Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts

Friday, June 6, 2014

Monolog.

Bismillah.

Kadang-kadang kau rasa,
Tugasan kau terlalu banyak,
Bebanan dakwah kau terlalu berat,
Pelbagai taklifan yang harus kau galas,
Banyak benda yang harus kau siapkan.
Dengan tanggungjawab sebagai pelajar lagi.

Argh.. Sumpah serabut!

Kepala berdenyut.
Kau ambil bantal dan kau tidur.
Kau ingat bila kau tidur,
Masalah akan pergi.
Tapi bila kau bangun,
Masalah masih disitu.
Setia menemani.

Dan akhirnya kau futur.
Menangis seorang diri.
Menyalahkan semua yang ada disisi.

Kononnya,
Amanah yang diberikan tak setimpal dengan level kau,
Pengarahan seakan menekan kau ditahap yang paling tinggi.
Dan pada kau,
Akhawat yang ada semuanya tak concern,
Yang ditanya hanya tentang gerak kerja,
Masalah peribadi kau langsung mereka tak ambil peduli.

Itulah kau.

Kau lupa,
Bila mana Allah datangkan sesuatu yang kau rasa berat,
Dia tahu kau mampu.
Dia tahu kau cukup kuat.
Dia tahu kau layak untuk ujian tu.
Ingat surah  Al-Baqarah (2:286),

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… "   

Bukankah kau juga yang selalu cakap,
Kau nak jadi da'ie yang qowiey,
Nak jadi somebody disisi ilahi,
Kau nak jadi pewaris nabi,
Jadi Allah bagi kau ujian yang berat,
Untuk kau buktikan kata-kata kau,
Ingat surah Al-Ankabut (21:2-3),

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

Ujian itu sebenarnya hadiah,
Allah nak jadikan iman kau mahal,
Allah nak jadikan kau da'ie yang berkualiti,
Nak bagi kau peluang masuk syurga,
Paling best,
Allah nak buat kau lebih dekat dengan Dia.



Dan,
Bila kau claim akhawat tak concern,
Cuba kau tengok balik,
Betulkah akhawat tak ambil tahu?
Ke kau yang ego tak nak cerita,
Konon, kau kuat.
Kau kata kau okay.

Kalau betullah akhawat tak tanya,
Kenapa kau yang tak cuba berkongsi rasa,
Kau ingat akhawat tu kasyaf,
Tengok lebar senyuman kau kurang 0.001 cm,
Dia dah tahu kau ada masalah,
Tak.
Akhawat juga manusia,
Mereka juga punya tanggungjawab,
Dakwah.Study.Keluarga.
Banyak benda nak kena fikir.

Kau rasa akhawat bila tahu kau futur,
Mereka biar?
Tak.
Bahkan, merekalah yang paling terkedepan nak dengar masalah kau,
Merekalah yang akan jadi paling bersungguh untuk membantu,
Mereka tak akan biar kau jatuh lama-lama.
Mereka sayangkan kau. Bahkan, cinta mungkin.
Hakikatnya, kau sendiri yang pilih untuk berseorangan,
Apa salahnya, kau sendiri yang mendekat pada mereka.
Ingat hadith Rasulullah S.A.W?

"Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil.."(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Jadi,Berhentilah beralasan,
Kau kena maju ke depan.
Ini bukan soal kau mampu atau tidak,
tapi,kau nak atau tak nak?

Berhentilah manjakan diri kau,
sikit-sikit down, sikit-sikit down,
Dah sampai masanya,
Keluar dari kepompong keselesaan,
Dan mula menjadi qowiey.

Kau boleh !
Jaga mutabaah kau,
Jaga hubungan kau dengan Allah betul-betul.
Kekuatan hanya akan datang dari Allah.
Kau nak Allah bantu kau waktu kau susah,
Waktu senang, jangan pula kau lupa Allah.
Ingat Hadith Rasulullah S.A.W,

"Kenalilah Allah disaat lapang, niscaya. Allah akan mengenalimu disaat sempit"(Hadith Riwayat Tirmidzi)



Ingat pesan murobbi kau,
Jangan jadi dai'e buih,
Banyak, tapi tak berguna.
Cantik, tapi mudah hilang,
Tak ada pendirian,
Angin ke kanan, ke kananlah dia,
Angin ke ke kiri, ke kirilah dia.
Kadang belum sempat diusik,
Buih meletup dulu.
Sebab tu jangan jadi da'ie buih.
Ingat hadith tentang buih?

Rasulullah bersabda;"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ".

