Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Monday, April 15, 2013

Benarkah Cinta?

Bismillahirahmanirrahim.

Bila hati mengukir cinta,
Bibir akan menghurai kata.
Namun bunga cinta masih tidak mekar.
Sedang pohon cinta itu sasa berdiri,
Sayang sekali,
Akarnya begitu rapuh,
Sehingga tiada buah yang mampu terhasil.

---------------------------------------------------------------



Kita kata kita cinta pada kedua IbuBapa kita hanya kerana DIA.
Kita kata kita cinta pada Abang,Kakak dan Adik kita hanya kerana DIA.
Kita kata kita cinta pada Kaum Kerabat kita hanya kerana DIA.
Kita kata kita cinta pada Ikhwah dan Akhawat kita hanya kerana DIA.

Tapi....

Ketika melihat mereka jauh dariNYA.Kita terus-terusan berdiam diri.Seakan pemerhati,sedang peluang untuk mendekatkan itu sebenarnya ada.
Ketika melihat mereka leka ditipu hawa nafsu.Dengan teganya kita tetap membiarkan.Kata kita mahu menjaga silaturrahim.
Dan sangat menyedihkan,bilamana kita melihat mereka tidak menunaikan hak2 Allah.Kita malahan tidak mengingatkan.Apatah lagi,menyuruh kepada kebaikan.

Sedangkan sudah Allah nyatakan dalam surah Al-Balad :

"Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar serta dan saling berpesan untuk berkasih sayang."
"Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan) adalah golongan kanan"

(90:17-18)

Alangkah dayusnya kita~

Dengan alasan menjaga ukhuwah.Kita sanggup melihat mereka selangkah hampir kepada neraka.Kejam sungguh.Itu bukan cinta namanya.Itu pengkhianatan.Sedang kita berhempas pulas untuk ke syurga.Mereka dibiarkan terus terabai.

Pathetic.

Kalau benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurgaNya. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya-Hilal Asyraf.

Jika benar cinta buktikan.Jangan terus-terusan berdiam diri.Mereka yang tersayang sedang menghampiri lembah kebinasaan.Sebelum mereka terjatuh.Sudah sampai masanya peranan dimainkan.Sebarkan dakwah terapkan tarbiah.Selamana mana ruh masih dijasad bererti kita masih punya peluang.Masih belum terlambat.


Ayuh sebarkan tarbiyah untuk buktikan cinta !

#Semoga kita mampu membawa cinta ini ke syurga.:)

Wednesday, April 10, 2013

Untuk Kamu.


Bismillahirahmanirrahim.


Kali pertama bertemu,
Tidak menyangka persahabatan ini mampu bertahan
Melayari waktu demi waktu
 Hari demi hari
Detik demi detik 
Sehinggalah kesaat ini.

Mengenali kamu satu rahmat bagiku
Pendekatanmu ternyata berbeza 
Membawa aku ke alam penuh berbeza
Dunia yang tidak pernah ku sedar realiti kewujudannya
Dunia yang jelas begitu asing.

Dunia itu,
Tak mungkin dapat dirasa kemanisannya
Tak mungkin dapat dilihat keindahannya
Tak mungkin dapat didengar kemerduannya
Tak mungkin dapa dihidu harumannya
Melainkan terdapat jiwa didalamnya.



Kerana itu
Persahabatan ini terasa begitu bernilai
Hikmah pertemuan ini hati mengenal DIA
Dari hati yang kering 
Tandus dan kontang
Kosong tak terisi
Menjadi basah dan terisi
Membuat jiwa punya hadaf.


Jazakillahu khairan Jazak

Moga persahabatan ini 
Tak usang ditelan masa
Tak layu dimakan waktu
Dan
 Aku ingin menyayangimu
Mengatasi batas waktu dunia
Melewati kehidupan akhirat.

Citaku agar cinta ini 
Bisa dibawa sampai ke syurga.



