Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Thursday, April 12, 2012

Rasa Terasing ? Saya atau Kamu kah yang terasing? !!

Bismllahirahmanirrahim :)♥


Assalamualaikum warahmatullah ~


 Kali ini, ana nak masukkan entry berkenaan dengan rasa terasing.Pernah tak satu masa kita rasa bahawa diri kita sebenarnya terasing? Rasa ditinggalkan dan tidak dipedulikan ?? Hmm :)Perit bukan. Kadang kala rasa terasing itu hadir tatkala kita bersama dengan mereka yang kita sayangi. huhhh ... Salah siapa ye ? kita atau mereka? Entahlah. Disini ana bawakkan satu kisah.♥♥


 

 Dikisahkan terdapat seorang sahabat yang terlalu menyayangi dua orang sahabatnya.♥ Sayangnya dia pada mereka bukan seperti biasa. Sayang yang terlalu sayang.Sayang yang ingin dibawa kemana- mana. Sayang yang ingin dibawa sehingga ke syurga♥♥. Mereka bertiga. Ani, Ima dan Dhia. Ani terlalu menyayangi mereka.Mereka sering melakukan aktiviti bersam. Qiamullail bersama, Makan bersama, Puasa bersama, Bertilawah bersama. Ada yang menggelar mereka kembar Bertiga♥..

     Sehingga satu ketika atas sebab tertentu Ani terpaksa berjauhan dari mereka. Walaupun jauh dimata , namun dihati mereka selalu dekat. Saban hari mengutus sms. Berbalas email. Telefon dan sebagainya. Namun tidak lama. Dari hari bertukar menjadi minggu. Dari Minggu Bertukar menjadi Bulan. Dan Begitulah seterusnya. Ani semakin sibuk. Katanya banyak kerja yang perlu diuruskan.

Bagamanapun Dhia dan Ima tidak pernah melupakan Ani. Mereka sedaya mungkin menunjukkan yang Ani sentiasa dihati. Bukan Ani tidak rindu, tetapi pada Ani , Ima dan Dhia pasti memahaminya. Dia terlupa bahawa mereka manusia. Punya perasaan. Pasti terguris bila diasingkan, Pasti terluka bila dilupakan.Ya. Ani terlupa.

Hingga satu masa Ani merasakan lama sungguh mereka tidak bertegur sapa. Ani membuka akaun "muka buku". Melihat Ima dan Dhia sering berkomunikasi, Sedang dia seperti dilupakan. Hatinya terpalit rasa cemburu. Fikirannya merasakan tidak adil untuk diperlakukan begini.

Dan Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengasingkan dirinya dari mereka yang cuba mengasingkannya.....


Kadangkala kita sering merasakan bahawa
Yang DITINGGALKAN itu KITA,
Yang DIJAUHKAN itu KITA,
Yang DIABAIKAN itu KITA,
 Yang DILUPAKAN itu KITA,



Sedangkan MULA2, 
Yang DITNGGALKAN itu DIA, 
Yang DIJAUHKAN itu DIA, 
Yang DIABAIKAN itu DIA,
Yang DILUPAKAN itu DIA, 

 Kamu yang dicintai Fillah ♥

 Hakikatnya kita sering terlupa untuk mencermin semula diri kita. Kita sebenarnya sering terlepas pandang tentang kesilapan kita. Berhentilah sejenak melangkah. Pandang semula kebelakang dan Cerminlah :)

 InsyaAllah hikmahnya akan kelihatan.Sedikit kata2 buat diri dan Kamu ♥

"Kalau kita rasa kita benar atau kita yakin kita benar,
jangan mudah menyalahkan yang lain ..
Mungkin sahaja mereka juga benar
cuma kurang tepat "

Islam itu indah. Jangan dikotorkan ~ <3

Wallahu'alam. ^_^

 * Sekadar coretan hati seorang niqabi :D 

 #Mohon teguran andai ada yang tak berkenan dihati ~

2 comments:

  1. erm.. menarik kisahnya.. terasa seperti suatu kisah yang amat dekat dengan diriku.. benarkah itu??? hmm perasaan ya...

    ReplyDelete
  2. hmm.. ntahlah. mungkin ada persamaan kot :) Wallahua'lam <3

    ReplyDelete