Lagi satu,
Kalau kau tak bersama,
Allah tak rugi apa-apa,
DIA boleh gantikan dengan yang lebih baik lagi,
Dan akhirnya kau yang rugi,
Gerabak ni akan terus berjalan,
Walau tanpa kau disisi.

"...Jika kamu berpaling (dari agama Allah) akan Allah gantikan satu kaum yang lain dari kamu, kemudian mereka tidak jadi seperti kamu"(Muhammad, 47:38)

Jadi kau pilih, Menggantikan atau Digantikan?


Ikhlas dari Diri untuk Diri Sendiri.

Wallahu'alam.

Wednesday, June 4, 2014

Al-Fahmu MinAllah.

Bismillahirahmanirahim.

Dah lama sangat tak menulis sebenarnya. Bukan tak nak tulis. Banyak kali dah jari ni cuba menaip. tapi memang tak tertaip. Bila ada idea nak menulis, terus duduk depan laptop, tiba-tiba je, hilang terus idea. Arghhh..Stressnya~


Tiba-tiba teringat, ada satu masa tu, waktu tu rasa futur sangat. Imtihan nak dekat, Belajar dalam kuliah pun macam rushing, sebab waktu tu cuti winter lama. Kiranya sem tu dipendekkan, lecturer pula mengajar macam lipas kudung! Sedar je, dah study week. Masa tu, memang rasa banyak sangat silibus yang perlu dicover dan yang part paling best bila baca, tak faham-faham. Baca lagi, tak juga faham. Tak tahu kenapa. Waktu tu memang rasa nak tidur je ! Serius Tension sangat !  (Kononnya bila tidur tu, boleh lah lupakan kejap masalah tu.Hehehe)

"Aku dah usaha kenapa Allah tak bagi-bagi?"
"Aku dah all out, kenapa tak ada hasil?"
"Aku dah baca banyak kali, kenapa tak faham-faham?"

Dalam keadaan yang menyesakkan , Allah datangkan seorang ukhti yang Super Duper Caring !(Itulah antara reason, kenapa saya sayang sangat pada akhawat !  ) Tiba-tiba je duduk dekat sebelah,

"Anti, anti okay tak ni?"

"Ntah." Cuba nak sembunyikan sebenarnya, malu, tapi dia pujuk juga,

"Cuba cerita, masalah tak selesai kalau anti simpan."

Lepas dipujuk-pujuk akhirnya, cerita pun dibuka dan terjadilah drama sinetron disitu. Air mata mengalir macam air sungai.(Okay, itu melebih sebenarnya)

"Anti, الفهم من الله.(Kefahaman itu dari Allah) Anti,usahalah macam mana pun, natijahnya tetap urusan Allah. Jadi, kalau dah usaha, jangan lupa gantung harapan tu pada Allah. Bagus dah anti baca buku, tapi anti jangan harapkan yang result anti akan cemerlang disebabkan usaha anti. Ingat selalu ukhti, Usaha adalah bahagian kita, hasilnya adalah urusan DIA. "

Okay. Sejujurnya memang saya tertampar.

Terlupa akan adanya ayat ni (2:282) ,

" واتقوا الله ويعلمكم الله والله بكل شئ عليم...
"Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah mengajarmu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"

Kita hanya akan tahu apa yang Allah izinkan kita untuk tahu. Itu pentingnya, kena doa selalu, agar Allah bukakan pintu hati, mudahkan ilmu untuk masuk dalam hati. Ilmu tu cahaya, dan one thing,  cahaya tak akan mampu menembusi hati yang legap. Sebab tu, dalam menuntut ilmu, banyak sangat benda yang kita kena jaga, nak cemerlang dalam pelajaran banyak pantang larang. Jauhi maksiat, hindari perkara-perkara yang mungkin menggelapkan hati.

Okay, sekarang cuba ambil Al-Quran terjemahan dan buka Surah Al-mukminun, Surah ke (23:1-3),

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣ "
" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman(1) (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya(2)  Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,(3)"
So, kalau nak jadi orang yang beruntung, First, kena fokus.Barulah kita nampak apa yang kita nak capai sebenarnya, masa tu kita tahu apa yang patut diprioritikan dan apa yang patut dikemudiakan.Second, kena hindari benda-benda yang melalaikan, yang membuang masa, bahkan yang menggelapkan hati.Dengan cara ni, InsyaAllah ilmu lebih mudah untuk kita terima.Barulah boleh berjaya dengan penuh keberuntungan !

Rasa macam baru tersedar. Ya lah, selama ni asyik mengeluh je. Sikit-sikit pertikai, Sikit-sikit mempersoal. Rasa macam diri ni berhak dapat yang terbaik je.



