Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Sunday, June 15, 2014

Kerana Kita Akhawat.


Bismillah.


"Ukhti, ana dah lama nak tanya sebenarnya,boleh ke..?"
"Boleh je. Kalau mampu, ana cuba jawab."

" Ana pelik. Wajar ke bagi seorang akhawat yang ditarbiyah dan kita ma'ruf yang dia sangat aktif berdakwah, tapi  mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang 'perempuan' dan ahli beyt. Anti faham tak?"

"Maksud anti?" 

"Maksudnya, bila waktu memasak, dia tak masak. Bila turn dia kemas rumah, Dia tak kemas. Baju tak basuh berbakul-bakul, bilik bersepah, ziarah mad'u dengan baju kedut seribu,jelas tak bergosok, dengan bau badannya lagi. Peliklah ukhti. Ana tahu, akhawat sibuk, tapi ana tak boleh terima benda common macam tu pun tak boleh nak buat. Dakwah tu bukan hanya dengan kata-kata, peribadi akhlak juga satu dakwah."

-------------------------------------------------------------------------

Bagi akhawat yang nampak masalah,

Kalau dah nampak masalah, benda pertama sekali kena buat, kena pastikan yang dia tahu yang dia buat salah. Boleh jadi dia tak perasan dan tak sedar pun benda tu salah. 

Bayangkan perasaan akhawat tu, kalau tahu yang kita sibuk-sibuk cakap belakang dia, sedangkan dia tak tahu pun yang dia ada buat salah.Tak ke merosakkan ukhuwah macam tu? Ini bukan akhlak orang ditarbiyah,ukhti sebab tarbiyah mengajar kita tentang pentingnya untuk tabayyun, jangan mudah bersangka-sangka. Ingat surah Al-Hujurat ayat 12?

"Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani."

Dah tabayyun, tegur pula. Akhawat pun manusia, kadang-kadang tak cakna.Kadang-kadang terlupa. Slowtalk. Bagitahu apa yang tak kena, dan ajarkan dia, bagi cadangan solusi untuk dia. Jangan asyik tunjuk salah je, tu salah, ni salah, lepas tu biar dan teguran semestinya kena berhikmah. Bukan dengan kata yang merendahkan. Motivasikan dia untuk berubah. Itu pentingnya peranan kita sebagai akhawat yang ditarbiyah. Bantu dia untuk islah. InsyaAllah kalau betul caranya, dia boleh terima.

Tapi jangan expect, sekali tegur , terus selesai masalah. Boleh jadi hari ni dia berubah, tiba-tiba esok lusa, jadi lagi. Teruskan memberi teguran! Jangan pernah jemu dalam membantu akhawat  :) (Yang akhawat tu pun, kena lah ada usaha juga untuk berubah.)

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."(Adz-Zariyat, 51:55)

Bagi akhawat yang rasa dia bermasalah,

Pertamanya, susun masa betul-betul. Masukkan sekali dalam planner tu, bila hari bertugas, bila nak basuh kain, bila nak kemas bilik. Saya faham je, kalau namanya dai'e insyaAllah jadualnya sibuk dengan program dakwah tapi itu bukan alasan untuk mengabaikan tugas-tugas sebagai seorang perempuan. Jangan sampai diri jadi fitnah pada dakwah dan tarbiyah. Buktikan sibuk-sibuk kita, soal kekemasan dan kebersihan kita tak ada masalah.

Lepas tu, kalau datang akhawat yang menegur, please, hargai tindakan dia. Jangan terus tarik muka, Ingat senang, dia nak berterus terang, nak tunjukkan kelemahan akhawat dia? Saya yakin akhawat tu mesti dah penat mundar-mandir dalam bilik, pikir cara  terbaik untuk menegur. Silap-silap nak ketuk pintu bilik pun berfikir-fikir dulu tapi sebab dia sayang, sebab dia cinta, dia tegur juga. 

Akhawat tegur bukan sebab nak cari kelemahan tapi sebab nak bantu kita buat pengislahan. 