#Sayang Kamu fillah.Sampai syurga.InsyaAllah.





Wednesday, April 3, 2013

Bilamana Allah Mencintai :D


Bismillahirahmanirrahim.

Sekali lagi setelah lama blog ni dibiarkan bersawang.Akhirnya saya ada masa untuk mengupdate. Alhamdulillah.Selamat membaca, Semoga bermanfaat untuk hati :)



Untuk seorang rakyat biasa mencintai rajanya itu tidak pelik.Tapi cuba kita bayangkan bilamana seorang raja mengisytiharkan cintanya pada rakyatnya.Seorang yang tinggi darjatnya menyatakan cinta pada mereka yang berkelas bawahan.Aneh bukan !

Dan untuk kali ini, suka saya berkongsi tentang cinta Allah pada hambaNya.Mungkin ada yang tertanya2,Sungguhkah Allah Yang Maha Kuasa mencintai hambanya yang tak punya apa2?

Dan Allah Yang Maha Penyayang.Menjawab persoalan ini.Dalam sebuah hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.

Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai pulalah dia oleh kalian semua, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” 



Subhanallah! Nampak tak? Betapa tingginya rahmat dan kasih sayang Allah pada hambaNya.Allah , bilamana DIA mencintai seseorang.DIA tidak berdiam diri.Malahan cintaNya itu diisytiharkan. Disebarkan.
Maka seluruh penduduk langit kan turut mencintai.Dan hamba itu dicintai segenap makhluk Allah yang ada dibumi.

Allah.

Bilamana seseorang itu dicintai Allah, Maka Allah campakkan kedalam hatinya ketenangan, kedamaian, bahagia penuh kasih dan cinta serta perlindunganNya.Segala keperluannya akan dicukupkan.Segala permintaannya akan diperkenankan..Tiada yang menghijab doanya pada Yang Yang Esa dan diakhirat kelak dia mendapat rahmat dan perlindungan Allah dari azab neraka.Bahagiakan?

Berkaitan dengan betapa Allah sangat mencintai hambanya :) Ada lagi satu hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang sangat biasa kita dengar dan sukalah untuk saya kongsikan di sini.

“Jika telah lewat tengah malam atau sepertiga malam yang akhir, Allah Yang Maha Mulia dan Agung turun kelangit yang paling rendah (langit dunia), lalu berkata: Adakah orang yang meminta kepada-Ku saat ini, pasti akan aku beri, adakah orang yang memohon ampun, pasti aku ampuni, adakah orang yang bertaubat, pasti aku berikan taubat-Ku, adakah orang yang memerlukan-Ku, pasti akan aku penuhi.” Dan itu terjadi setiap malam hingga terbit fajar”. (HR. Bukhari)


Alangkah indahnya jika kita beribadah kepadaNya,tidak kira siang ataupun malam, Berdiri ataupun duduk, dalam sedih atau gembira hanya atas dasar cinta kita kepadaNya bukan kerana takutkan siksa nerakaNya.Walaupun perkara itu tidak salah.Tapi bukankah Allah terlalu cinta pada kita.
Dan FirmanNya dalam surah Al-Maidah:54 .
“Maka Allah SWT akan mendatangkan suatu kaum yang Allah cintai dan merekapun mencintai Allah”

Jom buru cinta Allah ! :D

Wallau'alam.


Wednesday, February 20, 2013

Dakwah itu Kerja Cinta :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau benar cinta,segalanya pasti sanggup dikorbankan.Harta,Jiwa,Masa dan Tenaga.Segalanya.Pasti sanggup dilepas pergi.Biar derita pada jiwa asal yang dicintai tidak murka.Malah ingin dia bahagia.Itu cinta.