Benarlah Firman Allah dalam Surah Al-Ma'arij (70:19-20) ,

"ان الانسان خلق هلوعا"
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh"

" اذا مسه الشر الجزوعا "
  "Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah"

Manusia memang suka mengeluh, pantang diuji sikit, cepat je melatah. Allah tarik sikit je nikmat, dah mengeluh macam hilang semuanya. Aduyai,lemahnya ! Sedangkan dalam halaqah,daurah dan macam-macam lagi program dah berbuih mulut mulut murabbi/ah kita taujih kita, ingatkan kita tentang ujian, bagi tazkirah. Tapi bila datang ujian, perkataan sabar macam tak pernah dengar.

Nampak tak?Kita selalu sedih kalau tak dapat apa yang kita nak, sampai kita tak perasan Allah dah cukupkan segala keperluan kita ! Ketandusan nilai SYUKUR rupanya kita ni.Sedangkan Allah dah bagitahu, Makin kita bersyukur, Makin Allah tambah.Tak percaya cuba buka surah Ibrahim ayat 14:7,


"وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ"

"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"


Wllahu'alam.
Moga Allah cinta :)

Saturday, June 16, 2012

Ukhuwah itu !! ♥

Bismillahirrahmanirrahim..

----------------------------------------------------------

Sampul itu ku sambut ceria. Menanti isinya dengan penuh debar.

".....Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum awak.

Awak. Saya minta maaf tapi saya rasa awak bukan pendengar yang setia macam dulu dan saya tahu saya bukanlah orang yang boleh awak percaya untuk awak ceritakan masalah awak macam dulu.. Saya bukan sahabat macam yang awak anggap dan awak cari selama ni. ..

Awak sorry..

Hakikatnya kita dah tak saling memahami. Awak punya kehidupan awak sendiri dan saya juga begitu.
Terima kasih untuk segalanya.
Maaf seandainya saya selalu menggores hati awak selama ini. Anggaplah saya kawan biasa yang tiada impak dalam hidup awak....

*saya* "

Surat ku lipat. ku dakap sepenuh hati. Air mata mengalir. Ku tahan esakan sendiri.Tiada kata yang mampu terluah..
hanya

"Ya Allah."

...Sampai hati awak.

"....Awak. Saya minta maaf. Saya betul2 minta maaf. Saya tahu saya salah .. saya tahu saya tak patut buat awak rasa diabaikan. Awak.Kenapa awak tak bagitahu awal2 ? kenapa awak tak berbincang dengan saya. Masalah ni kan kita boleh bincang sama2.. tapi kenapa awak lebih sanggup menghukum saya macam ni.. Mesti awak dah tak tahan dengan saya kan? Awak mesti awak dah lama sabar kan ? Maafkan saya awak..

Awak saya cuma nak tanya.

Pernah tak awak fikir perasaan saya bila awak tulis macam tu?
Pernah tak awak bayangkan keadaan saya bila saya baca surat awak?

Awak.. awak nak tahu tak?

Birthday saya dulu awak ada nasihat saya , moga menjadi pendengar yang lebih setia :) awak tahu tak? Hari2 saya cuba praktikkan nasihat awak tu.. tapi awak langsung tak bagi saya peluang untuk tunjuk pada awak saya mungkin boleh jadi pendengar yang lebih baik dari dulu..

Baru2 ni saya selalu cuba nak hubungi awak tapi awak jauhkan diri dari saya. Awak saya nak kongsi masalah saya pada awak. Saya ada masalah besar. Lepas saya mengadu pada Allah. Saya memang nak sangat kongsi dengan awak. Awakkan pandai bagi saya semangat.. :) dan  Saya nak sangat awak rasa dihargai dan dipercayai. Tapi sekali lagi, awk langsung tak bagi peluang pada saya.. Jadi masalah saya tu cuma Allah dan saya saja yang tahu...

Aku tetap TERTAWA walaupun aku sebenarnya MENANGIS
Aku tetap TERSENYUM walaupun aku sebenarnya KECEWA
Aku tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TAK SANGGUP lagi
Aku tetap SEMANGAT walaupun aku TERTEKAN oleh masalah
Dan yang terpenting aku tetap SABAR dan memandang segala baik saja
Walaupun sebenarnya hatiku LEMAH dan sangat BERDUKA.

Awak tak apa lah saya redho kalau itu yang awak nak .. tapi awak kena ingat awak ada ikat janji dengan saya. Dan janji tu saya tak akan lepaskan sampai bila2 :'(''.....

Awak saya redho :')