Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

Futur Lagi.

Bismillah.

Semalam aku nampak kau menangis lagi,
Kau rasa lemah,
Kau rasa dah tak mampu lagi untuk setia dengan tarbiah,
Kau rasa tak larat lagi nak bawa dakwah.

Jiwa kau lemah,

Iman kau goyah.

Kau menangis lagi.

Sambil kau tutup muka dengan bantal.
Aku nampak kau tersedu-sedan.
Tahan tangisan dari berbunyi.

Sumpah, aku sedih. 


Sebelum tu aku tengok dah banyak akhawat jumpa kau.

Bagi kau taujih.
Bagi semangat.
Mereka nak kau kuat dalam berbuat.

Tapi kau,

Tak sampai seminggu,
Kau futur lagi.

Kau dapat tausiyah dalam halaqah,

Dapat nasihat dalam liqo.
Tapi kau masih juga futur.

Rapuhnya kau.

Sebegini mudah kau jatuh.

Kadang aku tengok status FB kau, 
Twitter kau, 
Insta kau.
Satu-satu keluhan kau zahirkan,
Satu-satu kesalan kau tunjukkan.

Apa kau lupa,
Bersama dengan dakwah seharusnya kau merasa izzah.
Bukan terus- terusan melemah.

Hancur hati aku.

Kau seakan menunjukkan pada dunia,
Sepanjang perjalanan kau bersama dakwah dan tarbiyah,

Yang kau rasa cuma terpaksa,
Hanya kau yang kena berkorban,
Hanya kau yang kena memberi,
Hanya kau yang kena memendam rasa. 

Kau seakan memberitahu pada semua,
Bersama dengan dakwah begitu menyesakkan.
Begitu melemahkan.

Pedih. Jiwa aku pedih.
Melihat mudahnya kau mencari alasan untuk futur.

Kenapa tidak kau cari alasan untuk bertahan?
Kenapa tidak kau cari alasan untuk tetap berbuat?
Kenapa tidak kau cari alasan untuk Thabat?

Mungkin kau tak perasaan,
Firman Allah,

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata disisi Allah orang yang berjihad diantara mu dan diantara mu belum nyata orang yang sabar?" [Ali Imran 3:142]

Macam mana kau nak expect,
Syurga tu tempat kau,
Cinta Allah tu milik kau,
Bila baru berbuat sikit kau dah rasa futur,
Bila ditekan sikit kau mula menggelabah.

Meh, aku ingatkan sesuatu,
Bila kau mewaqafkan diri kau untuk islam,
Segala yang kau ada, semua akan dituntut.

Harta kau.
Jiwa kau.
Masa kau.

Semuanya akan dituntut.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.."[At-Taubah 9:111]

Jadi kau kena tahu,
Bila kau memilih untuk mejadi Dai'e,
Pengorbanan yang kau kena buat,
Bukan pengorbanan yang kecil,
Penat yang kau rasa bukan lagi penat yang biasa,
Kau bahkan, akan merasakan kelelahan yang luar biasa,

Tapi itu bukan alasan untuk kau selalu futur,
Bukan bermakna kau senang-senang boleh berputus asa.

Ingat lagi Surah Yusuf , 12:87?

" dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

Kau tak nampak ke?
Allah tekan kau dijalan ni,
Sebab Dia nak hadiahkan kau syurga,
Dia nak kau dekat dengan dia,
Dia nak bagi kau cinta Dia.

Apa tak cukup lagi motivasi yang Allah bagi?

"Katakanlah : "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Ali'Imraan 3:31]

Kalau betullah kau cintakan Allah,
Maka buktikan.

Jalan dakwah yang kau ambil,
Tuntutannya sama seperti Sirah.
Semua harus kau beri.

Bertahanlah untuk sedikit waktu saja lagi,
Kau sudah melangkah begini jauh menuju Allah,
Apa sekarang kau mahu berputus asa?

Perit yang kau rasa sekarang,
Tak sampai 10% pun dari apa yang Para Sahabat rasa,
Dari apa yang Rasulullah rasa.

And yet, kau rasa kau layak untuk futur.

Kalau kau betul nak bersama,
Kau memang kena kuat.

Dakwah ni tak layak untuk mereka yang mudah rapuh.

Jadi sekarang, 
Kau tanya diri kau,
Kau nak terus bersama,
Atau berputus asa?

Wallahu'alam.
Moga Allah CInta.

Saturday, December 21, 2013

Bermakna.

Bismillah.

*Tarik Nafas...
*Lepas..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Masih ada lagi helaan nafas untuk kita, menandakan bahawa kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus metaatiNya, untuk terus kembali padaNya.

Terima Kasih, Allah :)



Sabda Rasulullah s.a.w: "Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih seperti kain putih. Ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani dan Majusi."

Fitrah manusia ketika baru tiba ke dunia, sebelum dikotori oleh maksiat, adalah suci dari segala kejahatan. Manusia asalnya atau fitrahnya adalah baik, mencintai kebaikan, kenal dan taat kepada Allah SWT.

