Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Saturday, June 18, 2016

5 SEBAB KENAPA RUGI TAK BELAJAR DI MESIR!

Bismillah.
Posting kali ni saya nak share tentang Mesir. Mungkin ramai adik – adik yang masih tercari- cari pilihan universiti yang paling tepat sebagai pilihan. Berikut merupakan sebab kenapa Mesir mesti menjadi pilihan !

Credit untuk google :)      
1. YURAN & KOS SARA HIDUP YANG MURAH
Pertama, adik-adik kena tahu yuran pengajian disini Subhanallah lah ! Jauh lebih murah dari tempat lain. Baik perubatan, mahupun pengajian agama, harga yuran memang jauh berbeza dari university luar Negara yang lain. Bayangkan kos pengajian Usuluddin, Syariah, Lughah lebih kurang RM 100 setahun !
Kedua, matawang Mesir jauh lebih rendah dari matawang Malaysia. Jadi setiap kali keluar duit dari bank, terasa macam kaya sekejap hoho. Ditambah dengan barang-barang dapur yang sememangnya jauh lebih murah dari Malaysia. RM 600 sebulan untuk tampung kos rumah sewa, duit dapur, transport dan macam-macam lagi keperluan harian kita  insyaAllah lebih dari cukup tapi dengan syarat jangan boroslah~

2.      BELAJAR BERDIKARI
Bila duduk jauh dari mak ayah, abang kakak jauh, tipulah tak takut tapi dekat sini kita belajar macam mana nak berdiri atas kaki sendiri. Tak ada siapa nak tolong lipat baju, tak ada siapa nak ajar macam mana deal dengan masyarakat arab, pergi kuliah kena naik public transport yang super duper pack plus aromanya lagi ! Tak cerita lagi tentang ammu-ammu bermulut manis macam mana nak pastikan tak ditipu dan sebagainya. Dan yang paling best kalau tak reti masak, tiba-tiba dalam jadual nama sendiri on duty. Oh sesaknya!
Pengalaman telah membuktikan skil boleh dipertingkatkan dengan masa, saya ada kawan satu geng datang mesir awal-awal dulu, memang lemah dalam bab pengurusan diri ni ni. Lipat baju hampeh, naik public transport tak reti, masak pun fail ! Cukup 4 bulan tinggal bersama, banyak perubahan yang berlaku. Dia yang mulanya asal masak je hangus, sekarang ni Nasi Arab pun dia reti masak ! hoho jangan main2.

Paling penting , bila kita ‘terpaksa’ berdikari, kita akan sedar satu benda, kebergantungan pada Allah akan meningkat sebab kita tak ada siapa lagi nak depends on. Berpijak lah dimanapun, kita tahu Allah sentiasa ada bersama.

3.      DAPAT BELAJAR BUDAYA ASING
Ini antara benda yang paling special sekali kalau belajar di overseas. Lain negara, lain warnanya. Nak tak nak, kita kena belajar adapt dengan suasana yang berbeza. Di Mesir kita dapat tengok suasana orang arab, kalau type yang ‘tak berapa nak baik’ Nauzubillahi minazzalik, nampak macam baik, caring, sembang sikit, ada je perkataan Allah yang keluar, tak cerita lagi kalau dia sambung tilawah Al-Quran kita, tapi ternyata ada agenda tersembunyi~

Kalau jumpa arab yang baik, serius terpesona ! Mereka ni baca Al-Quran tak kira tempat. Dalam bas, tepi jalan dan banyak lagi. Senang kata pemadangan pemuda arab baca Al-Quran ni ada dimana - mana. Sampai kita pun tak kekok nak ikut sama baca Al-Quran. Part ni serius seronok!
Suasana bulan puasa pun best, kerja mereka ni nak memberi saja. Nak infaq makanan, nak infaq duit, infaq macam-macam lah! Ramadhan disini, seperti Syawal di Malaysia. Meriah sangat!
Dekat sini juga adik-adik dapat tengok, orang arab ni kuat gaduh tapi bila ada orang yang bergaduh, mesti akan datang seorang hero yang menenangkan keadaan dengan mengajak orang lain untuk selawat ke atas nabi. Ini memang rare !

Banyak lagi suasana-suasan yang menarik di Mesir. Dimana-mana pun ada manusia yang baik dan sebaliknya. As we know, kalau ada pengikut Fir’aun, pasti ada pengikut Musa. Pandai pilih kawan, kita dapat manfaatnya, begitulah sebaliknya.

4.      LECTURER YANG SANGAT BAIK !
Ini antara benda yang paling menyentuh hati ! Lecturer disini baik sangat. Dalam kuliah saya, . Doktor akan ulang berkali-kali mata pelajaran sampailah kita faham. Tak faham dia ulang lagi. Doktor selalu kata “kamu macam anak perempuanku.” Jadi dia layan kami macam seorang anak. Huhu  terubat rindu~ Bila dia tahu ada diantara kami yang tak balik Malaysia waktu cuti summer dia akan offer untuk datang rumah dia. Tak cerita lagi dengan nasihat apa yang kita boleh buat untuk menjadi tullabu ‘ilm yang berkualiti. Senang kata, lecturer tidak hanya mementingkan silibus mata pelajaran, tapi kualiti kita as pelajar mesir yang akan balik dan menyumbang pada masyarakat pun dia concern, terutama yang ambil pengajian agama macam saya.


5.      PUSAT ILMU ISLAM
Dekat sini terlalu banyak pengajian agama yang ada. Nak belajar fiqh, usul, tasawauf, hadith, sebut je apa nak. InsyaAllah semua ada. Nak hafal Quran pun boleh. Dan banyak yang free pula tu ! Kita yang pilih nak join atau tak. Sangat rugi belajar di Mesir tapi peluang yang ada tidak dimanfaatkan. Hatta jika adik-adik jurusan perubatan sekalipun, peluang untuk mendalami agama sangat terbuka luas. Saya punya ramai kawan, sambil belajar perubatan mereka mengambil jurusan pengajian islam dan menghafal Al-Quran. Luar biasa!

Mutiara bertaburan depan mata, tinggal nak kutip atau tak sahaja.



Ini adalah sebahagian dari pengalaman saya sebagai seorang Mahasiswi Mesir. No discrimination, saja buat tajuk macam ni. Adik-adik bebas memilih mana saja tempat untuk menyambung pelajaran. Semoga dengan mengetahui keistimewaan belajar di Mesir ini dapat membantu adik-adik mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang Mesir. Kita berjumpa lagi di Mesir, InsyaAllah.



4 comments:

  1. wah memang nak pun. nak amik kuliyyah lughah ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saya akan melanjutkan pengajian ke mesir pada tahun ini dan memerlukan wang untuk ke sana jika ingin mengetahui sahih atau tidak boleh ws ke 0138778266 atau 0198234633 untuk bukti

    ReplyDelete