Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Tuesday, April 19, 2011

Kasihnya Ummi..

Assalamualaikum Warahmatullah..

Alhamdulillah.Dengan izin-Nya..Maka ana masih diberikan kesedaran betapa pentingnya nikmat Iman dan Islam .. Alhamdulillah. Masih merasainya.. Masih lagi diberi peluang.

Entah kenapa kali ini. Ana tergerak untuk berkongsi tentang insan terpenting dalam hidup ana. Walaupun saban hari berjumpa, bergurau senda, meluah rasa.. Namun hati masih rindu. Walau seketika cuma.

Ummi.




Andai diri diberi peluang untuk memilih sekali lagi, insan bergelar ibu. Aku masih ingin memilih Ummi. Masih ingin dipertemukan dengannya sebagai ibu dan anak, kerna ibu seperti Ummi. Hanya satu. Terlalu mengerti, terlalu memahami. Walau kadang hati ingin menyimpan rasa terluka.. Namun ummi masih dapat melihat. Memahami apa yang tersirat.

Kadangkala jiwa memberontak.

Terasa seperti yang dilakukan semua tidak kena. Geram. Itu ditegur, ini ditegur. Semuanya silap. Terlepas kata amarah. Meninggi suara mengeluarkan kata yang tidak enak. Ummi hanya diam. Beristighfar dihati. Gusar terluah doa yang membinasakan masa hadapan anaknya. Hatinya pedih bagai dihiris halus belati tajam. Segera dipejam matanya. Mohon kekuatan dari Yang Esa agar anak ini diberi hidayah dan dirinya cukup kuat menerima segala penolakan dari insan yang dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari. Setelah jerih yang ditelan begini anaknya membalas budi. Bertakung mutiara jernih dimatanya. "Tak mengapa mungkin silapku dalam mendidik nya." Menyalahkan dirinya demi merawat hatinya yang terguris.

Melihat ummi terdiam. Rasa serbasalah dihati. Ya Allah, apa yang aku lakukan. Namun ego membataskan.Bisikan syaitan diikuti. Kata Maaf terlalu berat untuk diluahkan. Berlalu membiarkan ummi berseorangan bersama hatinya yang retak seribu.

Entah kenapa malam itu aku ingin menatap wajah ummi,
dalam solatnya terpancar keredupan.. Sejuk. Sangat menenangkan. Mataku berkaca. Melihat dia berdoa, menitis air dari kolam matanya. Aku menangis. Tak tertahan lagi. Aku depakan tanganku simbol ingin memeluk ummi. Ummi menyambutnya tanpa rasa ragu. Membelai rambutku. Menenangkan jiwaku. Ohh, ummi.mengapa kau terlalu memahami.meski kau tidak mengerti apa yang membelengu ku. Ku dakap erat. Ummi terkejut. Namun dia membiarkan sahaja. Lebih senang menenangkanku dalam pelukannya. Aku bahagia. Terlalu bahagia.



Ya Allah,Aku bersyukur atas pemberian Mu ini pada ku. Pemberian yang terlalu bernilai. YA Allah, kau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil lagi. Ya Allah. Jangan Kau bebankan mereka sesuatu yang tidak mampu mereka tampung, Ya Rabb. Aku mohon, YA Allah, Jangan kau tarik hidayah ini dari kami. Ya Allah, aku tahu aku tidak layak ke syurga Mu, Ya Allah, Namun seksa neraka Mu terlalu berat, tidak termampu untuk menanggunya. Makanya Ya Rabb...Masukkanlah aku ke dalam syurgaMU atas belas kasihan dari MU. Berikanlah syurga mu yang terbaik untuk mereka, Ummi dan Abahku. Temukan aku dengan ibubapaku disana. Bahagia membina mahligai di alam sana. YA Allah. Aku mohon. Mohon dengan semohon-mohonnya. Jangan kau jadikan kami bermusuhan dipadang mahsyar nanti, Ya Allah.... Aku ingin berjalan seiringan bersama dengannya. Meredhoi antara satu sama lain. Ya Allah..Izinkanlah aku.. Mencintainya dunia dan akhirat.

Amiin.


Buat Ummi yang Tersayang..

Maafkan aku kerana sering menghiris hatimu. Ampunkan aku kerana kau sering terluka disebabkan kealpaan dan amarahku yang tercela. Tiada ku pinta ini terjadi. Bukan niatku melukakan hatimu. Sungguh aku benar-benar tidak berniat. Cuma kerana nafsu yang dihasut syaitan buat aku lupa betapa tingginya pengorbanan mu, betapa tingginya darjatmu disisi Yang Esa.... Syurgaku ditelapak kaki mu, Ummi... Ummi ingatkan aku jika terlupa, tarbiyah aku andai diriku terleka, kerna ku pasti, kau mahukan yang terbaik untukku. Ummi. Sering kau ungkapkan, berjuang dijalanNYa bukan kerja mudah, untuk menang terlalu banyak halangan dan rintangan, Seandainya menang syurga akan di peroleh.. Itu janji Allah dan janji Allah adalah pasti belaka. Ummi. Tidak mahu ku kau bersedih hati, Biar menggunung selaut badai tiada ingin ku melihat kau kecewa. Lantaran pujukannya cukup indah. Tabahlah wahai Ummi... kerna kau umpama pohon yang rendang tempat kami menumpang kasih. Semakin tegap kau berdiri, semakin utuh kami disini. Ummi.... InsyaAllah !! akukan setia menjagamu hingga hari tuamu...




Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]