"Dan ingatlah ketika Tuhan mu mengeluarkan keturunan anak-anak ada dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) "Bukankah Aku ini Tuhan mu?" Mereka menjawab "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi."(Kami lakukan yang demikian itu) agar dihari kiamat kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan)"(7:172).

Itulah pengakuan roh sebelum dilahirkan ke dunia, yakni ketika dihadapkan ke hadrat Allah. Ruh pada ketika itu mengenali Allah dan mengaku hakikat diri adalah hamba-Nya. Tapi bila lahir ke dunia, Manusia dipengaruhi nafsu dan syaitan dan diperdaya oleh segala macam tipu daya kenikmatan dan kelazatan dunia, Maka jadilah ia derhaka dan lupa pada Tuhan yang sebenar.Allah SWT.

Tarbiyah.Mengembalikan manusia kepada fitrah. Mengembalikan manusia pada asalnya.

Bila disebut tentang tarbiyah, saya pasti akan tersenyum sendiri. Saya melihat sendiri, bagaimana tarbiyah mampu mengubah manusia. Dari biasa menjadi luar biasa, tak kiralah dari sudut apa sekalipun, mereka yang disentuh tarbiyah, luar biasa !

Manakan tidak, Tarbiyah sinonimnya Berubah.Bilamana kita claim kita ditarbiyah, kita kena berubah. Paling minimum kita sedar yang kita sedang berusaha untuk berubah. Kalau boleh nak semua benda dibuat kerana Allah.

Makan, minum, berjalan, duduk, baring sampailah kepada kuliah,talaqqi,halaqah semua nak buat kerana Allah.Dengan harapan Allah sudi pandang usaha kita dalam membina cinta untukNya.

Bilamana berbuat kerana Allah.Pastinya kita akan buat dengan sungguh-sungguh.Tak nak buat main-main.Bila waktu belajar, kita belajar sungguh-sungguh.Bila waktu kerja, kita kerja sungguh-sungguh.Bila waktu solat, kita solat sungguh-sungguh (usaha untuk khusyu'), hatta usaha pun, kita usaha sungguh-sungguh.



Disitu bermulanya kelahiran mereka-mereka yang luar biasa. Study dan dakwah dua2 difokus sehabis baik. Masa yang ada dimanfaatkan. Kurang tidur, kurang makan, kurang berehat. Senang kata kesenangan diri bukan lagi prioriti. Bukti cinta pada ilahi itu yang utama. Nak buktikan bila ditarbiyah, diri jadi lebih gagah dari biasa.Sebab kita tahu dan sering diingatkan kita ada Allah.Ya. Bila ada Allah diri tiada alasan untuk merasa lemah.

Usaha.Usaha.dan teruskan usaha. Hasilnya kemudian.Yang penting kita rasa seronok dengan usaha kita. Kita nikmati setiap langkah. Pahit atau manis, teruskan ditelan. Dengan menelan yang pahit, kita belajar mensyukuri yang manis :)

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."(94:5-6)

Dengan tarbiyah sudut pandang kita jadi berbeza.
Segalanya terasa lebih bermakna.

Seronoknya ditarbiyah !




#Allah lebih Tahu.



Sunday, June 9, 2013

Bersama DIA, Segalanya Terasa Sempurna.

Bismillahirahmanirrahim :)

Cukup untuk yakin Allah ada bersama,Segalanya terasa sempurna :)


Jalan ini

Katamu
Jalan yang penuh kesedihan
Sepinya berpanjangan
Rasa ditinggalkan
Jauh terkebelakang

Katamu 
Jalan ini penuh kesesakan
Menyempitkan akal
Melemaskan jiwa 
Malah begitu menghinakan 
Hanya sesuai bagi mereka yang tersisih.

Katamu lagi
Jalan ini jalan yang dibenci
Tak siapa sanggup menemani 
Dan akhirnya aku kan terus sunyi
Hidup bersendiri.

Itu katamu,
Berbeza dengan kata hatiku.

Percaya sahaja tidak mencukupi,masih perlu pada keyakinan.


Bagi ku jalan ini penuh kebahagiaan
Tidak pernah sedetik aku keseorangan 
Tidak pernah sesaat aku ditinggalkan 
Tidak pernah sekali aku diabaikan
Kerana aku tahu
Dijalan ini aku punya DIA.

Kata hatiku
Jalan ini penuh ketenangan
Mendidik akalku
Mendamaikan jiwa
Malah aku terasa mulia dengan 'izzahnya jalan ini

Kerana aku tahu
Dijalan ini Aku bersama DIA.

Kata hatiku lagi,
Jalan ini penuh cinta
Khas dari Pemilik segala cinta
Setiap waktu DIA setia menemani
Tak pernah sekali DIA melupai

Kerana aku tahu
Dijalan ini aku membina cinta untukNya.

Sering.Selalu.Sentiasa.

Setia bersamaNya ternyata aku tidak mungkin pernah kecewa.


Dari Abdullah bin Abbas R.A- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: "Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamuJagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah ditetapkan takdir-takdir."

(Hadith riwayat At-Tirmizi)

Wallahu'alam.
Moga Allah redha :D