Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Friday, June 6, 2014

Monolog.

Bismillah.

Kadang-kadang kau rasa,
Tugasan kau terlalu banyak,
Bebanan dakwah kau terlalu berat,
Pelbagai taklifan yang harus kau galas,
Banyak benda yang harus kau siapkan.
Dengan tanggungjawab sebagai pelajar lagi.

Argh.. Sumpah serabut!

Kepala berdenyut.
Kau ambil bantal dan kau tidur.
Kau ingat bila kau tidur,
Masalah akan pergi.
Tapi bila kau bangun,
Masalah masih disitu.
Setia menemani.

Dan akhirnya kau futur.
Menangis seorang diri.
Menyalahkan semua yang ada disisi.

Kononnya,
Amanah yang diberikan tak setimpal dengan level kau,
Pengarahan seakan menekan kau ditahap yang paling tinggi.
Dan pada kau,
Akhawat yang ada semuanya tak concern,
Yang ditanya hanya tentang gerak kerja,
Masalah peribadi kau langsung mereka tak ambil peduli.

Itulah kau.

Kau lupa,
Bila mana Allah datangkan sesuatu yang kau rasa berat,
Dia tahu kau mampu.
Dia tahu kau cukup kuat.
Dia tahu kau layak untuk ujian tu.
Ingat surah  Al-Baqarah (2:286),

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… "   

Bukankah kau juga yang selalu cakap,
Kau nak jadi da'ie yang qowiey,
Nak jadi somebody disisi ilahi,
Kau nak jadi pewaris nabi,
Jadi Allah bagi kau ujian yang berat,
Untuk kau buktikan kata-kata kau,
Ingat surah Al-Ankabut (21:2-3),

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

Ujian itu sebenarnya hadiah,
Allah nak jadikan iman kau mahal,
Allah nak jadikan kau da'ie yang berkualiti,
Nak bagi kau peluang masuk syurga,
Paling best,
Allah nak buat kau lebih dekat dengan Dia.



Dan,
Bila kau claim akhawat tak concern,
Cuba kau tengok balik,
Betulkah akhawat tak ambil tahu?
Ke kau yang ego tak nak cerita,
Konon, kau kuat.
Kau kata kau okay.

Kalau betullah akhawat tak tanya,
Kenapa kau yang tak cuba berkongsi rasa,
Kau ingat akhawat tu kasyaf,
Tengok lebar senyuman kau kurang 0.001 cm,
Dia dah tahu kau ada masalah,
Tak.
Akhawat juga manusia,
Mereka juga punya tanggungjawab,
Dakwah.Study.Keluarga.
Banyak benda nak kena fikir.

Kau rasa akhawat bila tahu kau futur,
Mereka biar?
Tak.
Bahkan, merekalah yang paling terkedepan nak dengar masalah kau,
Merekalah yang akan jadi paling bersungguh untuk membantu,
Mereka tak akan biar kau jatuh lama-lama.
Mereka sayangkan kau. Bahkan, cinta mungkin.
Hakikatnya, kau sendiri yang pilih untuk berseorangan,
Apa salahnya, kau sendiri yang mendekat pada mereka.
Ingat hadith Rasulullah S.A.W?

"Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil.."(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Jadi,Berhentilah beralasan,
Kau kena maju ke depan.
Ini bukan soal kau mampu atau tidak,
tapi,kau nak atau tak nak?

Berhentilah manjakan diri kau,
sikit-sikit down, sikit-sikit down,
Dah sampai masanya,
Keluar dari kepompong keselesaan,
Dan mula menjadi qowiey.

Kau boleh !
Jaga mutabaah kau,
Jaga hubungan kau dengan Allah betul-betul.
Kekuatan hanya akan datang dari Allah.
Kau nak Allah bantu kau waktu kau susah,
Waktu senang, jangan pula kau lupa Allah.
Ingat Hadith Rasulullah S.A.W,

"Kenalilah Allah disaat lapang, niscaya. Allah akan mengenalimu disaat sempit"(Hadith Riwayat Tirmidzi)



Ingat pesan murobbi kau,
Jangan jadi dai'e buih,
Banyak, tapi tak berguna.
Cantik, tapi mudah hilang,
Tak ada pendirian,
Angin ke kanan, ke kananlah dia,
Angin ke ke kiri, ke kirilah dia.
Kadang belum sempat diusik,
Buih meletup dulu.
Sebab tu jangan jadi da'ie buih.
Ingat hadith tentang buih?

Rasulullah bersabda;"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ".

Lagi satu,
Kalau kau tak bersama,
Allah tak rugi apa-apa,
DIA boleh gantikan dengan yang lebih baik lagi,
Dan akhirnya kau yang rugi,
Gerabak ni akan terus berjalan,
Walau tanpa kau disisi.

"...Jika kamu berpaling (dari agama Allah) akan Allah gantikan satu kaum yang lain dari kamu, kemudian mereka tidak jadi seperti kamu"(Muhammad, 47:38)

Jadi kau pilih, Menggantikan atau Digantikan?


Ikhlas dari Diri untuk Diri Sendiri.

Wallahu'alam.

1 comment:

  1. Dah lama tak menjenguk ke dunia blog.

    Terubat hati bila baca post anti.

    Jom sama-saam jadi akhwat qawiy!

    ReplyDelete