Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Friday, June 22, 2012

Aku yang Menentukan !

Bismillahirahmanirrahim...

Bila terfikir tentang usrah hatinya menjadi resah gelisah. Sering terasa diri tidak layak menyertai mereka. :( Padanya mereka yang berada didalam 'bulatan' itu mereka yang dekat pada Tuhan. Mereka yang meletakkan prioriti pada Agama.

Bila sesi mentafsir alquran.. 
Mereka pintar membentangkan dengan rasa yakin ..

Bila sesi men'tadabbur' Alquran.
Mereka men'tadabbur' dengan baik sekali.

Bila tiba watu perkongsian..
Mereka mampu memberi pendapat..

Setiap tugasan yang diberikan oleh murabbiyah 
Mereka laksanakan dengan sepenuhnya..
Terasa jauh :'(

Namun dia..

Kelihatannya agak payah..
Rasa kekok dan tidak mampu.
Rasa rendah diri dan jahil...
Rasa seperti asing dalam kalangan mereka..

Hatinya terasa malu . Didalam 'bulatan' itu dia lebih suka untuk berdiam . Kagum melihat usaha mereka. Didalam dunianya, dia terasa 'bualatan' di depan itu sebenarnya terlalu jauh.
------------------------------------------------------------------


Hakikatnya harga diri kita . Kita sendiri yang menentukan. Jika harga diri yang diletakkan itu rendah, maka semua perkara akan dirasakan tidak layak. Buatlah apa pun semuanya rasa tidak setanding dan ketinggalan.Sedang mereka yang bersama kita tidak sedikit pun ada rasa merendahkan.

Tambahan pula, usrah ini merupakan salah satu usaha untuk baiki iman, tingkatkan potensi diri dan proses pembelajaran. Seharusnya perkataan tidak layak itu tidak patut ada dalam diri mereka yang sedang dilatih. Belajar itu memamng sesi melakukan kesilapan,kalau tidak bersama mereka  kita mungkin tidak nampak kejahilan kita dimana dan kita tidak akan tahu banyak lagi sebebnarnya yang kita tidak tahu :)

Learn to be grateful
Berkenaan rasa asing itu sebenarnya, kita sendiri yang perlu wujudkan .sebab itu soal hati .. Yang rasa itu hati kita...bukan hati orang lain.

Dalam erti kata yang lain sebenarnya mungkin kita belum lagi memberi hati pada suasana tersebut..

Analoginya lebih kurang begini.
Mengharapkan pokok berbuah tapi tidak berusaha untuk siram dan semai benih itu dengan sebaiknya ... Hasilnya ? fikirkan sendiri ...


Credit to : K.Nadia :)



*Moga bermanfaat :)Wallahu'alm :D

1 comment:

  1. Sesungguhnya apabila aku
    menasihati kamu,bukanlah
    bererti aku yg terbaik
    dalam kalangan
    kamu,bukan jg yg paling
    sholeh/sholeha dalam kalangan kamu, kerana
    aku jg pernah melampaui
    batas untuk diri sendiri.
    Seandainya seseorang itu
    hanya dapat
    menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
    niscaya tidak akan ada
    pendakwah. Maka akan
    menjadi sedikitlah orang yg
    memberi peringatan."
    (Hasan Al-Basri)

    ReplyDelete