Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Showing posts with label Mujahadah. Show all posts
Showing posts with label Mujahadah. Show all posts

Friday, June 6, 2014

Monolog.

Bismillah.

Kadang-kadang kau rasa,
Tugasan kau terlalu banyak,
Bebanan dakwah kau terlalu berat,
Pelbagai taklifan yang harus kau galas,
Banyak benda yang harus kau siapkan.
Dengan tanggungjawab sebagai pelajar lagi.

Argh.. Sumpah serabut!

Kepala berdenyut.
Kau ambil bantal dan kau tidur.
Kau ingat bila kau tidur,
Masalah akan pergi.
Tapi bila kau bangun,
Masalah masih disitu.
Setia menemani.

Dan akhirnya kau futur.
Menangis seorang diri.
Menyalahkan semua yang ada disisi.

Kononnya,
Amanah yang diberikan tak setimpal dengan level kau,
Pengarahan seakan menekan kau ditahap yang paling tinggi.
Dan pada kau,
Akhawat yang ada semuanya tak concern,
Yang ditanya hanya tentang gerak kerja,
Masalah peribadi kau langsung mereka tak ambil peduli.

Itulah kau.

Kau lupa,
Bila mana Allah datangkan sesuatu yang kau rasa berat,
Dia tahu kau mampu.
Dia tahu kau cukup kuat.
Dia tahu kau layak untuk ujian tu.
Ingat surah  Al-Baqarah (2:286),

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… "   

Bukankah kau juga yang selalu cakap,
Kau nak jadi da'ie yang qowiey,
Nak jadi somebody disisi ilahi,
Kau nak jadi pewaris nabi,
Jadi Allah bagi kau ujian yang berat,
Untuk kau buktikan kata-kata kau,
Ingat surah Al-Ankabut (21:2-3),

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

Ujian itu sebenarnya hadiah,
Allah nak jadikan iman kau mahal,
Allah nak jadikan kau da'ie yang berkualiti,
Nak bagi kau peluang masuk syurga,
Paling best,
Allah nak buat kau lebih dekat dengan Dia.



Dan,
Bila kau claim akhawat tak concern,
Cuba kau tengok balik,
Betulkah akhawat tak ambil tahu?
Ke kau yang ego tak nak cerita,
Konon, kau kuat.
Kau kata kau okay.

Kalau betullah akhawat tak tanya,
Kenapa kau yang tak cuba berkongsi rasa,
Kau ingat akhawat tu kasyaf,
Tengok lebar senyuman kau kurang 0.001 cm,
Dia dah tahu kau ada masalah,
Tak.
Akhawat juga manusia,
Mereka juga punya tanggungjawab,
Dakwah.Study.Keluarga.
Banyak benda nak kena fikir.

Kau rasa akhawat bila tahu kau futur,
Mereka biar?
Tak.
Bahkan, merekalah yang paling terkedepan nak dengar masalah kau,
Merekalah yang akan jadi paling bersungguh untuk membantu,
Mereka tak akan biar kau jatuh lama-lama.
Mereka sayangkan kau. Bahkan, cinta mungkin.
Hakikatnya, kau sendiri yang pilih untuk berseorangan,
Apa salahnya, kau sendiri yang mendekat pada mereka.
Ingat hadith Rasulullah S.A.W?

"Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil.."(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Jadi,Berhentilah beralasan,
Kau kena maju ke depan.
Ini bukan soal kau mampu atau tidak,
tapi,kau nak atau tak nak?

Berhentilah manjakan diri kau,
sikit-sikit down, sikit-sikit down,
Dah sampai masanya,
Keluar dari kepompong keselesaan,
Dan mula menjadi qowiey.

Kau boleh !
Jaga mutabaah kau,
Jaga hubungan kau dengan Allah betul-betul.
Kekuatan hanya akan datang dari Allah.
Kau nak Allah bantu kau waktu kau susah,
Waktu senang, jangan pula kau lupa Allah.
Ingat Hadith Rasulullah S.A.W,

"Kenalilah Allah disaat lapang, niscaya. Allah akan mengenalimu disaat sempit"(Hadith Riwayat Tirmidzi)



Ingat pesan murobbi kau,
Jangan jadi dai'e buih,
Banyak, tapi tak berguna.
Cantik, tapi mudah hilang,
Tak ada pendirian,
Angin ke kanan, ke kananlah dia,
Angin ke ke kiri, ke kirilah dia.
Kadang belum sempat diusik,
Buih meletup dulu.
Sebab tu jangan jadi da'ie buih.
Ingat hadith tentang buih?

