Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Thursday, March 12, 2015

Futur Lagi.

Bismillah.

Semalam aku nampak kau menangis lagi,
Kau rasa lemah,
Kau rasa dah tak mampu lagi untuk setia dengan tarbiah,
Kau rasa tak larat lagi nak bawa dakwah.

Jiwa kau lemah,

Iman kau goyah.

Kau menangis lagi.

Sambil kau tutup muka dengan bantal.
Aku nampak kau tersedu-sedan.
Tahan tangisan dari berbunyi.

Sumpah, aku sedih. 


Sebelum tu aku tengok dah banyak akhawat jumpa kau.

Bagi kau taujih.
Bagi semangat.
Mereka nak kau kuat dalam berbuat.

Tapi kau,

Tak sampai seminggu,
Kau futur lagi.

Kau dapat tausiyah dalam halaqah,

Dapat nasihat dalam liqo.
Tapi kau masih juga futur.

Rapuhnya kau.

Sebegini mudah kau jatuh.

Kadang aku tengok status FB kau, 
Twitter kau, 
Insta kau.
Satu-satu keluhan kau zahirkan,
Satu-satu kesalan kau tunjukkan.

Apa kau lupa,
Bersama dengan dakwah seharusnya kau merasa izzah.
Bukan terus- terusan melemah.

Hancur hati aku.

Kau seakan menunjukkan pada dunia,
Sepanjang perjalanan kau bersama dakwah dan tarbiyah,

Yang kau rasa cuma terpaksa,
Hanya kau yang kena berkorban,
Hanya kau yang kena memberi,
Hanya kau yang kena memendam rasa. 

Kau seakan memberitahu pada semua,
Bersama dengan dakwah begitu menyesakkan.
Begitu melemahkan.

Pedih. Jiwa aku pedih.
Melihat mudahnya kau mencari alasan untuk futur.

Kenapa tidak kau cari alasan untuk bertahan?
Kenapa tidak kau cari alasan untuk tetap berbuat?
Kenapa tidak kau cari alasan untuk Thabat?

Mungkin kau tak perasaan,
Firman Allah,

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata disisi Allah orang yang berjihad diantara mu dan diantara mu belum nyata orang yang sabar?" [Ali Imran 3:142]

Macam mana kau nak expect,
Syurga tu tempat kau,
Cinta Allah tu milik kau,
Bila baru berbuat sikit kau dah rasa futur,
Bila ditekan sikit kau mula menggelabah.

Meh, aku ingatkan sesuatu,
Bila kau mewaqafkan diri kau untuk islam,
Segala yang kau ada, semua akan dituntut.

Harta kau.
Jiwa kau.
Masa kau.

Semuanya akan dituntut.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.."[At-Taubah 9:111]

Jadi kau kena tahu,
Bila kau memilih untuk mejadi Dai'e,
Pengorbanan yang kau kena buat,
Bukan pengorbanan yang kecil,
Penat yang kau rasa bukan lagi penat yang biasa,
Kau bahkan, akan merasakan kelelahan yang luar biasa,

Tapi itu bukan alasan untuk kau selalu futur,
Bukan bermakna kau senang-senang boleh berputus asa.

Ingat lagi Surah Yusuf , 12:87?

" dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

Kau tak nampak ke?
Allah tekan kau dijalan ni,
Sebab Dia nak hadiahkan kau syurga,
Dia nak kau dekat dengan dia,
Dia nak bagi kau cinta Dia.

Apa tak cukup lagi motivasi yang Allah bagi?

"Katakanlah : "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Ali'Imraan 3:31]

Kalau betullah kau cintakan Allah,
Maka buktikan.

Jalan dakwah yang kau ambil,
Tuntutannya sama seperti Sirah.
Semua harus kau beri.

Bertahanlah untuk sedikit waktu saja lagi,
Kau sudah melangkah begini jauh menuju Allah,
Apa sekarang kau mahu berputus asa?

Perit yang kau rasa sekarang,
Tak sampai 10% pun dari apa yang Para Sahabat rasa,
Dari apa yang Rasulullah rasa.

And yet, kau rasa kau layak untuk futur.

Kalau kau betul nak bersama,
Kau memang kena kuat.

Dakwah ni tak layak untuk mereka yang mudah rapuh.

Jadi sekarang, 
Kau tanya diri kau,
Kau nak terus bersama,
Atau berputus asa?

Wallahu'alam.
Moga Allah CInta.

4 comments: