Bismillah.
Bilamana seorang hamba megetahui betapa Allah sangat mencintainya, yakin dan percayalah hamba tersebut akan sentiasa terasa termotivasi dirinya untuk meredhai segala perkara yang terjadi dalam hidupnya. Tidak kiralah perkara yang menyenangkan mahupun yang meresahkan. Hatinya kan sentiasa merasa syukur, tidak terlintas rasa ingin mengeluh.
Kerana apa?
Kerana dihatinya dia sangat menyakini bahawa Tuhannya pasti tidak menginginkan sesuatu untuk dirinya melainkan yang baik-baik sahaja. Hamba itu yakin tujuan dia diciptakan Rabbnya bukanlah untuk diazab tetapi dia diciptakan dengan penuh kemuliaan untuk dimasukkan ke dalam syurga, sebuah negeri yang punya kenikmatan abadi. Malahan setiap ketentuanNya merupakan jalan yang telah disusun oleh Rabb bagi menuju negeri tersebut.
Sahabat yang disayangi kerana Nya,
Ketahuilah,
Ketika Allah mendatangkan sesuatu yang menyakitkan ataupun musibah yang begitu membebankan, ianya tak lain dan tak bukan hanyalah 'alat' yang digunakan Allah untuk menyedarkan hambaNya bahawa dunia ini bukanlah tempat tinggal kita yang sebenar, ianya hanyalah persinggahan yang sementara. Dunia adalah negeri ujian. Tak punya nilai dipandangan Allah.
"Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat): mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)"
(As-Sajadah [32:21])
Ujian juga merupakan antara wasilah dalam membersihkan diri dari dosa dan kelalaian. Segala ketentuan Allah hakikatnya, adalah yang terbaik untuk hambaNya..
Mafhum sabda Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) : "Tidak ada satupun musibah, penyakit, gangguan yang menimpa serang muslim hingga duri yang mengenainya kecuali dengan Allah kesalahan-kesalahannya."(muttafaqun 'alaih)
Kadang-kala bila rezeki terasa sempit percayalah, ia juga merupakan kasih dan sayang Allah untuk hambaNya.Seperti Sabda Baginda (صلى الله عليه و سلم) : "Sesungguhnya Allah benar-benar akan menjaga hambaNya yang mukmin dari dunia,padahal dia mencintainya, Sebagaimana orang yang sakit menjaga dirinya dari makanan dan minuman yang dikhawatirkan(memparahkan penyakitnya)" (Hadith sohih)
Redha tidak mungkin dapat dirasai melainkan jika cinta Allah telah bertakhta didalam jiwa dan raganya.
Seperti kalam Umar bin Abdu Qais, "Kecintaanku pada Allah telah memudahkan dari setiap musibah dan menjadikan aku redha dengan setiap ketentuanNya.Aku tidak peduli dengan apa yang menimpaku di pagi dan petang hari ketika aku telah mencintaiNya."
InsyaAllah, Jika kita benar-benar mencintai Allah, Maka kita akan mencintai setiap hal yang dikehendaki Allah atas diri kita.
Ayuh, mula membina cinta untuk Allah, Moga Allah turut mencintai kita :)
#Wallahu'alam.
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda-gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" Al-'Ankabut:(29:64)
Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Monday, November 18, 2013
Wednesday, July 3, 2013
Rindu Tak Terlunas.
Bismillahirahmanirrahim
Persahabatan itu tidak akan terhanyut pergi
Meski dunia yang kau tinggalkan
Menjanjikan tiada lagi pertemuan dunia
Lantaran hati penuh rasa terkilan
Aku belajar erti meredai.
![]() |
| "Ana sayang ukhti" |
Yang terpisah itu cuma jasad
Bukan ingatan dalam kenangan
Sungguh kau segar dalam doaku
Mengalir air mata menyubur rindu.
Kau sahabat terbaik ku
Membawa aku mengenal yang Esa
Sahabat
pergi mu tarbiyah untukku
Menguji iman yang ada
buat aku terbangun
dari tidur yang lama.
Kematian itu pasti
Cuma detiknya tak diketahui
Sahabat,
Berehatlah dengan tenang disana
Aku mencintaimu.
Disegenap ruang kehidupan ku
Kau terlalu istimewa
Menjadi bintang dalam kehidupan ku
Terlalu bernilai.
Tak mampu ku hurai saratnya rindu
Cukup bagi ku untuk yakin
akan pertemuan kali kedua
Moga ianya disyurga kelak.
