Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Monday, November 18, 2013

Pohon Cinta, Buahnya Redha :')

Bismillah.

Bilamana seorang hamba megetahui betapa Allah sangat mencintainya, yakin dan percayalah hamba tersebut akan sentiasa terasa termotivasi dirinya untuk meredhai segala perkara yang terjadi dalam hidupnya. Tidak kiralah perkara yang menyenangkan mahupun yang meresahkan. Hatinya kan sentiasa merasa syukur, tidak terlintas rasa ingin mengeluh.

Kerana apa?

Kerana dihatinya dia sangat menyakini bahawa Tuhannya pasti tidak menginginkan sesuatu untuk dirinya melainkan yang baik-baik sahaja. Hamba itu yakin tujuan dia diciptakan Rabbnya bukanlah untuk diazab tetapi dia diciptakan dengan penuh kemuliaan untuk dimasukkan ke dalam syurga, sebuah negeri yang punya kenikmatan abadi. Malahan setiap ketentuanNya merupakan jalan yang telah disusun oleh Rabb bagi menuju negeri tersebut.



Sahabat yang disayangi kerana Nya,

Ketahuilah,
Ketika Allah mendatangkan sesuatu yang menyakitkan ataupun musibah yang begitu membebankan, ianya tak lain dan tak bukan hanyalah 'alat' yang digunakan Allah untuk menyedarkan hambaNya bahawa dunia ini bukanlah tempat tinggal kita yang sebenar, ianya hanyalah persinggahan yang sementara. Dunia adalah negeri ujian. Tak punya nilai dipandangan Allah.

"Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat): mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)"
(As-Sajadah [32:21])

Ujian juga merupakan antara wasilah dalam membersihkan diri dari dosa dan kelalaian. Segala ketentuan Allah hakikatnya, adalah yang terbaik untuk hambaNya..

Mafhum sabda Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) : "Tidak ada satupun musibah, penyakit, gangguan yang menimpa serang muslim hingga duri yang mengenainya kecuali dengan Allah kesalahan-kesalahannya."(muttafaqun 'alaih)

Kadang-kala bila rezeki terasa sempit percayalah, ia juga merupakan kasih dan sayang Allah untuk hambaNya.Seperti Sabda Baginda  (صلى الله عليه و سلم) : "Sesungguhnya Allah benar-benar akan menjaga hambaNya yang mukmin dari dunia,padahal dia mencintainya, Sebagaimana orang yang sakit menjaga dirinya dari makanan dan minuman yang dikhawatirkan(memparahkan penyakitnya)" (Hadith sohih)

Redha tidak mungkin dapat dirasai melainkan jika cinta Allah telah bertakhta didalam jiwa dan raganya.

 Seperti  kalam Umar bin Abdu Qais, "Kecintaanku pada Allah telah memudahkan dari setiap musibah dan menjadikan aku redha dengan setiap ketentuanNya.Aku tidak peduli dengan apa yang menimpaku di pagi dan petang hari ketika aku telah mencintaiNya."

InsyaAllah, Jika kita benar-benar mencintai Allah, Maka kita akan mencintai setiap hal yang dikehendaki Allah atas diri kita.

Ayuh, mula membina cinta untuk Allah, Moga Allah turut mencintai kita :)

#Wallahu'alam.