Rasulullah bersabda;"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ".

Lagi satu,
Kalau kau tak bersama,
Allah tak rugi apa-apa,
DIA boleh gantikan dengan yang lebih baik lagi,
Dan akhirnya kau yang rugi,
Gerabak ni akan terus berjalan,
Walau tanpa kau disisi.

"...Jika kamu berpaling (dari agama Allah) akan Allah gantikan satu kaum yang lain dari kamu, kemudian mereka tidak jadi seperti kamu"(Muhammad, 47:38)

Jadi kau pilih, Menggantikan atau Digantikan?


Ikhlas dari Diri untuk Diri Sendiri.

Wallahu'alam.

Wednesday, March 21, 2012

Tenanglah Wahai Hati :')

Assalamualaikum :D




Hari ini Alhamdulillah ana dah pun dapat keputusan spm ana.(walaupun cuma gred je :p)
Lepas solat Dhuha ana solat hajat. tepat2 lepas doa solat hajat ana dapat sms keptusan peperiksaan ana.

Pedihnya. Sakitnya. Terkilannya. Allah saja yang tahu. Bukan ana tak usaha. Sungguh ana dah berusaha sedaya mungkin tapi itulah dugaan dariNya.:'(Waktu tu, atas sejadah ana menangis sorang2, memikirkan cita2 ana ingin menjadi seorang Doktor Pakar Sakit Puan yang semakin jauh, memikirkan keinginan ana untuk sambung belajar di Mesir yang semakin samar perjalananya. Sungguh. Ana betul2 buntu. Tiba2 panggilan masuk. Ummi.Ummi pujuk ana. Terasa hangat kasih sayang seorang ibu. Ummi meyakinkan ana perjalanan ana tidak berhenti disini. Masih banyak cara lagi untuk ana menjadi seorang doktor.

Tidak lama selepas ummi telefon,masuk panggilan baru.Abah. Ana tahu Abah risaukan keadan ana. Abah mengingatkan ana Dunia ini sementara, tak usah terlalu bersedih.Sedikit sebanyak hati yang berduka ini, terubat.

Jujur, ana sangat2 sedih. Keputusan yang ana perolehi jauh lebih teruk berbanding keputusan percubaan ana tempoh hari.

Pujukan dari Allah tidak berheni disitu, Allah datangkan kepada ana sahabat yang sentiasa mengajak ana dekat padaNya.

Kata Kak Nadia,
" Bila kau memandang segalanya dari tuhanmu, Yang Menciptakan Segalanya, Yang menimbulkan sakit hatimu, Yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan DAMAILAH hatimu..
Kerana masakan Allah mentakdirkan untuk sesuatu yang sia-sia..
Bukan dia tidak tahu kecewanya hidupmu,retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu,
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih hidup dan mudahuntuk hampir kepadaNYA.. Berlapang dadalah dan redha atas setiap ketentuanya :D"


Kata Hazirah,
"Kadang2 Allah mematahkan semangat kita untuk menyelamatkan jiwa kita.
Kadang2 Allah menghancurkan harapan kita untuk mengukuhkan jiwa kita.
Kadang2 Allah mengirimkan kesedihan kepada diri kita untuk menguatkan jiwa kita.
Kadang2 Allah Hamparkan kesakitan kepada diri kita untuk menjadikan kita lebih mengambil beratakan diri kita.
Kadang2 Allah sampaikan kegagalan kepada diri kita agar kita merendah diri di dunia.
Kadang2 Allah mengambil satu perkara dalam hidup kita untuk mengajar kita akan erti menghargai betapa bernilainya perkara itu kepada kita :'("

Buat sahabat yang berjaya, Tahniah ana ucapkan :D
Teruskan usaha klaian agar berjaya dunia dan akhirat.

Buat mereka yang seperti ana..
Gagal sekali bukan untuk selamanya.

Dunia ini merupakan kembar dengan ujian. Baik buruk di dalam dunia ini adalah ujian. Mendapat kebaikan itu juga ujian, mendapat keburukan juga adalah ujian.

Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik. Cuma kita yang gagal menilainya.

Bila Allah berikan kita kejayaan, itu kebaikan dari segi balasan usaha kita. Bila Allah berikan kita kegagalan, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.

Sahabat yang ana cintai Fillah <3 Ingat Bersangka baiklah padaNya :)

#sekadar coretan hati yang berduka agar dapat dikuatkan dengan tarbiah Nya ^_^
*Renung2kan Dan Selamat Beramal :D