Sayangnya aku pada kamu kerana Allah.InsyaAllah.
Al-Fatihah buat sahabat tercinta yang telah pergi dahulu,
Nadia aka Rabiatul Adawiyah Zakaria
26 May 1992 - 2 Julai 2013.
Sunday, June 9, 2013
Bersama DIA, Segalanya Terasa Sempurna.
Bismillahirahmanirrahim :)
![]() |
| Cukup untuk yakin Allah ada bersama,Segalanya terasa sempurna :) |
Jalan ini
Katamu
Jalan yang penuh kesedihan
Sepinya berpanjangan
Rasa ditinggalkan
Jauh terkebelakang
Katamu
Jalan ini penuh kesesakan
Menyempitkan akal
Melemaskan jiwa
Malah begitu menghinakan
Hanya sesuai bagi mereka yang tersisih.
Katamu lagi
Jalan ini jalan yang dibenci
Tak siapa sanggup menemani
Dan akhirnya aku kan terus sunyi
Hidup bersendiri.
Itu katamu,
Berbeza dengan kata hatiku.
![]() |
| Percaya sahaja tidak mencukupi,masih perlu pada keyakinan. |
Bagi ku jalan ini penuh kebahagiaan
Tidak pernah sedetik aku keseorangan
Tidak pernah sesaat aku ditinggalkan
Tidak pernah sekali aku diabaikan
Kerana aku tahu
Dijalan ini aku punya DIA.
Kata hatiku
Jalan ini penuh ketenangan
Mendidik akalku
Mendamaikan jiwa
Malah aku terasa mulia dengan 'izzahnya jalan ini
Kerana aku tahu
Dijalan ini Aku bersama DIA.
Kata hatiku lagi,
Jalan ini penuh cinta
Khas dari Pemilik segala cinta
Setiap waktu DIA setia menemani
Tak pernah sekali DIA melupai
Kerana aku tahu
Dijalan ini aku membina cinta untukNya.
Sering.Selalu.Sentiasa.
Setia bersamaNya ternyata aku tidak mungkin pernah kecewa.
Dari Abdullah bin Abbas R.A- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: "Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah ditetapkan takdir-takdir."
(Hadith riwayat At-Tirmizi)
Moga Allah redha :D
Monday, June 3, 2013
Yang Memotivasikan itu Allah :)
Bismillahirahmanirrahim :)
Alhamdulillah selesai sudah imtihan.Habis je imtihan keesokannya ada program motivasi ^^ SubhanAllah.Pengisian yang diberikan sangat2 mantap.Sungguh saya memang sangat terkesan.Untuk pertama kalinya saya merasakan inilah satu2nya program motivasi yang membuatkan saya terasa saya bukan termotivasi kerana pengisinya yang petah berbicara tapi yang memotivasikan saya adalah.Allah.
Pengisi tersebut banyak berinteraksi dengan Quran.Buat Quran terasa lebih dekat dengan diri.Buat saya sedar bilamana saya punya Allah tak ada sebab untuk saya rasa lemah.Motivasi Allah dalam Quran terlalu banyak.Free je.
Antara yang buat saya tertarik sebenarnya adalah perwatakan doktor ni.Sangat santai dan yang paling penting He walks the talk.Senang kata apa yang disebutkan majoriti beliau sediri buat.No wonderlah motivasi beliau begitu memotivasikan :D dan betul lah bilamana kita banyak berinteraksi dengan ayat2 Allah secara automatiknya kita akan terasa disuntik semangat agar menjadi insan yang luar biasa.
Saya petik kata2 Doktor tersebut ,
"Manusia bila disentuh dengan tarbiyah maka yang terhasil adalah perkara yang luar biasa"
Sangat bersetuju.Beliau ada menceritakan kisah seorang akhawat yang sebelum dia ditarbiyah dia seorang insan biasa.Terlalu biasa.Tapi bilamana dia ditarbiyah,ternyata kejayaan ukht ni luar biasa hebatnya.Sekarang ukht tersebut sedang menyambung master dan researchnya diantara top research.
Saya dalam hati,terkesima gitu.Terfikir hebat sungguh kuasa tarbiyah ni mengubah manusia.
Hebatnya kuasa tarbiyah,
Sehingga mampu mengubah manusia,
Dari Lemah menjadi Kuat,
Dari Benci menjadi Sayang,
Dari Jauh menjadi Dekat,
Dari Malas menjadi Rajin,
Dari Biasa menjadi Luar biasa,
Dari suka beralasan jadi malu untuk beralasan.
