Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Monday, January 21, 2013

Fakulti Ulum Islamiah II :)

Bismillahirrahmanirrahim :)

Semoga dalam redaNya.

Post kali ini merupakan sambungan daripada post yang lepas.Maaf atas kelewatannya.Masih berbaki satu paper lagi.Doakan tau!Sebelum ini saya ada menceritakan serba sedikit tentang kos ulum islamiah,jadi disini saya sertakan link2 yang menghantar student2 yang ingin menyambung pengajian di Mesir.Senarai link dibawah adalah Agen2 yang dipercayai.InsyaAllah.

-Daulah Medic
-Islamic Medic
-Akademi Quran Medic


Seperti yang dikatakan yuran pengajian Fakulti ini adalah 1000 USD.
Sahabat sekalian bolehlah survey agen2 tersebut.Teliti sebaik mungkin.Bandingkan fasiliti yang ditawarkan,
kelebihan dan kekurangan.Senang kata survey sebaik mungkin lah.Jangan lupa istikharahnya.

Sekian saja dari saya :)
Wallahu'alam.

Link Pertama.

P/s:Agak kesibuka sebenarnya ~

Wednesday, January 2, 2013

Fakulti Ulum Islamiah :)


Bismillahirahmanirrahim :)

Assalamualaikum.

Semenjak seminggu dua minggu yang lepas ramai junior2 yang dah lama lost contact tiba2 muncul semula. Masing2 nak tahu macam mana saya boleh ke mesir menggunakan sijil SPM untuk menyambung pengajian agama.Jadi disini sangat sukalah utuk saya berkongsi cerita sedikit sebanyak tentang course yang diambil ni.

Bangunan Fakulti
credit to SFAK


Fakulti Ulum Islamiah/Faculty of Islamic Sciences.

First thing, yang perlu diberitahu ialah fakulti ini adalah fakulti yang baru di universiti Al-Azhar dan saya sendiri merupakan batch ke-5 disini.Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat ditemukan dengan fakulti Ulum Islamiah ni .Untuk pengetahuan semua antara sebab penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan graduan yang menguasai segala cabang ilmu islam merangkumi bahasa arab,syariah,usuluddin,ekonomi islam,perbankan islam dan macam2 lagi lah.

Tempoh pengajian kos ni selama 5 tahun .Mereka yang berjaya tamat belajar disini akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum islamiah dan Bahasa Arab/ Bachelor of Islamic Sciences and Arabic.Yurannya pula sebanyak 1000 USD setahun.

Syarat kemasukannya: sijil SPM dengan cemerlang dalam 6 subjek

*Bahasa Arab Tinggi
*Pendidikan Quran Sunnah
*Pendidikan Syariah Islamiah
*Matematik
*English
*Bahasa Melayu
Lagi satu tempoh sijil SPM tak boleh lebih dari 3 tahun.

Untuk pengetahuan yang sedetailnya boleh la tekan link ni :
Fakulti Ulum Islamiah

Ni saya petik sikit dari website tersebut
(secara random je la )

Setiap tahun terbahagi kepada 2 semester, Berikut adalah subjek yang akan dipelajari mengikut tahun.

                                 
 Tamhidi
-Kemahiran Mendengar
-Kemahiran Bertutur
-Kemahiran Membaca
-Kemahiran Menulis

Tahun 1
-Al-Quran
-Balaghah
-Feqh
-Isu-isu Akidah Semasa
-Tafsir
-Tauhid
-Ulum Hadis
-Nahu
-Kemahiran Bahasa
-Komputer
-Tarikh Adab dan Nusus
-Ulum Al-Quran
-Mantiq 1
-Sorf 1
-Sirah Nabawiyah

Tahun 2 
-Al-Quran
-FeqhLughah
-Sorf
-Mantiq
-Feqh
-Tafsir
-Hadis
-Tarikh Khulafa’
-Kemahiran Bahasa
-Ekonomi Islam
-Al-Quran
-Balaghah
-Tarikh Adab dan Nusus
-Ulum Al-Quran
-Tauhid
-Ulum Hadith
-Ilmu Sosiologi