Jalan dakwah ni,Bukan macam taman,Ada bunga-bunga, ada rama-rama, ada kolam ikan.Ramai orang suka pergi taman.Tak macam jalan dakwah.Jalan dakwah ni sunyi.Banyak dugaan.Kadang2 ada duri2 kecil.Kadang-kadang duri besar.Dah tu ada gunung-ganang pula tu.Kena naik turun.Dugaan tak pernah berhenti.Sebab tu tak ramai orang suka jalan ni.Tak ramai orang yang sanggup lalu jalan ni.Macam mana lah boleh ada yang sanggup lalu jalan ni >_<

Kalau difikir-fikirkan sangat2 anehlah untuk seseorang itu meninggalkan segala yang dimiliki, melepaskan segala kesenangan yang ada hanya kerana satu jalan yang terlalu sukar.Jalan yang memerlukan kesabaran,ketabahan malahan pengorbanan yang bukan sedikit.Ye,lah.Cuba kita bayangkan siapalah yang sanggup tinggalkan rumah yang selesa, kereta yang mewah,movie yang best2.Dah tu,pergi ke satu tempat ,dah lah letih, susah , mencabar pula tu.Kalau diikutkan logik akal memang sangat mustahilah untuk seorang manusia yang tak punya satu asbab yang kukuh untuk besusah-susah sedang nikmat kesenangan tu ada je depan mata.

Tapi kerana yang dikejar itu bukan cinta yang biasa.Maka usaha yang diletakkn juga haruslah yang luar biasa.

Kalau tengok orang yang bercinta tu,
Kalau boleh hari-hari rasa nak jumpa,
Kalau boleh tiap masa nak bercakap dengannya,
Kalau boleh semua benda yang disuruh mesti nak buat,
Benda yang dibenci, tak nak buat takut dia terasa.Nanti dia marah.

Subhanallah.Adzim kan kuasa cinta yang Allah bagi.



Semua orang yang berada dijalan INI tahu.Dakwah terlalu sukar.Didalamnya terlalu banyak ujian.Namun matlamatnya cuma satu.Cinta Allah itu yang dikejar.Cinta yang paling agung.Jadi bila mana diri mengatakan cinta.Maka pembuktian  cinta itu perlu diaksanakan.Dan antara jalan yang perlu ditempuhi adalah jalan ini.Jalan yang dipanggil jalan dakwah.



Mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad) "jika benar kami mengasihi ALLAH maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi"(3:31)

Kalau benar seseorang itu cinta pada Rabbnya,
Mesti hari-hari rasa nak jumpa,
Tambahan pula, bila DIA yang panggil.
Selalu je rasa nak bercakap denganNya,
Semua benda yang disuruh mesti nak buat,
Benda yang dibenci, tak nak buat takut DIA Murka.

Itu cinta.
Dan
kalau benar cinta,mana buktinya?

Cinta menuntut segalanya dan perasaan atau tidak orang yang asyik bercinta ni tak kisah sakit mana pun pengorbanan yang dilakukan.Seakan-akan diberi bius.

Samalah macam dakwah.Kalau bukan sebab cinta mesti ramai yang tak nak buat.Tapi sebab kejar cinta Allah lah kita buat kerja ni.Allah yang suruh yang kita buat kerja ni.Maka kita kena buat.Rasailah cintaNYA.Buatlah dengan cinta.Sampaikanlah dengan cinta.InsyaAllah nanti bertambahlah jumlah mereka yang merasai cinta tersebut.



Tepuk dada tanya iman, Terdakwahkah cinta kita ?

Wallahu'Alam.

Monday, January 21, 2013

Fakulti Ulum Islamiah II :)

Bismillahirrahmanirrahim :)

Semoga dalam redaNya.

Post kali ini merupakan sambungan daripada post yang lepas.Maaf atas kelewatannya.Masih berbaki satu paper lagi.Doakan tau!Sebelum ini saya ada menceritakan serba sedikit tentang kos ulum islamiah,jadi disini saya sertakan link2 yang menghantar student2 yang ingin menyambung pengajian di Mesir.Senarai link dibawah adalah Agen2 yang dipercayai.InsyaAllah.

