Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Friday, May 25, 2012

Kerana Allah, Saya Tidak Akan Jemu ♥

Bismillahirahmanirrahim.


Assalamualaikum awk..


Awak,  ♥   ♥   ♥ 


     Surat ni saya tulis untuk awk. Saya tak tahu macam mana nak borak dengan awak lama2. Awak asyik sibuk je  jadi saya tak nak lah mengganggu awk. Awak saya minta maaf sangat kalau2 apa yang saya nak cakap ni buat awak terluka. Tapi... saya nak awak tahu, saya nak awk faham . Awak, saya betul2 minta maaf. Surat ni saya tulis sebab saya sayangkan awak fillah  
"selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
saidina Ali
Sehinggalah saya pindah....
Hari ni... :'(
     Awak lain. Awak semakin jauh dari saya. Awak saya salah ke? Saya minta maaf. Hari2 saya cuba hubungi awk. tapi awak tak balas pun. Bila saya tanya awak cakap awak sibuk. Lepas tu saya takut sangat saya ganggu awk. Tapi bila saya biar lama2 awk tak juga hubungi saya. Jadi saya pun messagelah awk, seminggu lepas tu baru awak reply. Awk kata awak sibuk tapi saya tak berani nak tanya awak buat apa. Risau awak terasa . Jadi saya diamkan je. 
Awak.. 
Saya akan terus message awk. 
Awak, saya sayangkan awak kerana Allah . Saya nak jadi bestfriend awak till  jannah lagi. Boleh ke awak??
 



     Awak. Saya ingat lagi waktu itu, waktu awak dan saya bersahabat.. Awak ingat tak waktu saya lamar awak untuk menjadi sahabat saya sampai ke syurga :) Awak menangis. Bila saya tengok awak menangis saya pun menangis. Waktu tu saya rasa sayang sangat dekat awk. Awak kata awak sayang saya dan awk terima lamaran saya untuk menjadi sahabat sampai ke syurga.

Awak ingat lagi tak?    
      
Sejak hari tu, kita selalu bangun awal sama2. Qiamullail sama2. Usrah sama2. Sebelum tidur, awak mesti datang katil saya . Kita duduk borak sama2. Lepas minta maaf  baru awak pergi katil awk. Sebelum tidur awak mesti cakap awk sayang saya Fillah.Setiap malam awak mesti buat benda yang sama.   
Sampaikan bila awak balik rumah sebab awak sakit saya rasa sunyi sangat !
   
    Bila saya 'jatuh' awak mesti hulurkan tangan untuk bantu saya 'berdiri' semula.Awak tak pernah kekok bagi saya pinjam bahu awak. Lepas saya nangis kat bahu awak , awak mesti minta maaf. Awak kata awak bukan sahabat yang baik awak cuma boleh dengar je.:') Tapi awak tak tahu 'bahu' yang awak tumpangkan untuk saya tu banyak memberi kekuatan .Awak selalu ingatkan saya dengan janji Allah. Awak buat saya ingat bila saya terlupa. Awak memang best friend High Class .  Memiliki sahabat seperti awak buat saya rasa sangat bertuah . Alhamdulillah saya ada sahabat macam 'awak'.








     Bila saya ajak awk pergi usrah. Awak cakap awk sibuk sangat. Saya tak nak paksa awk.Tapi saya tetap ajak awak pergi.walaupun saya tahu jawapan awak. Kadang2 saya fikir awak mesti serabutkan dengan saya ? tapi saya tak kisah semua tu. Sebab janji kitakan nak bersahabat Fillah.

    Awak tahu tak? Bila saya tengok wall fb  awk, saya sedih . Saya risau sangat ~ Saya rasa saya mungkir janji. Saya biarkan awak sorang2. Awak, saya minta maaf. Saya ingat lagi awak minta saya janji dengan awk lepas awak baca novel SINERGI karya HILAL ASYRAF , awak kata : 

"Awak, kalau awak nampak saya jauh dari jalanNya. Saya minta sangat awak jangan tinggalkan saya. Awak janji tau? Walau jauh mana pun saya awak tak akan berhenti untuk tarik semula saya ke jalan Nya.awk janji tau?! ". 

"InsyaAllah. Saya janji"
Awak ikat saya dengan janji tu.Saya tak boleh nak lari.

Dan saya sekarang dalam proses menunaikan janji saya.

     
Saya penat nak tarik awak . Saya letih awak. Saya banyak menangis. Hati saya pedih , pedih dengan semua penolakan awak.

Tapi saya tak pernah jemu. Saya cuba untuk tunaikan janji saya sekalipun awak dah terlupa.

Saya akan terus bagi awak surat cinta. 
Saya akan terus ajak awak pergi usrah.
Dan saya akan terus doakan awak.
Penolakan awak mungkin tarbiyah dari Allah untuk saya. Saya reda.

Awak, jom kita bersahabat sampai kesyurga~
Saya nak masuk syurga sama2 dengan orang yang saya sayang. 
Awak adalah orang yang saya sayang. Awak jomlah, jomlah..




*_Saya_*

No comments:

Post a Comment