Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Wednesday, January 2, 2013

Fakulti Ulum Islamiah :)


Bismillahirahmanirrahim :)

Assalamualaikum.

Semenjak seminggu dua minggu yang lepas ramai junior2 yang dah lama lost contact tiba2 muncul semula. Masing2 nak tahu macam mana saya boleh ke mesir menggunakan sijil SPM untuk menyambung pengajian agama.Jadi disini sangat sukalah utuk saya berkongsi cerita sedikit sebanyak tentang course yang diambil ni.

Bangunan Fakulti
credit to SFAK


Fakulti Ulum Islamiah/Faculty of Islamic Sciences.

First thing, yang perlu diberitahu ialah fakulti ini adalah fakulti yang baru di universiti Al-Azhar dan saya sendiri merupakan batch ke-5 disini.Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat ditemukan dengan fakulti Ulum Islamiah ni .Untuk pengetahuan semua antara sebab penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan graduan yang menguasai segala cabang ilmu islam merangkumi bahasa arab,syariah,usuluddin,ekonomi islam,perbankan islam dan macam2 lagi lah.

Tempoh pengajian kos ni selama 5 tahun .Mereka yang berjaya tamat belajar disini akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum islamiah dan Bahasa Arab/ Bachelor of Islamic Sciences and Arabic.Yurannya pula sebanyak 1000 USD setahun.

Syarat kemasukannya: sijil SPM dengan cemerlang dalam 6 subjek

*Bahasa Arab Tinggi
*Pendidikan Quran Sunnah
*Pendidikan Syariah Islamiah
*Matematik
*English
*Bahasa Melayu
Lagi satu tempoh sijil SPM tak boleh lebih dari 3 tahun.

Untuk pengetahuan yang sedetailnya boleh la tekan link ni :
Fakulti Ulum Islamiah

Ni saya petik sikit dari website tersebut
(secara random je la )

Setiap tahun terbahagi kepada 2 semester, Berikut adalah subjek yang akan dipelajari mengikut tahun.

                                 
 Tamhidi
-Kemahiran Mendengar
-Kemahiran Bertutur
-Kemahiran Membaca
-Kemahiran Menulis

Tahun 1
-Al-Quran
-Balaghah
-Feqh
-Isu-isu Akidah Semasa
-Tafsir
-Tauhid
-Ulum Hadis
-Nahu
-Kemahiran Bahasa
-Komputer
-Tarikh Adab dan Nusus
-Ulum Al-Quran
-Mantiq 1
-Sorf 1
-Sirah Nabawiyah

Tahun 2 
-Al-Quran
-FeqhLughah
-Sorf
-Mantiq
-Feqh
-Tafsir
-Hadis
-Tarikh Khulafa’
-Kemahiran Bahasa
-Ekonomi Islam
-Al-Quran
-Balaghah
-Tarikh Adab dan Nusus
-Ulum Al-Quran
-Tauhid
-Ulum Hadith
-Ilmu Sosiologi

Tahun 3 
-Al-Quran
-Nahu
-Feqh
-Al-Milal wa An-Nihal
-Tafsir
-Tasawuf
-Komputer
-Balaghah
-Ekonomi Islam
-Sorf
-Feqh
-Tarikh Falsafah
-Usul Feqh
-Tauhid
-Hadis
-Geografi Dunia Islam
-Ilmu  Perkausan
-Tamadun Islam

Tahun 4
-Al-Quran
-Tarikh Adab dan Nusus
-Nahu
-Feqh
-Akhlak
-Pengajian Orientalism
-Isu-isu Feqh Semasa
-Penulisan Tesis
-Usul Feqh
-Ekonomi Islam
-Balaghah
-Sorf
-Sejarah Dunia Islam
-Tarikh Falsafah
-Undang-undang Islam
-Al-Milal wa An-Nihal

Kuliah ini fully arabic.Mestilah kan.Tapi yang ahsannya kami tidak menggunakan bahasa arab Ammi(Pasar) kami memang akan belajar fully dalam Arab yan Fushah(Baku).Seronok !!
----------------------------------------------------------------------------


Untuk post kali ni memang nak share pasal tamhidi. Bagi tahun pertama daripada lima tahun tempoh pengajian ianya dipanggil tahun tamhidi(pre) hanya mempunyai 4 subjek sahaja.Semuanya melibatkan kemahiran.

*Kemahiran mendengar
*Kemahiran menulis
*kemairan Bertutur
*Kemahiran membaca

Jadi jangan risau.Mana yang dah lama tinggal bahasa arab tu ,waktu tamhidi ni lah kita nak asah betul2 empat kemahiran yang ada. InsyaAllah nanti bila dah naik tahun tak de lah kita kelam kabut  nak tangkap apa yang Lecturer sampaikan.Tambahan pula, bila naik tahun tentu2lah subjeknya pun semakin mencabar.Jadi dengan adanya tahun Tamhidi ni InsyaAllah sedikit sebanyak terkurang juga beban pada tahun yang akan datang.


