Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Sunday, June 15, 2014

Kerana Kita Akhawat.


Bismillah.


"Ukhti, ana dah lama nak tanya sebenarnya,boleh ke..?"
"Boleh je. Kalau mampu, ana cuba jawab."

" Ana pelik. Wajar ke bagi seorang akhawat yang ditarbiyah dan kita ma'ruf yang dia sangat aktif berdakwah, tapi  mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang 'perempuan' dan ahli beyt. Anti faham tak?"

"Maksud anti?" 

"Maksudnya, bila waktu memasak, dia tak masak. Bila turn dia kemas rumah, Dia tak kemas. Baju tak basuh berbakul-bakul, bilik bersepah, ziarah mad'u dengan baju kedut seribu,jelas tak bergosok, dengan bau badannya lagi. Peliklah ukhti. Ana tahu, akhawat sibuk, tapi ana tak boleh terima benda common macam tu pun tak boleh nak buat. Dakwah tu bukan hanya dengan kata-kata, peribadi akhlak juga satu dakwah."

-------------------------------------------------------------------------

Bagi akhawat yang nampak masalah,

Kalau dah nampak masalah, benda pertama sekali kena buat, kena pastikan yang dia tahu yang dia buat salah. Boleh jadi dia tak perasan dan tak sedar pun benda tu salah. 

Bayangkan perasaan akhawat tu, kalau tahu yang kita sibuk-sibuk cakap belakang dia, sedangkan dia tak tahu pun yang dia ada buat salah.Tak ke merosakkan ukhuwah macam tu? Ini bukan akhlak orang ditarbiyah,ukhti sebab tarbiyah mengajar kita tentang pentingnya untuk tabayyun, jangan mudah bersangka-sangka. Ingat surah Al-Hujurat ayat 12?

"Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani."

Dah tabayyun, tegur pula. Akhawat pun manusia, kadang-kadang tak cakna.Kadang-kadang terlupa. Slowtalk. Bagitahu apa yang tak kena, dan ajarkan dia, bagi cadangan solusi untuk dia. Jangan asyik tunjuk salah je, tu salah, ni salah, lepas tu biar dan teguran semestinya kena berhikmah. Bukan dengan kata yang merendahkan. Motivasikan dia untuk berubah. Itu pentingnya peranan kita sebagai akhawat yang ditarbiyah. Bantu dia untuk islah. InsyaAllah kalau betul caranya, dia boleh terima.

Tapi jangan expect, sekali tegur , terus selesai masalah. Boleh jadi hari ni dia berubah, tiba-tiba esok lusa, jadi lagi. Teruskan memberi teguran! Jangan pernah jemu dalam membantu akhawat  :) (Yang akhawat tu pun, kena lah ada usaha juga untuk berubah.)

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."(Adz-Zariyat, 51:55)

Bagi akhawat yang rasa dia bermasalah,

Pertamanya, susun masa betul-betul. Masukkan sekali dalam planner tu, bila hari bertugas, bila nak basuh kain, bila nak kemas bilik. Saya faham je, kalau namanya dai'e insyaAllah jadualnya sibuk dengan program dakwah tapi itu bukan alasan untuk mengabaikan tugas-tugas sebagai seorang perempuan. Jangan sampai diri jadi fitnah pada dakwah dan tarbiyah. Buktikan sibuk-sibuk kita, soal kekemasan dan kebersihan kita tak ada masalah.

Lepas tu, kalau datang akhawat yang menegur, please, hargai tindakan dia. Jangan terus tarik muka, Ingat senang, dia nak berterus terang, nak tunjukkan kelemahan akhawat dia? Saya yakin akhawat tu mesti dah penat mundar-mandir dalam bilik, pikir cara  terbaik untuk menegur. Silap-silap nak ketuk pintu bilik pun berfikir-fikir dulu tapi sebab dia sayang, sebab dia cinta, dia tegur juga. 

Akhawat tegur bukan sebab nak cari kelemahan tapi sebab nak bantu kita buat pengislahan. 



Jadi, berlapang dadalah dengan akhawat, buang ego, sikap-sikap tak boleh nak terima teguran, campak jauh-jauh dalam laut. Sekali lagi, itu bukan sikap mereka yang ditarbiyah. Orang yang ditarbiyah, dia sentiasa bersedia untuk berubah, apa-apa nasihat yang membawa dia untuk mengislah diri, insyaAllah dia akan terima dengan senyuman sampai ke telinga!

Tiada teguran yang tak terasa, Kalau namanya teguran mesti kena terasa. Sebab apa? sebab kalau tak terasa, nanti tak ada rasa nak berubah.

-----------------------------------------------------------

Bila kita kata ukhuwah fillah, insyaAllah kita harapkan ukhuwah ini mampu menjadikan kita dalam golongan yang mendapat rahmatnya, terutamanya dihari tiada lagi kasih sayang, melainkan kasih sayangNya. Maka ukhuwah ini adalah sesuatu yang perlu dipertahankan. Nampak sedikit kerosakan, segeralah buat pembaikan. Nampak sedikit keretakan, segeralah berbuat sesuatu. Yang penting, ukhuwah ini terpelihara dan akan terus dijagaNya sampai syurga.

Moga Allah cinta ukhuwah kita.

Wallahua'alam.


p/s: Lagi 4 hari akan pulang ke Malaysia. Doakan. Tak sabar nak balik! selain dari nak jumpa ummi abah dan "kalian" , serius, saya tak sabar sangat nak jumpa akhawat!  :) (walau ada yang tak pernah jumpa, tapi rasa nak sangat kenal dengan mereka. hehehe).

No comments:

Post a Comment