Bismillahirahmanirrahim :)
Cukup untuk yakin Allah ada bersama,Segalanya terasa sempurna :) |
Jalan ini
Katamu
Jalan yang penuh kesedihan
Sepinya berpanjangan
Rasa ditinggalkan
Jauh terkebelakang
Katamu
Jalan ini penuh kesesakan
Menyempitkan akal
Melemaskan jiwa
Malah begitu menghinakan
Hanya sesuai bagi mereka yang tersisih.
Katamu lagi
Jalan ini jalan yang dibenci
Tak siapa sanggup menemani
Dan akhirnya aku kan terus sunyi
Hidup bersendiri.
Itu katamu,
Berbeza dengan kata hatiku.
Percaya sahaja tidak mencukupi,masih perlu pada keyakinan. |
Bagi ku jalan ini penuh kebahagiaan
Tidak pernah sedetik aku keseorangan
Tidak pernah sesaat aku ditinggalkan
Tidak pernah sekali aku diabaikan
Kerana aku tahu
Dijalan ini aku punya DIA.
Kata hatiku
Jalan ini penuh ketenangan
Mendidik akalku
Mendamaikan jiwa
Malah aku terasa mulia dengan 'izzahnya jalan ini
Kerana aku tahu
Dijalan ini Aku bersama DIA.
Kata hatiku lagi,
Jalan ini penuh cinta
Khas dari Pemilik segala cinta
Setiap waktu DIA setia menemani
Tak pernah sekali DIA melupai
Kerana aku tahu
Dijalan ini aku membina cinta untukNya.
Sering.Selalu.Sentiasa.
Setia bersamaNya ternyata aku tidak mungkin pernah kecewa.
Dari Abdullah bin Abbas R.A- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: "Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah ditetapkan takdir-takdir."
(Hadith riwayat At-Tirmizi)
Moga Allah redha :D