Ramai orang cakap tahun tamhidi ni tahun relaks2  :) (ramai ke yang cakap ?Err..ntah la) tak kisah la.  Disebabkan tahun tamhidi nie agak ringan  masa nak pergi talaqqi tu memang ada sangat la.Biar ta faham pun pergi je. InsyaAllah dekat situ dapat juga tingkatkan kemahiran mendengar.Lagi best fakulti ni senior2 baik sangat :) caring dan selalu taujih kami ^_^ Senior2 kami yang ohseemm selalu pesan kalau tak pulun betul2 time tamhidi ni memang rugi sangat la. Sebab time tamhidi ni lecturer akan focus pada kita habis-habisan.Dah tu lecturer nya pulak..Subhanallah! Baik sangat :D macam umi abah kita je >_<

Dewan Kuliah
credit to: Hawa Misyari


Jujur saya katakan memang rasa best sangat ambil course ni. Tak rasa rugi apa pun. Biar orang cakap course ni lekeh2 pun.

Tulus dari hati :) saya jatuh cinta pada fakulti ulum islamiah ^_^

Harap membantu.:)

Wallhu'alam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Sekarang ni, Tahun Tamhidi dah tak ada. Digantikan dengan Markaz Lughah (Pusat Bahasa) Subjek masih subjek yang sama, maksudnya still belajar Kemahiran.Cuma bercampur dengan orang dari luar negara :)
Dan itu satu peluang sebenarnya untuk 'improve' kan lagi bahasa arab kita ^-^

#Markaz ada 7 mustawa(peringkat), setiap peringkat tempohnya dalam lebih dari satu bulan dan bayarannya lebih kurang RM  350 satu peringkat.

Moga Allah cinta.

26 comments:

  1. assalamualaikum kak..masa guna duit sendiri tu boleh x mohon wang zakat?

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam.
    boleh je nak mohon zakat.(bantuan umum). Macam saya dulu duit flight claim pada zakat selangor.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak, akak mohon macam mana untuk belajar ulum islamiah ni ??

    ReplyDelete
  4. adik, akak datang melalui agent.
    cuba buka link ni, http://islamicmediccommunity.blogspot.com/?m=1
    ada benda nak tanya, tanya je ya :)

    ReplyDelete
  5. Islamic medic pnye agen ok x?? N fakulti ni ramai x org mlaysia

    ReplyDelete
  6. To Anonymous:

    So far, mereka yang datang Mesir melalui agen Islamic Medic insyaAllah sangat berpuas hati. Berbaloi InsyaAllah :)

    Fakulti Ulum Islamiah ni memang untuk orang malaysia je.

    ReplyDelete
  7. Kire 5 taon blaja sne cme duk skelas dgn org malaysia ea...
    N klo x lulus imtihan qabul x bley naek taun ke??

    ReplyDelete
  8. To Anonymous:

    Tahun pertama di Mesir akan masuk markaz lughoh(pusat bahasa) dulu, waktu tu kelas akan bercampur dgn orang asing (thailand,nigeria,singapore, indonesia,turkey dll..).

    Dan bila masuk tahun satu sampai tahun empat, kelas mmg dgn orang melayu saja.

    Kalau tak lulus imtihan qabul, akan masuk markaz lughoh, tapi kalau lulus akan terus masuk tahun satu ulum.

    ReplyDelete
  9. Salaam, akk pendaftaran untuk ulum islamiah masih buka atau tidak? Macam mana nk dftar? Tq

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak.. saya lepasan spm 2014.. tpi saya tade A dlm result saya.. mcm mana saya nk ambik ulum syariah nie?? spm saya saya ambik kos sains tulen.. saya hmpir nk putus asa kak.. tolong beri penjelasan skit??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatihin:

      Ada ambil Bahasa Arab tak?
      Syarat untuk ambil Ulum Islamiah ni yg penting B/C dalam subjek :

      -BM
      -BI
      -MATH
      -SEJ
      -BAT
      -PQS
      -PSI

      Tak ada A, tak ada masalah yang penting subjek yang akk bagithu kena dapat C/B :)

      Cuba Whatspp no ni : +201159647414

      Delete
  11. Salam akak sy dh isi borang utk ke pngajian ni...n mcm mne kita nk tau yg kita trpilih utk ke pngajian ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous:

      Apply melalui apa?
      Kalau isi borang melalui IlaMIsr, insyaAllah nanti akan ada yang akan hubungi :)

      Delete
  12. Assalamulaikum akak...macam mana saya nk hubungi akak untuk tahu lebih lanjut mngenai ulum islamiah ni..sbb saya diterima untuk ulum islamiah ni?