-Daulah Medic
-Islamic Medic
-Akademi Quran Medic


Seperti yang dikatakan yuran pengajian Fakulti ini adalah 1000 USD.
Sahabat sekalian bolehlah survey agen2 tersebut.Teliti sebaik mungkin.Bandingkan fasiliti yang ditawarkan,
kelebihan dan kekurangan.Senang kata survey sebaik mungkin lah.Jangan lupa istikharahnya.

Sekian saja dari saya :)
Wallahu'alam.

Link Pertama.

P/s:Agak kesibuka sebenarnya ~

Wednesday, January 2, 2013

Fakulti Ulum Islamiah :)


Bismillahirahmanirrahim :)

Assalamualaikum.

Semenjak seminggu dua minggu yang lepas ramai junior2 yang dah lama lost contact tiba2 muncul semula. Masing2 nak tahu macam mana saya boleh ke mesir menggunakan sijil SPM untuk menyambung pengajian agama.Jadi disini sangat sukalah utuk saya berkongsi cerita sedikit sebanyak tentang course yang diambil ni.

Bangunan Fakulti
credit to SFAK


Fakulti Ulum Islamiah/Faculty of Islamic Sciences.

First thing, yang perlu diberitahu ialah fakulti ini adalah fakulti yang baru di universiti Al-Azhar dan saya sendiri merupakan batch ke-5 disini.Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat ditemukan dengan fakulti Ulum Islamiah ni .Untuk pengetahuan semua antara sebab penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan graduan yang menguasai segala cabang ilmu islam merangkumi bahasa arab,syariah,usuluddin,ekonomi islam,perbankan islam dan macam2 lagi lah.

Tempoh pengajian kos ni selama 5 tahun .Mereka yang berjaya tamat belajar disini akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum islamiah dan Bahasa Arab/ Bachelor of Islamic Sciences and Arabic.Yurannya pula sebanyak 1000 USD setahun.

Syarat kemasukannya: sijil SPM dengan cemerlang dalam 6 subjek

*Bahasa Arab Tinggi
*Pendidikan Quran Sunnah
*Pendidikan Syariah Islamiah
*Matematik
*English
*Bahasa Melayu
Lagi satu tempoh sijil SPM tak boleh lebih dari 3 tahun.

Untuk pengetahuan yang sedetailnya boleh la tekan link ni :
Fakulti Ulum Islamiah

Ni saya petik sikit dari website tersebut
(secara random je la )

Setiap tahun terbahagi kepada 2 semester, Berikut adalah subjek yang akan dipelajari mengikut tahun.

                                 
 Tamhidi
-Kemahiran Mendengar
-Kemahiran Bertutur
-Kemahiran Membaca
-Kemahiran Menulis

Tahun 1
-Al-Quran
-Balaghah
-Feqh
-Isu-isu Akidah Semasa
-Tafsir
-Tauhid
-Ulum Hadis
-Nahu
-Kemahiran Bahasa
-Komputer
-Tarikh Adab dan Nusus
-Ulum Al-Quran
-Mantiq 1
-Sorf 1
-Sirah Nabawiyah

Tahun 2 
-Al-Quran
-FeqhLughah
-Sorf
-Mantiq
-Feqh
-Tafsir
-Hadis
-Tarikh Khulafa’
-Kemahiran Bahasa
-Ekonomi Islam
-Al-Quran
-Balaghah
-Tarikh Adab dan Nusus
-Ulum Al-Quran
-Tauhid
-Ulum Hadith
-Ilmu Sosiologi

Tahun 3 
-Al-Quran
-Nahu
-Feqh
-Al-Milal wa An-Nihal
-Tafsir
-Tasawuf
-Komputer
-Balaghah
-Ekonomi Islam
-Sorf
-Feqh
-Tarikh Falsafah
-Usul Feqh
-Tauhid
-Hadis
-Geografi Dunia Islam
-Ilmu  Perkausan
-Tamadun Islam