Jadi, berlapang dadalah dengan akhawat, buang ego, sikap-sikap tak boleh nak terima teguran, campak jauh-jauh dalam laut. Sekali lagi, itu bukan sikap mereka yang ditarbiyah. Orang yang ditarbiyah, dia sentiasa bersedia untuk berubah, apa-apa nasihat yang membawa dia untuk mengislah diri, insyaAllah dia akan terima dengan senyuman sampai ke telinga!

Tiada teguran yang tak terasa, Kalau namanya teguran mesti kena terasa. Sebab apa? sebab kalau tak terasa, nanti tak ada rasa nak berubah.

-----------------------------------------------------------

Bila kita kata ukhuwah fillah, insyaAllah kita harapkan ukhuwah ini mampu menjadikan kita dalam golongan yang mendapat rahmatnya, terutamanya dihari tiada lagi kasih sayang, melainkan kasih sayangNya. Maka ukhuwah ini adalah sesuatu yang perlu dipertahankan. Nampak sedikit kerosakan, segeralah buat pembaikan. Nampak sedikit keretakan, segeralah berbuat sesuatu. Yang penting, ukhuwah ini terpelihara dan akan terus dijagaNya sampai syurga.

Moga Allah cinta ukhuwah kita.

Wallahua'alam.


p/s: Lagi 4 hari akan pulang ke Malaysia. Doakan. Tak sabar nak balik! selain dari nak jumpa ummi abah dan "kalian" , serius, saya tak sabar sangat nak jumpa akhawat!  :) (walau ada yang tak pernah jumpa, tapi rasa nak sangat kenal dengan mereka. hehehe).

Friday, June 6, 2014

Monolog.

Bismillah.

Kadang-kadang kau rasa,
Tugasan kau terlalu banyak,
Bebanan dakwah kau terlalu berat,
Pelbagai taklifan yang harus kau galas,
Banyak benda yang harus kau siapkan.
Dengan tanggungjawab sebagai pelajar lagi.

Argh.. Sumpah serabut!

Kepala berdenyut.
Kau ambil bantal dan kau tidur.
Kau ingat bila kau tidur,
Masalah akan pergi.
Tapi bila kau bangun,
Masalah masih disitu.
Setia menemani.

Dan akhirnya kau futur.
Menangis seorang diri.
Menyalahkan semua yang ada disisi.

Kononnya,
Amanah yang diberikan tak setimpal dengan level kau,
Pengarahan seakan menekan kau ditahap yang paling tinggi.
Dan pada kau,
Akhawat yang ada semuanya tak concern,
Yang ditanya hanya tentang gerak kerja,
Masalah peribadi kau langsung mereka tak ambil peduli.

Itulah kau.

Kau lupa,
Bila mana Allah datangkan sesuatu yang kau rasa berat,
Dia tahu kau mampu.
Dia tahu kau cukup kuat.
Dia tahu kau layak untuk ujian tu.
Ingat surah  Al-Baqarah (2:286),

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… "   

Bukankah kau juga yang selalu cakap,
Kau nak jadi da'ie yang qowiey,
Nak jadi somebody disisi ilahi,
Kau nak jadi pewaris nabi,
Jadi Allah bagi kau ujian yang berat,
Untuk kau buktikan kata-kata kau,
Ingat surah Al-Ankabut (21:2-3),

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

Ujian itu sebenarnya hadiah,
Allah nak jadikan iman kau mahal,
Allah nak jadikan kau da'ie yang berkualiti,
Nak bagi kau peluang masuk syurga,
Paling best,
Allah nak buat kau lebih dekat dengan Dia.



Dan,
Bila kau claim akhawat tak concern,
Cuba kau tengok balik,
Betulkah akhawat tak ambil tahu?
Ke kau yang ego tak nak cerita,
Konon, kau kuat.
Kau kata kau okay.

