Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Wednesday, February 20, 2013

Dakwah itu Kerja Cinta :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau benar cinta,segalanya pasti sanggup dikorbankan.Harta,Jiwa,Masa dan Tenaga.Segalanya.Pasti sanggup dilepas pergi.Biar derita pada jiwa asal yang dicintai tidak murka.Malah ingin dia bahagia.Itu cinta.

Jalan dakwah ni,Bukan macam taman,Ada bunga-bunga, ada rama-rama, ada kolam ikan.Ramai orang suka pergi taman.Tak macam jalan dakwah.Jalan dakwah ni sunyi.Banyak dugaan.Kadang2 ada duri2 kecil.Kadang-kadang duri besar.Dah tu ada gunung-ganang pula tu.Kena naik turun.Dugaan tak pernah berhenti.Sebab tu tak ramai orang suka jalan ni.Tak ramai orang yang sanggup lalu jalan ni.Macam mana lah boleh ada yang sanggup lalu jalan ni >_<

Kalau difikir-fikirkan sangat2 anehlah untuk seseorang itu meninggalkan segala yang dimiliki, melepaskan segala kesenangan yang ada hanya kerana satu jalan yang terlalu sukar.Jalan yang memerlukan kesabaran,ketabahan malahan pengorbanan yang bukan sedikit.Ye,lah.Cuba kita bayangkan siapalah yang sanggup tinggalkan rumah yang selesa, kereta yang mewah,movie yang best2.Dah tu,pergi ke satu tempat ,dah lah letih, susah , mencabar pula tu.Kalau diikutkan logik akal memang sangat mustahilah untuk seorang manusia yang tak punya satu asbab yang kukuh untuk besusah-susah sedang nikmat kesenangan tu ada je depan mata.

Tapi kerana yang dikejar itu bukan cinta yang biasa.Maka usaha yang diletakkn juga haruslah yang luar biasa.

Kalau tengok orang yang bercinta tu,
Kalau boleh hari-hari rasa nak jumpa,
Kalau boleh tiap masa nak bercakap dengannya,
Kalau boleh semua benda yang disuruh mesti nak buat,
Benda yang dibenci, tak nak buat takut dia terasa.Nanti dia marah.

Subhanallah.Adzim kan kuasa cinta yang Allah bagi.



Semua orang yang berada dijalan INI tahu.Dakwah terlalu sukar.Didalamnya terlalu banyak ujian.Namun matlamatnya cuma satu.Cinta Allah itu yang dikejar.Cinta yang paling agung.Jadi bila mana diri mengatakan cinta.Maka pembuktian  cinta itu perlu diaksanakan.Dan antara jalan yang perlu ditempuhi adalah jalan ini.Jalan yang dipanggil jalan dakwah.



Mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad) "jika benar kami mengasihi ALLAH maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi"(3:31)

Kalau benar seseorang itu cinta pada Rabbnya,
Mesti hari-hari rasa nak jumpa,
Tambahan pula, bila DIA yang panggil.
Selalu je rasa nak bercakap denganNya,
Semua benda yang disuruh mesti nak buat,
Benda yang dibenci, tak nak buat takut DIA Murka.

Itu cinta.
Dan
kalau benar cinta,mana buktinya?

Cinta menuntut segalanya dan perasaan atau tidak orang yang asyik bercinta ni tak kisah sakit mana pun pengorbanan yang dilakukan.Seakan-akan diberi bius.

Samalah macam dakwah.Kalau bukan sebab cinta mesti ramai yang tak nak buat.Tapi sebab kejar cinta Allah lah kita buat kerja ni.Allah yang suruh yang kita buat kerja ni.Maka kita kena buat.Rasailah cintaNYA.Buatlah dengan cinta.Sampaikanlah dengan cinta.InsyaAllah nanti bertambahlah jumlah mereka yang merasai cinta tersebut.



Tepuk dada tanya iman, Terdakwahkah cinta kita ?

Wallahu'Alam.

No comments:

Post a Comment