Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Wednesday, August 4, 2010

Izinkan Aku Mengukir Cinta disana...



Melangkah aku dipesisir pintu taubat
mencari erti ketulusan jiwa
Menadah butir cinta dari Yang Esa
mengutip kembali satu ketanangan
Yang dulu pernah menghias diri
Dan ianya lari diganti kealpaan..
Hakikat cinta yang ku sanjung dahulu
hanya cinta yang fana
hadirnya cuma seketika
membuat lara membekas dihati
kembali bertandang nilai sebuah penyesalan..
Perjalanan hidupku semakin jauh melangkah
buat aku kenal liku-liku kehidupan..
Aku tahu hakikat itu...
tapi sengaja aku membutakan mata
memekakkan telinga
membisukan bicara
walau saban hari aku terluka
dek dihiris belati cinta manusia...
Hingga satu ketika..
nur kasih Mu kembali menjadi pautan
mematikan nafsu amarah yang tercela
menyuburkan kembali kuntuman cintaku padaMU...

Ampunkan aku, Ya Allah..
atas ketelanjuran yang lalu
atas cinta dusta yang menipu...
dan ku pinta Ya Rabb..
walau diri ini tidak punya kelayakan..
tapi aku tetap ingin mengharap...
kerana aku yakin pada Janji MU....
izinkan aku mengukir rasa cinta ini
nun disana..syurga MU...

*sebarang teguran yang membina amatlah ana alu-alukan...

Sunday, July 18, 2010

Ukhtikunna Fillah :)


Bismillah.

Alhamdulillah akhirnya impian untuk menulis diblog telah di realisasikan :) Punya la lama niat tu di simpan.Tapi setelah dipaksa-paksa oleh seorang sahabat. Alhamdulillah. Inilah hasilnya.

"Awak, kalau asyik tulis dalam buku nota tu, bukannya bagi manfaat kat orang lain, cuba upgrade sikit.  Sambil-sambil awak sibuk dengan hobi awak tu, tambah sikit pahala sebarkan idea awak tu. Biar mula-mula penulisan awak macam budak tadika tapi dari situ awak akan belajar :) "

Jazakillah ukhti. (Moga Allah merahmati ruh mu, ukhti fillah.)

InsyaAllah, akan dimanfaatkan sebaik mungkin !

Jari yang menaip lebih dekat dengan empunya diri. Jadi segala apa yang dicatatkan tak lain tak bukan sebagai teguran untuk penulis.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia telah sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan". (Imam Hassan Al-Basri)

 Moga yang membaca turut peroleh manfaat :)

Salam Ta'ruf.



#Dan Allah lebih tahu.