Kalau betullah akhawat tak tanya,
Kenapa kau yang tak cuba berkongsi rasa,
Kau ingat akhawat tu kasyaf,
Tengok lebar senyuman kau kurang 0.001 cm,
Dia dah tahu kau ada masalah,
Tak.
Akhawat juga manusia,
Mereka juga punya tanggungjawab,
Dakwah.Study.Keluarga.
Banyak benda nak kena fikir.

Kau rasa akhawat bila tahu kau futur,
Mereka biar?
Tak.
Bahkan, merekalah yang paling terkedepan nak dengar masalah kau,
Merekalah yang akan jadi paling bersungguh untuk membantu,
Mereka tak akan biar kau jatuh lama-lama.
Mereka sayangkan kau. Bahkan, cinta mungkin.
Hakikatnya, kau sendiri yang pilih untuk berseorangan,
Apa salahnya, kau sendiri yang mendekat pada mereka.
Ingat hadith Rasulullah S.A.W?

"Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil.."(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Jadi,Berhentilah beralasan,
Kau kena maju ke depan.
Ini bukan soal kau mampu atau tidak,
tapi,kau nak atau tak nak?

Berhentilah manjakan diri kau,
sikit-sikit down, sikit-sikit down,
Dah sampai masanya,
Keluar dari kepompong keselesaan,
Dan mula menjadi qowiey.

Kau boleh !
Jaga mutabaah kau,
Jaga hubungan kau dengan Allah betul-betul.
Kekuatan hanya akan datang dari Allah.
Kau nak Allah bantu kau waktu kau susah,
Waktu senang, jangan pula kau lupa Allah.
Ingat Hadith Rasulullah S.A.W,

"Kenalilah Allah disaat lapang, niscaya. Allah akan mengenalimu disaat sempit"(Hadith Riwayat Tirmidzi)



Ingat pesan murobbi kau,
Jangan jadi dai'e buih,
Banyak, tapi tak berguna.
Cantik, tapi mudah hilang,
Tak ada pendirian,
Angin ke kanan, ke kananlah dia,
Angin ke ke kiri, ke kirilah dia.
Kadang belum sempat diusik,
Buih meletup dulu.
Sebab tu jangan jadi da'ie buih.
Ingat hadith tentang buih?

Rasulullah bersabda;"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ".

Lagi satu,
Kalau kau tak bersama,
Allah tak rugi apa-apa,
DIA boleh gantikan dengan yang lebih baik lagi,
Dan akhirnya kau yang rugi,
Gerabak ni akan terus berjalan,
Walau tanpa kau disisi.

"...Jika kamu berpaling (dari agama Allah) akan Allah gantikan satu kaum yang lain dari kamu, kemudian mereka tidak jadi seperti kamu"(Muhammad, 47:38)

Jadi kau pilih, Menggantikan atau Digantikan?


Ikhlas dari Diri untuk Diri Sendiri.

Wallahu'alam.

Wednesday, June 4, 2014

Al-Fahmu MinAllah.

Bismillahirahmanirahim.

Dah lama sangat tak menulis sebenarnya. Bukan tak nak tulis. Banyak kali dah jari ni cuba menaip. tapi memang tak tertaip. Bila ada idea nak menulis, terus duduk depan laptop, tiba-tiba je, hilang terus idea. Arghhh..Stressnya~


Tiba-tiba teringat, ada satu masa tu, waktu tu rasa futur sangat. Imtihan nak dekat, Belajar dalam kuliah pun macam rushing, sebab waktu tu cuti winter lama. Kiranya sem tu dipendekkan, lecturer pula mengajar macam lipas kudung! Sedar je, dah study week. Masa tu, memang rasa banyak sangat silibus yang perlu dicover dan yang part paling best bila baca, tak faham-faham. Baca lagi, tak juga faham. Tak tahu kenapa. Waktu tu memang rasa nak tidur je ! Serius Tension sangat !  (Kononnya bila tidur tu, boleh lah lupakan kejap masalah tu.Hehehe)

"Aku dah usaha kenapa Allah tak bagi-bagi?"
"Aku dah all out, kenapa tak ada hasil?"
"Aku dah baca banyak kali, kenapa tak faham-faham?"