Tahun 4
-Al-Quran
-Tarikh Adab dan Nusus
-Nahu
-Feqh
-Akhlak
-Pengajian Orientalism
-Isu-isu Feqh Semasa
-Penulisan Tesis
-Usul Feqh
-Ekonomi Islam
-Balaghah
-Sorf
-Sejarah Dunia Islam
-Tarikh Falsafah
-Undang-undang Islam
-Al-Milal wa An-Nihal

Kuliah ini fully arabic.Mestilah kan.Tapi yang ahsannya kami tidak menggunakan bahasa arab Ammi(Pasar) kami memang akan belajar fully dalam Arab yan Fushah(Baku).Seronok !!
----------------------------------------------------------------------------


Untuk post kali ni memang nak share pasal tamhidi. Bagi tahun pertama daripada lima tahun tempoh pengajian ianya dipanggil tahun tamhidi(pre) hanya mempunyai 4 subjek sahaja.Semuanya melibatkan kemahiran.

*Kemahiran mendengar
*Kemahiran menulis
*kemairan Bertutur
*Kemahiran membaca

Jadi jangan risau.Mana yang dah lama tinggal bahasa arab tu ,waktu tamhidi ni lah kita nak asah betul2 empat kemahiran yang ada. InsyaAllah nanti bila dah naik tahun tak de lah kita kelam kabut  nak tangkap apa yang Lecturer sampaikan.Tambahan pula, bila naik tahun tentu2lah subjeknya pun semakin mencabar.Jadi dengan adanya tahun Tamhidi ni InsyaAllah sedikit sebanyak terkurang juga beban pada tahun yang akan datang.


Ramai orang cakap tahun tamhidi ni tahun relaks2  :) (ramai ke yang cakap ?Err..ntah la) tak kisah la.  Disebabkan tahun tamhidi nie agak ringan  masa nak pergi talaqqi tu memang ada sangat la.Biar ta faham pun pergi je. InsyaAllah dekat situ dapat juga tingkatkan kemahiran mendengar.Lagi best fakulti ni senior2 baik sangat :) caring dan selalu taujih kami ^_^ Senior2 kami yang ohseemm selalu pesan kalau tak pulun betul2 time tamhidi ni memang rugi sangat la. Sebab time tamhidi ni lecturer akan focus pada kita habis-habisan.Dah tu lecturer nya pulak..Subhanallah! Baik sangat :D macam umi abah kita je >_<

Dewan Kuliah
credit to: Hawa Misyari


Jujur saya katakan memang rasa best sangat ambil course ni. Tak rasa rugi apa pun. Biar orang cakap course ni lekeh2 pun.

Tulus dari hati :) saya jatuh cinta pada fakulti ulum islamiah ^_^

Harap membantu.:)

Wallhu'alam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Sekarang ni, Tahun Tamhidi dah tak ada. Digantikan dengan Markaz Lughah (Pusat Bahasa) Subjek masih subjek yang sama, maksudnya still belajar Kemahiran.Cuma bercampur dengan orang dari luar negara :)
Dan itu satu peluang sebenarnya untuk 'improve' kan lagi bahasa arab kita ^-^

#Markaz ada 7 mustawa(peringkat), setiap peringkat tempohnya dalam lebih dari satu bulan dan bayarannya lebih kurang RM  350 satu peringkat.

Moga Allah cinta.

Monday, December 3, 2012

Kenapa Tak Nak Pergi Usrah??


Assalamualaikum..
Mungkin sudah sampai masanya saya melontarkan isu yang evergreen bagi orang yg
 mengikuti jalan tarbiah..




Usrah..
kenapa malas datang usrah??
kenapa banyak beralasan untuk datang usrah??
kenapa hati berbolak balik nk datang usrah??
kenapa berat hati nak datang usrah??
kenapa datang usrah berselang seli??