Tahun 3 
-Al-Quran
-Nahu
-Feqh
-Al-Milal wa An-Nihal
-Tafsir
-Tasawuf
-Komputer
-Balaghah
-Ekonomi Islam
-Sorf
-Feqh
-Tarikh Falsafah
-Usul Feqh
-Tauhid
-Hadis
-Geografi Dunia Islam
-Ilmu  Perkausan
-Tamadun Islam

Tahun 4
-Al-Quran
-Tarikh Adab dan Nusus
-Nahu
-Feqh
-Akhlak
-Pengajian Orientalism
-Isu-isu Feqh Semasa
-Penulisan Tesis
-Usul Feqh
-Ekonomi Islam
-Balaghah
-Sorf
-Sejarah Dunia Islam
-Tarikh Falsafah
-Undang-undang Islam
-Al-Milal wa An-Nihal

Kuliah ini fully arabic.Mestilah kan.Tapi yang ahsannya kami tidak menggunakan bahasa arab Ammi(Pasar) kami memang akan belajar fully dalam Arab yan Fushah(Baku).Seronok !!
----------------------------------------------------------------------------


Untuk post kali ni memang nak share pasal tamhidi. Bagi tahun pertama daripada lima tahun tempoh pengajian ianya dipanggil tahun tamhidi(pre) hanya mempunyai 4 subjek sahaja.Semuanya melibatkan kemahiran.

*Kemahiran mendengar
*Kemahiran menulis
*kemairan Bertutur
*Kemahiran membaca

Jadi jangan risau.Mana yang dah lama tinggal bahasa arab tu ,waktu tamhidi ni lah kita nak asah betul2 empat kemahiran yang ada. InsyaAllah nanti bila dah naik tahun tak de lah kita kelam kabut  nak tangkap apa yang Lecturer sampaikan.Tambahan pula, bila naik tahun tentu2lah subjeknya pun semakin mencabar.Jadi dengan adanya tahun Tamhidi ni InsyaAllah sedikit sebanyak terkurang juga beban pada tahun yang akan datang.


Ramai orang cakap tahun tamhidi ni tahun relaks2  :) (ramai ke yang cakap ?Err..ntah la) tak kisah la.  Disebabkan tahun tamhidi nie agak ringan  masa nak pergi talaqqi tu memang ada sangat la.Biar ta faham pun pergi je. InsyaAllah dekat situ dapat juga tingkatkan kemahiran mendengar.Lagi best fakulti ni senior2 baik sangat :) caring dan selalu taujih kami ^_^ Senior2 kami yang ohseemm selalu pesan kalau tak pulun betul2 time tamhidi ni memang rugi sangat la. Sebab time tamhidi ni lecturer akan focus pada kita habis-habisan.Dah tu lecturer nya pulak..Subhanallah! Baik sangat :D macam umi abah kita je >_<

Dewan Kuliah
credit to: Hawa Misyari


Jujur saya katakan memang rasa best sangat ambil course ni. Tak rasa rugi apa pun. Biar orang cakap course ni lekeh2 pun.

Tulus dari hati :) saya jatuh cinta pada fakulti ulum islamiah ^_^

Harap membantu.:)

Wallhu'alam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Sekarang ni, Tahun Tamhidi dah tak ada. Digantikan dengan Markaz Lughah (Pusat Bahasa) Subjek masih subjek yang sama, maksudnya still belajar Kemahiran.Cuma bercampur dengan orang dari luar negara :)
Dan itu satu peluang sebenarnya untuk 'improve' kan lagi bahasa arab kita ^-^

#Markaz ada 7 mustawa(peringkat), setiap peringkat tempohnya dalam lebih dari satu bulan dan bayarannya lebih kurang RM  350 satu peringkat.

Moga Allah cinta.