Dalam keadaan yang menyesakkan , Allah datangkan seorang ukhti yang Super Duper Caring !(Itulah antara reason, kenapa saya sayang sangat pada akhawat !  ) Tiba-tiba je duduk dekat sebelah,

"Anti, anti okay tak ni?"

"Ntah." Cuba nak sembunyikan sebenarnya, malu, tapi dia pujuk juga,

"Cuba cerita, masalah tak selesai kalau anti simpan."

Lepas dipujuk-pujuk akhirnya, cerita pun dibuka dan terjadilah drama sinetron disitu. Air mata mengalir macam air sungai.(Okay, itu melebih sebenarnya)

"Anti, الفهم من الله.(Kefahaman itu dari Allah) Anti,usahalah macam mana pun, natijahnya tetap urusan Allah. Jadi, kalau dah usaha, jangan lupa gantung harapan tu pada Allah. Bagus dah anti baca buku, tapi anti jangan harapkan yang result anti akan cemerlang disebabkan usaha anti. Ingat selalu ukhti, Usaha adalah bahagian kita, hasilnya adalah urusan DIA. "

Okay. Sejujurnya memang saya tertampar.

Terlupa akan adanya ayat ni (2:282) ,

" واتقوا الله ويعلمكم الله والله بكل شئ عليم...
"Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah mengajarmu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"

Kita hanya akan tahu apa yang Allah izinkan kita untuk tahu. Itu pentingnya, kena doa selalu, agar Allah bukakan pintu hati, mudahkan ilmu untuk masuk dalam hati. Ilmu tu cahaya, dan one thing,  cahaya tak akan mampu menembusi hati yang legap. Sebab tu, dalam menuntut ilmu, banyak sangat benda yang kita kena jaga, nak cemerlang dalam pelajaran banyak pantang larang. Jauhi maksiat, hindari perkara-perkara yang mungkin menggelapkan hati.

Okay, sekarang cuba ambil Al-Quran terjemahan dan buka Surah Al-mukminun, Surah ke (23:1-3),

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣ "
" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman(1) (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya(2)  Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,(3)"
So, kalau nak jadi orang yang beruntung, First, kena fokus.Barulah kita nampak apa yang kita nak capai sebenarnya, masa tu kita tahu apa yang patut diprioritikan dan apa yang patut dikemudiakan.Second, kena hindari benda-benda yang melalaikan, yang membuang masa, bahkan yang menggelapkan hati.Dengan cara ni, InsyaAllah ilmu lebih mudah untuk kita terima.Barulah boleh berjaya dengan penuh keberuntungan !

Rasa macam baru tersedar. Ya lah, selama ni asyik mengeluh je. Sikit-sikit pertikai, Sikit-sikit mempersoal. Rasa macam diri ni berhak dapat yang terbaik je.



Benarlah Firman Allah dalam Surah Al-Ma'arij (70:19-20) ,

"ان الانسان خلق هلوعا"
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh"

" اذا مسه الشر الجزوعا "
  "Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah"

Manusia memang suka mengeluh, pantang diuji sikit, cepat je melatah. Allah tarik sikit je nikmat, dah mengeluh macam hilang semuanya. Aduyai,lemahnya ! Sedangkan dalam halaqah,daurah dan macam-macam lagi program dah berbuih mulut mulut murabbi/ah kita taujih kita, ingatkan kita tentang ujian, bagi tazkirah. Tapi bila datang ujian, perkataan sabar macam tak pernah dengar.

Nampak tak?Kita selalu sedih kalau tak dapat apa yang kita nak, sampai kita tak perasan Allah dah cukupkan segala keperluan kita ! Ketandusan nilai SYUKUR rupanya kita ni.Sedangkan Allah dah bagitahu, Makin kita bersyukur, Makin Allah tambah.Tak percaya cuba buka surah Ibrahim ayat 14:7,


"وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ"

"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"


Wllahu'alam.
Moga Allah cinta :)