USRAH..tetap..USRAH

kadang-kadang best gile..
kadang-kadang membina semangat yg membuak-buak..
kadang-kadang mengasyikkan..
kadang-kadang penuh dengan gurau senda..
kadang-kadang menundukkan hati yg ego..
kadang-kadang mensyahdukan jiwa..
kadang-kadang menyembuhkan luka perasaan..

Tapi..
sebab apa sekarang ni tak nak datang usrah?
sebab..
usrah sekrang ni boring gile...
tajuk yg dibincangkan pun tak best..
naqibah tak best mcm dulu..
asyik tekan-tekan suruh hafal itu ini..
baca bahan itu ini..
bentang plak asyik org yg sama je kena.. 
selalu kena marah-marah .. 
naqibah asyik nak kejar silibus je..
takde usrahmates yg ceria-caring-lovey dovey mcm dulu..
semua bincang hal sendiri-sendiri..
tak penah nak kongsi cerita..
takde gelak ketawa..semua serius mcm bila-bila je nak kena tembak..

lagi?
Tempat usrah jauh sangat..
susah nak pegi..
selalu buat sampai malam-malam.. 
penatlah..
keje banyak..
asignment berlambak..test bersusun..dateline dh dekat..
kalau pegi, asyik ckap pasal dakwah..
tarbiyah..
bosan!!


OK..
kalau nak cakap pasal usrah..
kena tahu kenapa kita nak usrah dulu?
kenapa kita dikenalkan dengan usrah dulu?
kenapa?kenapa?

sebab USRAH tu NADI TARBIYAH..
NADI DAKWAH..
apa jadi kalau nadi kita terhenti??
kita mati kan?

Cuba bayangkan kita-kita ni anak usrah as-syahid Hasan Al- Banna??
bayangkan..
ada kita nak buat alasan-alasan mcm di atas??

Mesti kita punya iman berapi-api nak buat dakwah..
hari-hari fikir nk dakwah dimana,
siapa yg kita nak ajak,
kat mana lagi kawasan yg belum ada tarbiah islam..
kawasan mana lagi yg tertinggal..
kawasan mana lagi yg tak cukup orang..
kita hantar jundi kita ke sana..

dakwah jalan mcm ribut puting beliung!
sapa yg lalu depan kita, kita nak dakwah..
sapa yg jalan dgn kita, kita bawak pegi dakwah..
dengar je ada org nak belajar islam,
pasti waktu tu tengah makan pun berhenti,..
cepat-cepat tya sapa org tu, kat mana dia tinggal..
jom, sekrang jugak kita jumpa dia..
pasti hari-hari kita tidur dgn sagt sedikit kerana seronoknya bekerja di jalan dakwah..
betul tak?

Tapi sayangnya..benda ni tak berlaku..

kita ni yang faham manhaj tarbiah yg Imam Hassan Al Banna bawak ni pun penuh keluh kesah..
Usrah Kering kontang..
takdak nyawa..takdak roh..
yang ada jasad-jasad keterpaksaan..
Usrah takde peningkatan..sama je dari dulu..
Usrah mengantuk..bincang tak masuk..
Futur dalam usrah..
sebab niat datang usrah dah lain..
Bukan kerana Allah..
mula-mula datang selang seli..
pastu tak datang terus..
seronok lagi hidup tanpa usrah..
boleh enjoy..
boleh buat banyak benda lain dari pegi usrah dua jam..
usrah buang masa, buang tenaga dan buang duit je..

Tapi apa yg buat orang dulu boleh stay dengan usrah?
kalau nak tau, bukan kita je yg rasa macam tu..
ramai lagi senior-senior kita yang rasa mcm tu..
malah lebih teruk lagi.. 
silibus usrah boleh hafal dari kulit ke kulit..
betapa lamanya berada di fasa yang sama..
tapi kenapa mereka boleh bertahan??