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum akak.memang fully arabic lah eh?Nnt kelas asing lelaki perempuan ke?mcm mana sy nk hubungi akak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi akk di whatsapp +201159647414 :)
      Nanti kita sembang ya ^^

      Delete
  14. Assalamualaikum akak..😭😭😭..saya takot sgt...saya dpt untuk ke mesir ulum islamiyah...saya mohon dekat kpm..n tggu blan 8 ni jwapannya...akaq.saya x bgos bhasa..arab..n..satu sem mmg rm 3500 ea??...akak bg la saya nasihat....ni emai saya... shamaZ242@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum akak..😭😭😭..saya takot sgt...saya dpt untuk ke mesir ulum islamiyah...saya mohon dekat kpm..n tggu blan 8 ni jwapannya...akaq.saya x bgos bhasa..arab..n..satu sem mmg rm 3500 ea??...akak bg la saya nasihat....ni emai saya... shamaZ242@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak.
    Boleh tak kalau saya nak amik ulum islamiyah tapi masa spm dulu tak amik bahasa arab?

    ReplyDelete
  17. Lepasan darul quran dalam diploma pengurusan Halal boleh tak kurangkan lagi tempoh belajar. Alhamdulillah subject SPM kesemuanya ok mengikut syarat yg di tetapkan

    ReplyDelete
  18. Kak . Saya lepasan SPM 2015 dan saya ade mendapat tawaran Ulum Islamiah di Mesir . Tapi dari segi perbelanjaan dan biasiswa bagaimana ye ? Saya patut pergi atau tidak ?

    ReplyDelete
  19. Kak . Saya lepasan SPM 2015 dan saya ade mendapat tawaran Ulum Islamiah di Mesir . Tapi dari segi perbelanjaan dan biasiswa bagaimana ye ? Saya patut pergi atau tidak ?

    ReplyDelete
  20. Kak, kalau vocab tak power susah tak nak study? Nahu ada belajar tak dlm markaz lughah? Masa akak tamhidi tu belajar apa je dalam kemahiran semua tu?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum admin, tumpang iklan ya..mungkin ada pembaca yg berminat..terima kasih, assalamualaikum.

    Salam Kejayaan,

    BERMINAT PROGRAM PENGAJIAN ISLAM DI MESIR DAN INDONESIA??

    =======================================================================

    PELUANG UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DILUAR NEGARA!

    =======================================================================

    SIAPA KAMI?

    ZARA ZAKIAH CONSULTANT (SA0233111-T) merupakan sebuah agensi 100% milik bumiputra muslim yang berusia hampir 10 tahun dalam membantu pelajar dan ibu bapa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

    =======================================================================

    TAWARAN BERSYARAT UNTUK LEPASAN SPM/SPTM/STAM BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG PILIHAN ULUM ISLAMIYAH/USULUDDIN

    =======================================================================

    Antara negara dan universiti pilihan serta program yang disediakan adalah:

    1) IJAZAH SARJANA MUDA ULUM ISLAMIAH DI MESIR (Al Azhar University)
    Syarat kelayakan : Lulus SPM & minimum B dalam matapelajaran BAHASA ARAB, PENDIDIKAN AL-QURAN DAN ASSUNAH, PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH

    2) SEKOLAH MENENGAH AL AZHAR (MAAHAD BUUTH UNIVERSITI AL AZHAR DI MESIR)
    Syarat kelayakan : Merangkumi semua peringkat umur atau melebihi 14 tahun dan ke atas, TIDAK PERLUKAN SPM @ STAM
    Kelebihan : Setelah tamat pengajian, berpeluang meneruskan pengajian IJAZAH SARJANA MUDA di Universiti Al Azhar, Mesir

    3) IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DI INDONESIA
    (Program studi : PERBANDINGAN AGAMA@ILMU AQIDAH@AL QURAN & TAFSIR)
    (Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA))
    Syarat kelayakan :
    Lulus SPM & Credit dalam matapelajaran BAHASA ARAB, PENDIDIKAN AL-QURAN DAN ASSUNAH, PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH
    Yuran Pengajian : Rp3.2 juta ( RM1000 ) untuk 1 Semester

    4) Bengkel Persediaan Imtihan Qabul Sesi 2017
    Tarikh : 10-11 Jun 2017 (2H1M)
    Tempat : Pejabat urusan Zara Zakiah Consultant
    TERHAD kepada 20 peserta terawal SAHAJA


    Bagi pelajar dan ibu bapa yang BERMINAT, boleh hubungi/wassap wakil consultant kami, MOHAMMAD NAZRIN di talian 011-14799976 untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha sama ini.

    Salam Kejayaan daripada,
    DREAM HIGH, STUDY ABROAD!
    ZARA ZAKIAH CONSULTANT

    Permohonan online: https://goo.gl/forms/rPUZ5RUgKDnPRQnt2
    Website: https://zarazakiah.com.my
    Facebook: https://www.facebook.com/studyzzc/
    Alamat pejabat: No. 8-01, Jalan BM 2/6, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Bangi, Malaysia.

    ReplyDelete
  22. akak , klau ambek bidang ni , ad hafalan al quran x ?

    ReplyDelete