Bismillah.
Alhamdulillah akhirnya impian untuk menulis diblog telah di realisasikan :) Punya la lama niat tu di simpan.Tapi setelah dipaksa-paksa oleh seorang sahabat. Alhamdulillah. Inilah hasilnya.
"Awak, kalau asyik tulis dalam buku nota tu, bukannya bagi manfaat kat orang lain, cuba upgrade sikit. Sambil-sambil awak sibuk dengan hobi awak tu, tambah sikit pahala sebarkan idea awak tu. Biar mula-mula penulisan awak macam budak tadika tapi dari situ awak akan belajar :) "
Jazakillah ukhti. (Moga Allah merahmati ruh mu, ukhti fillah.)
InsyaAllah, akan dimanfaatkan sebaik mungkin !
Jari yang menaip lebih dekat dengan empunya diri. Jadi segala apa yang dicatatkan tak lain tak bukan sebagai teguran untuk penulis.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia telah sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan". (Imam Hassan Al-Basri)
Moga yang membaca turut peroleh manfaat :)
Salam Ta'ruf. |
#Dan Allah lebih tahu.
No comments:
Post a Comment