Kenapa ada kakak yg sanggup datang kepada kita jauh-jauh
drive berjam-jam.. 
semata nak jumpa kita yang macam lari tak lari dari usrah..
tu pun tak sampai 10 minit jumpa.. 
takde sepatah pun perkataan dakwah yg keluar!
kenapa dia still contact kita even 20 sms dr dia..
satu je yg kita balas..itupun kita balas "ok"..je

Satu je saya percaya dalam hati..
"Allah yg hantar kakak tu pada saya.."


Ini kisah saya..kisah orang biasa..
saya tau, di luar sana ada ramai lg yg lebih faqih dari saya 
tapi kenapa saya masih boleh berada di jalan tarbiah..
masih boleh ikut usrah..
ada masa saya futur, ada masa sy okey..

saya pernah jugak terfikir tak nak terlibat dgn jalan ni..
tak nak pegi usrah..tak nak pegi pgram..
tau apa jadi dengan saya..??
saya jadi sangat lagho..
futur..
tak semangat nak buat kebaikan..
jiwa kosong..lost!
hari-hari bertarung dengan syaitan..
hati jadi sakit yg tak boleh nk cerita..
sebab walaupun ramai org sekeliling saya, tp tetap sy rasa sunyi..
sunyi sangat..
kadang-kadang cuba sibukkan diri dgn pgram ilmiah yg lain..
tapi tak sama..
TAK SAMA!memang takkan sama!

SAYA TETAP NAK USRAH!
kerana usrah tu sendiri!!
kerana usrah tu ada hatinya sendiri!!

~HATI YG MENGHIDUPKAN HATI YG MATI~

suka @ tak..best ke tak..bosan tahap gaban pun..
biar kena marah, biarlah usrahmates yg tak lovey dovey..
biarlah naqib/naqibah garang mcm singa hutan pun..
USRAH TETAP KENA PEGI!!
usrah tu ada jiwa yg mendidik.. walaupun dapat pegi 10 minit je.
tetap kena datang!
even hidup rasa lengkap dgn suami/isteri, anak-anak, kerjaya yg cantik, rumah yg besar..
usrah tetap kena cari..
sebab roh usrah tu penting untuk dibiaskan pada ahli keluarga! 

Percayalah,
KALAU KITA LARI DARI MEDAN TARBIAH..
KITA SEMAKIN MENDEKATI MEDAN JAHILIAH..

APA YG PERLU BUAT KALAU USRAH TAK BEST??

1. Cari sebab KENAPA kita suka usrah tu..

kena cari jugak at least SATU!

Macam saya, Saya pergi sebab ORANGNYA..
Orang dalam usrah yg sama-sama ditarbiah.. 
OK..dari dulu saya memang nak kakak,saya nak abang..
sebab saya sulung..
jealous kowt, masa balik sekolah, balik asrama, balik matrik, abg2x n kakak2x kawan2x ambik..
abang dia ni kasi hadiah ni, kakak dia belikan itu ini..
Tapi dalam medan tarbiah, saya kenal ramai kakak-kakak..
dapat kakak usrah yg menenggelamkan rasa nak abang..
sampai saya kuburkan terus perasaan nak sorang abang kandung tu..
disebabkan betapa kakak usrah tu caring, lembut, memahami, protect dan ambil hati saya..
sampai saya jd sayang gila kat kakak usrah tu sampai sekrang..
even sekrang usrah saya bukan dgn kakak tu lagi..

Saya kira memang REZEKI saya sebab saya jenis orang yg senang masuk dgn org lain.. 
tapi itu bukan ukuran..yg penting apa yg kita bagi pada usrah tu..
disebabkan saya ni bukan org yg serius, asyik main-main & gelak ketawa je..
samada usrah tu serius, saya yg buat usrah tu jadi sesuatu yg santai dan menyeronokkan..
atau usrah tu memang usrah yg santai dan gila-gila..
dan saya sebagai penambah perisa..
perbincangan yg hangat, cerita yg menyentuh kematangan tarbiah..
dan ahli usrah yg totally understanding tiap-tiap kekurangan kami..
dan kami boleh cerita rahsia secara personally atau terbuka..
Setakat kena marah tu, dah tak jadi hal..
asal dapat jumpa ahli usrah. 

