ni.Tak ramai orang yang sanggup lalu jalan ni.Macam mana lah boleh ada yang sanggup lalu jalan ni >_<

Kalau difikir-fikirkan sangat2 anehlah untuk seseorang itu meninggalkan segala yang dimiliki, melepaskan segala kesenangan yang ada hanya kerana satu jalan yang terlalu sukar.Jalan yang memerlukan kesabaran,ketabahan malahan pengorbanan yang bukan sedikit.Ye,lah.Cuba kita bayangkan siapalah yang sanggup tinggalkan rumah yang selesa, kereta yang mewah,movie yang best2.Dah tu,pergi ke satu tempat ,dah lah letih, susah , mencabar pula tu.Kalau diikutkan logik akal memang sangat mustahilah untuk seorang manusia yang tak punya satu asbab yang kukuh untuk besusah-susah sedang nikmat kesenangan tu ada je depan mata.

Tapi kerana yang dikejar itu bukan cinta yang biasa.Maka usaha yang diletakkn juga haruslah yang luar biasa.

Kalau tengok orang yang bercinta tu,
Kalau boleh hari-hari rasa nak jumpa,
Kalau boleh tiap masa nak bercakap dengannya,
Kalau boleh semua benda yang disuruh mesti nak buat,
Benda yang dibenci, tak nak buat takut dia terasa.Nanti dia marah.

Subhanallah.Adzim kan kuasa cinta yang Allah bagi.



Semua orang yang berada dijalan INI tahu.Dakwah terlalu sukar.Didalamnya terlalu banyak ujian.Namun matlamatnya cuma satu.Cinta Allah itu yang dikejar.Cinta yang paling agung.Jadi bila mana diri mengatakan cinta.Maka pembuktian  cinta itu perlu diaksanakan.Dan antara jalan yang perlu ditempuhi adalah jalan ini.Jalan yang dipanggil jalan dakwah.



Mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad) "jika benar kami mengasihi ALLAH maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi"(3:31)

Kalau benar seseorang itu cinta pada Rabbnya,
Mesti hari-hari rasa nak jumpa,
Tambahan pula, bila DIA yang panggil.
Selalu je rasa nak bercakap denganNya,
Semua benda yang disuruh mesti nak buat,
Benda yang dibenci, tak nak buat takut DIA Murka.

Itu cinta.
Dan
kalau benar cinta,mana buktinya?

Cinta menuntut segalanya dan perasaan atau tidak orang yang asyik bercinta ni tak kisah sakit mana pun pengorbanan yang dilakukan.Seakan-akan diberi bius.

Samalah macam dakwah.Kalau bukan sebab cinta mesti ramai yang tak nak buat.Tapi sebab kejar cinta Allah lah kita buat kerja ni.Allah yang suruh yang kita buat kerja ni.Maka kita kena buat.Rasailah cintaNYA.Buatlah dengan cinta.Sampaikanlah dengan cinta.InsyaAllah nanti bertambahlah jumlah mereka yang merasai cinta tersebut.



Tepuk dada tanya iman, Terdakwahkah cinta kita ?

Wallahu'Alam.

Monday, January 21, 2013

Fakulti Ulum Islamiah II :)

Bismillahirrahmanirrahim :)

Semoga dalam redaNya.

Post kali ini merupakan sambungan daripada post yang lepas.Maaf atas kelewatannya.Masih berbaki satu paper lagi.Doakan tau!Sebelum ini saya ada menceritakan serba sedikit tentang kos ulum islamiah,jadi disini saya sertakan link2 yang menghantar student2 yang ingin menyambung pengajian di Mesir.Senarai link dibawah adalah Agen2 yang dipercayai.InsyaAllah.

-Daulah Medic
-Islamic Medic
-Akademi Quran Medic


Seperti yang dikatakan yuran pengajian Fakulti ini adalah 1000 USD.
Sahabat sekalian bolehlah survey agen2 tersebut.Teliti sebaik mungkin.Bandingkan fasiliti yang ditawarkan,
kelebihan dan kekurangan.Senang kata survey sebaik mungkin lah.Jangan lupa istikharahnya.

Sekian saja dari saya :)
Wallahu'alam.

Link Pertama.

P/s:Agak kesibuka sebenarnya ~

Wednesday, January 2, 2013

Fakulti Ulum Islamiah :)


Bismillahirahmanirrahim :)

Assalamualaikum.

Semenjak seminggu dua minggu yang lepas ramai junior2 yang dah lama lost contact tiba2 muncul semula. Masing2 nak tahu macam mana saya boleh ke mesir menggunakan sijil SPM untuk menyambung pengajian agama.Jadi disini sangat sukalah utuk saya berkongsi cerita sedikit sebanyak tentang course yang diambil ni.

Bangunan Fakulti
credit to SFAK


Fakulti Ulum Islamiah/Faculty of Islamic Sciences.

First thing, yang perlu diberitahu ialah fakulti ini adalah fakulti yang baru di universiti Al-Azhar dan saya sendiri merupakan batch ke-5 disini.Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat ditemukan dengan fakulti Ulum Islamiah ni .Untuk pengetahuan semua antara sebab penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan graduan yang menguasai segala cabang ilmu islam merangkumi bahasa arab,syariah,usuluddin,ekonomi islam,perbankan islam dan macam2 lagi lah.

Tempoh pengajian kos ni selama 5 tahun .Mereka yang berjaya tamat belajar disini akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum islamiah dan Bahasa Arab/ Bachelor of Islamic Sciences and Arabic.Yurannya pula sebanyak 1000 USD setahun.

