Bismillahirahmanirrahim
Persahabatan itu tidak akan terhanyut pergi
Meski dunia yang kau tinggalkan
Menjanjikan tiada lagi pertemuan dunia
Lantaran hati penuh rasa terkilan
Aku belajar erti meredai.
"Ana sayang ukhti" |
Yang terpisah itu cuma jasad
Bukan ingatan dalam kenangan
Sungguh kau segar dalam doaku
Mengalir air mata menyubur rindu.
Kau sahabat terbaik ku
Membawa aku mengenal yang Esa
Sahabat
pergi mu tarbiyah untukku
Menguji iman yang ada
buat aku terbangun
dari tidur yang lama.
Kematian itu pasti
Cuma detiknya tak diketahui
Sahabat,
Berehatlah dengan tenang disana
Aku mencintaimu.
Disegenap ruang kehidupan ku
Kau terlalu istimewa
Menjadi bintang dalam kehidupan ku
Terlalu bernilai.
Tak mampu ku hurai saratnya rindu
Cukup bagi ku untuk yakin
akan pertemuan kali kedua
Moga ianya disyurga kelak.
Sayangnya aku pada kamu kerana Allah.InsyaAllah.
Al-Fatihah buat sahabat tercinta yang telah pergi dahulu,
Nadia aka Rabiatul Adawiyah Zakaria
26 May 1992 - 2 Julai 2013.