Baru sedikit yang disenaraikan dan hakikatnya terlalu banyak lagi.
Tarbiyah.
Never underestimate the power of Tarbiyah.
Wallahu'alam.
Yang memotivasikan itu Allah sebenarnya.
P/s:Nah gambar yang awak nak.Ni je ada ^^
Alhamdulillah selesai sudah imtihan.Habis je imtihan keesokannya ada program motivasi ^^ SubhanAllah.Pengisian yang diberikan sangat2 mantap.Sungguh saya memang sangat terkesan.Untuk pertama kalinya saya merasakan inilah satu2nya program motivasi yang membuatkan saya terasa saya bukan termotivasi kerana pengisinya yang petah berbicara tapi yang memotivasikan saya adalah.Allah.
Pengisi tersebut banyak berinteraksi dengan Quran.Buat Quran terasa lebih dekat dengan diri.Buat saya sedar bilamana saya punya Allah tak ada sebab untuk saya rasa lemah.Motivasi Allah dalam Quran terlalu banyak.Free je.
| Tak pernah jumpa doktor sesimple doktor ni :) |
Saya petik kata2 Doktor tersebut ,
"Manusia bila disentuh dengan tarbiyah maka yang terhasil adalah perkara yang luar biasa"
Sangat bersetuju.Beliau ada menceritakan kisah seorang akhawat yang sebelum dia ditarbiyah dia seorang insan biasa.Terlalu biasa.Tapi bilamana dia ditarbiyah,ternyata kejayaan ukht ni luar biasa hebatnya.Sekarang ukht tersebut sedang menyambung master dan researchnya diantara top research.
Saya dalam hati,terkesima gitu.Terfikir hebat sungguh kuasa tarbiyah ni mengubah manusia.
Hebatnya kuasa tarbiyah,
Sehingga mampu mengubah manusia,
Dari Lemah menjadi Kuat,
Dari Benci menjadi Sayang,
Dari Jauh menjadi Dekat,
Dari Malas menjadi Rajin,
Dari Biasa menjadi Luar biasa,
Dari suka beralasan jadi malu untuk beralasan.
Baru sedikit yang disenaraikan dan hakikatnya terlalu banyak lagi.
Tarbiyah.
Never underestimate the power of Tarbiyah.
Wallahu'alam.
Yang memotivasikan itu Allah sebenarnya.
![]() |
| "Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang akhawat melainkan dapat bertemu dengan akhawatnya yang lain"_Ummi |
![]() |
| "Sedangkan Allah yakin pada kita.Kenapa tidak kita yakin pada diri sendiri"_Insyirah |
![]() |
| "Mohonlah pertolongan dari Allah.Remember HE's not the second"_Aisyah |
![]() |
| Yang memotivasikan itu Allah sebenarnya,Makhluk cuma perantaraan sahaja :) |
![]() |
| "Sebarkan cinta,Sembuhkan dunia"_Syazana |
![]() |
| "Saya mahu diuji kerana saya tahu tika itu Allah memandang saya"_Sakinah |
P/s:Nah gambar yang awak nak.Ni je ada ^^
Thursday, May 9, 2013
Masih Terlalu Banyak.
Bismillah.
Coretan kali ini.Khas untuk mereka yang sedang menuntut ilmu.Ditambah pula dengan fatrah imtihan.Masing2 sibuk mentelaah pelajaran.Ada yang stay up semata2 untuk hbiskan silibus pelajaran.
Moga Allah pandang usaha kita semua.
Jadikan fatrah imtihan ni lah sebagai turning point.
Dari malas baca buku jadi rajin baca buku,
Dari malas baca Quran jadi rajin baca quran.
Dari malas bangun malam jadi rajin bangun malam..
Dari malas beribadat jadi rajin beribadat...
Tapi jangan hanya pada fatrah ini sahaja.Perlu cuba untuk kekalkan walaupun diluar fatrah imtihan, hatta sampai mati sekalipun.
Jangan sampai terlupa kita ni bukan hamba peperiksaan,kita ni hamba Allah.:)
#Hakikatnya terlalu banyak lagi ilmu diluar pengetahuan kita.Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mencintai ilmu.
*Wallahu'alam.Moga bermanfaat.

| Dahab bluehole_Jaulah Sinai |

Sunday, May 5, 2013
DenganMu Aku Lebih dari Kuat.
Saturday, May 4, 2013
Allah Knows Best.
Subscribe to:
Posts (Atom)