Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Thursday, April 12, 2012

Rasa Terasing ? Saya atau Kamu kah yang terasing? !!

Bismllahirahmanirrahim :)♥


Assalamualaikum warahmatullah ~


 Kali ini, ana nak masukkan entry berkenaan dengan rasa terasing.Pernah tak satu masa kita rasa bahawa diri kita sebenarnya terasing? Rasa ditinggalkan dan tidak dipedulikan ?? Hmm :)Perit bukan. Kadang kala rasa terasing itu hadir tatkala kita bersama dengan mereka yang kita sayangi. huhhh ... Salah siapa ye ? kita atau mereka? Entahlah. Disini ana bawakkan satu kisah.♥♥


 

 Dikisahkan terdapat seorang sahabat yang terlalu menyayangi dua orang sahabatnya.♥ Sayangnya dia pada mereka bukan seperti biasa. Sayang yang terlalu sayang.Sayang yang ingin dibawa kemana- mana. Sayang yang ingin dibawa sehingga ke syurga♥♥. Mereka bertiga. Ani, Ima dan Dhia. Ani terlalu menyayangi mereka.Mereka sering melakukan aktiviti bersam. Qiamullail bersama, Makan bersama, Puasa bersama, Bertilawah bersama. Ada yang menggelar mereka kembar Bertiga♥..

     Sehingga satu ketika atas sebab tertentu Ani terpaksa berjauhan dari mereka. Walaupun jauh dimata , namun dihati mereka selalu dekat. Saban hari mengutus sms. Berbalas email. Telefon dan sebagainya. Namun tidak lama. Dari hari bertukar menjadi minggu. Dari Minggu Bertukar menjadi Bulan. Dan Begitulah seterusnya. Ani semakin sibuk. Katanya banyak kerja yang perlu diuruskan.

Bagamanapun Dhia dan Ima tidak pernah melupakan Ani. Mereka sedaya mungkin menunjukkan yang Ani sentiasa dihati. Bukan Ani tidak rindu, tetapi pada Ani , Ima dan Dhia pasti memahaminya. Dia terlupa bahawa mereka manusia. Punya perasaan. Pasti terguris bila diasingkan, Pasti terluka bila dilupakan.Ya. Ani terlupa.

Hingga satu masa Ani merasakan lama sungguh mereka tidak bertegur sapa. Ani membuka akaun "muka buku". Melihat Ima dan Dhia sering berkomunikasi, Sedang dia seperti dilupakan. Hatinya terpalit rasa cemburu. Fikirannya merasakan tidak adil untuk diperlakukan begini.

Dan Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengasingkan dirinya dari mereka yang cuba mengasingkannya.....


Kadangkala kita sering merasakan bahawa
Yang DITINGGALKAN itu KITA,
Yang DIJAUHKAN itu KITA,
Yang DIABAIKAN itu KITA,
 Yang DILUPAKAN itu KITA,



Sedangkan MULA2, 
Yang DITNGGALKAN itu DIA, 
Yang DIJAUHKAN itu DIA, 
Yang DIABAIKAN itu DIA,
Yang DILUPAKAN itu DIA, 

 Kamu yang dicintai Fillah ♥

 Hakikatnya kita sering terlupa untuk mencermin semula diri kita. Kita sebenarnya sering terlepas pandang tentang kesilapan kita. Berhentilah sejenak melangkah. Pandang semula kebelakang dan Cerminlah :)

 InsyaAllah hikmahnya akan kelihatan.Sedikit kata2 buat diri dan Kamu ♥

"Kalau kita rasa kita benar atau kita yakin kita benar,
jangan mudah menyalahkan yang lain ..
Mungkin sahaja mereka juga benar
cuma kurang tepat "

Islam itu indah. Jangan dikotorkan ~ <3

Wallahu'alam. ^_^

 * Sekadar coretan hati seorang niqabi :D 

 #Mohon teguran andai ada yang tak berkenan dihati ~

Monday, April 2, 2012

Tawaran Ke Mesir :D

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum :D





Alhamdulillah hari ni ana dah pun dapat surat tawaran ke Mesir.InsyaAllah dalam bidang Ulum Islamiah di Universiti Al - Azhar. Subhanallah, gembiranya tak terkata. Heehe. Kadang2 kita tak mampu nak fikir hikmah ujian dari Allah.Bila difikirkan kembali waktu ana dapat keputusan spm bulan 3 yang lepas. MashaAllah!! pedih sungguh. Tapi kini Allah ubatinya dengan satu hikmah yang sangat bernilai.

Teringat ana pada Firman Allah s.w.t surah Albaqarah: ayat 216:

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Ok.Ayat ni memang tentang perang. Tapi cuba kalau kita kaitkan dengan LIFE kita. Selalu sangat terjadi , perkara yang kita tak suka tu lah sebenarnya yang akan membuatkan kita bahagia :)betulkan?

Jadi buat sahabat yang ana cinta i Fillah :))

Ingat selalu, Langit tidak selalunya cerah. Waktu susah pasti akan tiba. Begitu juga waktu kita berduka, tida duka yang abadi di dunia :) Dunia cuma sementara.




Opick Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini.

*Sekadar coretan hati serang niqabi.
Wallahualam. :))