2.Memberi SESUATU untuk usrah

Pengalaman hampir lari dari tarbiah bagi pengajaran untuk saya menghargai..
betul orang kata
"kehilangan mengajar erti menghargai"

Saya cuba beri hati saya pada usrah..
kadang-kadang tak boleh bagi hati..
saya bagi komitmen dgn baca bahan usrah & bentang..
kadang-kadang tak sempat baca bahan..
saya datang demi ukhwah..
saya nak jumpa jugak ahli usrah saya..
Trust me, mesti ada salah sorang dr ahli usrah tu yg rapat dgn kita..
even bukan semua..carilah sorang..
bagi saya, ahli usrah saya adalah kekuatan saya..
kat usrah ni je, saya boleh ambik sedikit kekuatan dan semangat dr diorang..
even saya dtg hanya 10 minit..
saya rasa PUAS..
dari langsung tak datang..
nilai datang 10 minit dgn tak datang langsung memang sgt besar jurangnya.. 

 3. BERSABAR/BERLAPANG DADA/BERFIKIRAN POSITIF

Orang kata,
kalau nak sesuatu, gunung depan mata kita boleh tolak..
kalau tak nak, Lamborghini depan mata pun tak nak naik..

Adik-Adikku,kakak-Kakakku yg disayangi
Sahabat-sahabatku yg kukasihi..
Jalan Tarbiah tu memang Allah sediakan dalam keadaan sukar..
susah! letih!
perlu pengorbanan yg bukan sedikit..
tapi Allah juga janjikan nikmat dunia untuk kita..
Nikmat UKHWAH,
ke mana pun kita pergi..
dugaan apa yg kita lalui..
PASTI akan ada insan lain yg menguatkan, mendokong dan menyokong kita..
dan ALLAH lah satu-satunya tempat pengharapan yang tinggi.. 
Di hening malam yang tiada makhluk yang bangun kecuali kita,
kita alunkan ayat-ayat dakwah..
Satu persatu air mata kita gugur dan hati kita yang keras berkarat menjadi selembut mata air.


Bersabarlah, hatta orang yg hebat di jalan dakwah pun struggle mempertahankan usrah mereka
dalam keadaan masa yg suntuk dan sempit..
duit yg mengalir bagai air utk kelangsungan dakwah dan keluarga..
penat jgn cakap, letih jgn kira..
tapi syurga yg dijanjikan itulah yg masih menguatkan langkah..
masih membuatkan mata yg terpejam keletihan masih boleh dibuka..

Berlapang dadalah dengan kekurangan naqib/naqibah dan ahli usrah..
mereka juga berusaha yg terbaik untuk kita..
hargailah mereka dgn menghadirkan diri kita ke usrah..

4. UNTUK SAHABAT

 Untuk sahabat diluar sana..
mungkin ada yg pernah ikut usrah, tp dah lama tinggalkan..
mungkin ada yg baru tergerak nak pegi usrah..
mungkin jugak yg mengalami situasi ini..

CARILAH KEMBALI USRAHMU!

YA!carilah balik usrah kita yg dulu..
hidupkanlah balik hati-hati kita..
Biar hati kita merah kembali dengan darah tarbiah..
biar hati kita segar kembali dengan ukhwah..
Biar hati kita terikat kembali dengan akar akidah..
Biar roh-roh kita ini bersatu di Jannah!

****************************************************************************


Pernah ke anda terfikir,
Kalau kita meninggalkan jalan dakwah ini..
kemana kita nak pergi?
dimana penghujung hidup kita?

#dipetik dari seorang akhawat fillah :
http://fastabiqkhairat.blogspot.com/