Syarat kemasukannya: sijil SPM dengan cemerlang dalam 6 subjek

*Bahasa Arab Tinggi
*Pendidikan Quran Sunnah
*Pendidikan Syariah Islamiah
*Matematik
*English
*Bahasa Melayu
Lagi satu tempoh sijil SPM tak boleh lebih dari 3 tahun.

Untuk pengetahuan yang sedetailnya boleh la tekan link ni :
Fakulti Ulum Islamiah

Ni saya petik sikit dari website tersebut
(secara random je la )

Setiap tahun terbahagi kepada 2 semester, Berikut adalah subjek yang akan dipelajari mengikut tahun.

                                 
 Tamhidi
-Kemahiran Mendengar
-Kemahiran Bertutur
-Kemahiran Membaca
-Kemahiran Menulis

Tahun 1
-Al-Quran
-Balaghah
-Feqh
-Isu-isu Akidah Semasa
-Tafsir
-Tauhid
-Ulum Hadis
-Nahu
-Kemahiran Bahasa
-Komputer
-Tarikh Adab dan Nusus
-Ulum Al-Quran
-Mantiq 1
-Sorf 1
-Sirah Nabawiyah

Tahun 2 
-Al-Quran
-FeqhLughah
-Sorf
-Mantiq
-Feqh
-Tafsir
-Hadis
-Tarikh Khulafa’
-Kemahiran Bahasa
-Ekonomi Islam
-Al-Quran
-Balaghah
-Tarikh Adab dan Nusus
-Ulum Al-Quran
-Tauhid
-Ulum Hadith
-Ilmu Sosiologi

Tahun 3 
-Al-Quran
-Nahu
-Feqh
-Al-Milal wa An-Nihal
-Tafsir
-Tasawuf
-Komputer
-Balaghah
-Ekonomi Islam
-Sorf
-Feqh
-Tarikh Falsafah
-Usul Feqh
-Tauhid
-Hadis
-Geografi Dunia Islam
-Ilmu  Perkausan
-Tamadun Islam

Tahun 4
-Al-Quran
-Tarikh Adab dan Nusus
-Nahu
-Feqh
-Akhlak
-Pengajian Orientalism
-Isu-isu Feqh Semasa
-Penulisan Tesis
-Usul Feqh
-Ekonomi Islam
-Balaghah
-Sorf
-Sejarah Dunia Islam
-Tarikh Falsafah
-Undang-undang Islam
-Al-Milal wa An-Nihal

Kuliah ini fully arabic.Mestilah kan.Tapi yang ahsannya kami tidak menggunakan bahasa arab Ammi(Pasar) kami memang akan belajar fully dalam Arab yan Fushah(Baku).Seronok !!
----------------------------------------------------------------------------


Untuk post kali ni memang nak share pasal tamhidi. Bagi tahun pertama daripada lima tahun tempoh pengajian ianya dipanggil tahun tamhidi(pre) hanya mempunyai 4 subjek sahaja.Semuanya melibatkan kemahiran.

*Kemahiran mendengar
*Kemahiran menulis
*kemairan Bertutur
*Kemahiran membaca

Jadi jangan risau.Mana yang dah lama tinggal bahasa arab tu ,waktu tamhidi ni lah kita nak asah betul2 empat kemahiran yang ada. InsyaAllah nanti bila dah naik tahun tak de lah kita kelam kabut  nak tangkap apa yang Lecturer sampaikan.Tambahan pula, bila naik tahun tentu2lah subjeknya pun semakin mencabar.Jadi dengan adanya tahun Tamhidi ni InsyaAllah sedikit sebanyak terkurang juga beban pada tahun yang akan datang.


Ramai orang cakap tahun tamhidi ni tahun relaks2  :) (ramai ke yang cakap ?Err..ntah la) tak kisah la.  Disebabkan tahun tamhidi nie agak ringan  masa nak pergi talaqqi tu memang ada sangat la.Biar ta faham pun pergi je. InsyaAllah dekat situ dapat juga tingkatkan kemahiran mendengar.Lagi best fakulti ni senior2 baik sangat :) caring dan selalu taujih kami ^_^ Senior2 kami yang ohseemm selalu pesan kalau tak pulun betul2 time tamhidi ni memang rugi sangat la. Sebab time tamhidi ni lecturer akan focus pada kita habis-habisan.Dah tu lecturer nya pulak..Subhanallah! Baik sangat :D macam umi abah kita je >_<

Dewan Kuliah
credit to: Hawa Misyari


Jujur saya katakan memang rasa best sangat ambil course ni. Tak rasa rugi apa pun. Biar orang cakap course ni lekeh2 pun.

Tulus dari hati :) saya jatuh cinta pada fakulti ulum islamiah ^_^

Harap membantu.:)

Wallhu'alam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Sekarang ni, Tahun Tamhidi dah tak ada. Digantikan dengan Markaz Lughah (Pusat Bahasa) Subjek masih subjek yang sama, maksudnya still belajar Kemahiran.Cuma bercampur dengan orang dari luar negara :)
Dan itu satu peluang sebenarnya untuk 'improve' kan lagi bahasa arab kita ^-^

#Markaz ada 7 mustawa(peringkat), setiap peringkat tempohnya dalam lebih dari satu bulan dan bayarannya lebih kurang RM  350 satu peringkat.

Moga Allah cinta.