Akhawati :)

Akhawati :)
“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Wednesday, March 21, 2012

Tenanglah Wahai Hati :')

Assalamualaikum :D




Hari ini Alhamdulillah ana dah pun dapat keputusan spm ana.(walaupun cuma gred je :p)
Lepas solat Dhuha ana solat hajat. tepat2 lepas doa solat hajat ana dapat sms keptusan peperiksaan ana.

Pedihnya. Sakitnya. Terkilannya. Allah saja yang tahu. Bukan ana tak usaha. Sungguh ana dah berusaha sedaya mungkin tapi itulah dugaan dariNya.:'(Waktu tu, atas sejadah ana menangis sorang2, memikirkan cita2 ana ingin menjadi seorang Doktor Pakar Sakit Puan yang semakin jauh, memikirkan keinginan ana untuk sambung belajar di Mesir yang semakin samar perjalananya. Sungguh. Ana betul2 buntu. Tiba2 panggilan masuk. Ummi.Ummi pujuk ana. Terasa hangat kasih sayang seorang ibu. Ummi meyakinkan ana perjalanan ana tidak berhenti disini. Masih banyak cara lagi untuk ana menjadi seorang doktor.

Tidak lama selepas ummi telefon,masuk panggilan baru.Abah. Ana tahu Abah risaukan keadan ana. Abah mengingatkan ana Dunia ini sementara, tak usah terlalu bersedih.Sedikit sebanyak hati yang berduka ini, terubat.

Jujur, ana sangat2 sedih. Keputusan yang ana perolehi jauh lebih teruk berbanding keputusan percubaan ana tempoh hari.

Pujukan dari Allah tidak berheni disitu, Allah datangkan kepada ana sahabat yang sentiasa mengajak ana dekat padaNya.

Kata Kak Nadia,
" Bila kau memandang segalanya dari tuhanmu, Yang Menciptakan Segalanya, Yang menimbulkan sakit hatimu, Yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan DAMAILAH hatimu..
Kerana masakan Allah mentakdirkan untuk sesuatu yang sia-sia..
Bukan dia tidak tahu kecewanya hidupmu,retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu,
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih hidup dan mudahuntuk hampir kepadaNYA.. Berlapang dadalah dan redha atas setiap ketentuanya :D"


Kata Hazirah,
"Kadang2 Allah mematahkan semangat kita untuk menyelamatkan jiwa kita.
Kadang2 Allah menghancurkan harapan kita untuk mengukuhkan jiwa kita.
Kadang2 Allah mengirimkan kesedihan kepada diri kita untuk menguatkan jiwa kita.
Kadang2 Allah Hamparkan kesakitan kepada diri kita untuk menjadikan kita lebih mengambil beratakan diri kita.
Kadang2 Allah sampaikan kegagalan kepada diri kita agar kita merendah diri di dunia.
Kadang2 Allah mengambil satu perkara dalam hidup kita untuk mengajar kita akan erti menghargai betapa bernilainya perkara itu kepada kita :'("

Buat sahabat yang berjaya, Tahniah ana ucapkan :D
Teruskan usaha klaian agar berjaya dunia dan akhirat.

Buat mereka yang seperti ana..
Gagal sekali bukan untuk selamanya.

Dunia ini merupakan kembar dengan ujian. Baik buruk di dalam dunia ini adalah ujian. Mendapat kebaikan itu juga ujian, mendapat keburukan juga adalah ujian.

Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik. Cuma kita yang gagal menilainya.

Bila Allah berikan kita kejayaan, itu kebaikan dari segi balasan usaha kita. Bila Allah berikan kita kegagalan, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.

Sahabat yang ana cintai Fillah <3 Ingat Bersangka baiklah padaNya :)

#sekadar coretan hati yang berduka agar dapat dikuatkan dengan tarbiah Nya ^_^
*Renung2kan Dan Selamat Beramal :D

Tuesday, March 20, 2012

Khas Untuk Pelajar2 SPM 2011 :)) BiTaufiq WanNajah :D




Assalamualaikum Warahmatullah :)

Esok tanggal 21 Mac 2012 merupakan tarikh penting buat mereka yang menduduki SPM pada tahun 2011. Waktu untuk berusaha, pastinya sudah lepas. Jadi yang tinggal sekarang adalah Doa :) perbanyakkan berdoa.Jangan lupa tawakkalnya juga :))
Buat mereka yang sudi mengunjungi blog ana yang ta seberapa ni Doa2kan lah kami yang akan mengambil keputusan esok *semakin berdebar :)agar diberikan yang terbaik :)

Buat sahabat2 seperjuangan ,:D
Walau apa pun keputusan yang kita dapat , bersangka baiklah pada Nya !!
Dia lebih Mengetahui.

"Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan ,
Sebaliknya Dia memberikan apa yang kita perlukan"

Sedikit perkongsian yang dipetik dari website:

-------------------------------------------------
http://langitilahi.com/

Waktu artikel ini ditulis, tinggal lebih kurang sehari lebih saja lagi keputusan SPM 2011 akan keluar. Saya sangat pasti adik-adik saya di Malaysia sana, menanti dengan penuh debar dalam dua hari ini.

Saya dapat lihat ada sebahagian adik-adik yang friend dengan saya di Facebook dan Twitter sudah mula menulis status-status ‘debar’ mereka menanti keputusan SPM yang akan keluar nanti.

Ada pelbagai reaksi. Takut ada. Berdebar ada. Yang tak mahu pergi ambil keputusan pun ada. Ada juga yang tak sabar nak pergi ambil keputusan. Ada yang sudah menghitung-hitung :

‘7 je kut.’

’10 ke 11 aku nanti?’

Saya sendiri, ada seorang adik kandung yang sedang menanti saat ini bersama kalian, menunggu keputusan SPM keluar.

Jadi, sementara menanti keputusan kalian keluar, wahai adik-adik saya, mari kita rehatkan hati kita sekejap dari perasaan-perasaan itu dengan artikel ini.

Saya tahu, adik-adik saya sedang menanti penuh debar.
Saya tahu, adik-adik saya tidak tidur lena sehari dua ini. Makan tidak lalu. Memikirkan masa depan di mana setelah keputusan keluar nanti.

Saya tahu dan saya faham, sebab saya pernah melaluinya. Mari kita laluinya bersama.



TENANGLAH TENANG

Saya pernah melalui saat ini. Seperti anda juga. Sehari dua menanti keputusan SPM, mula memikirkan :

“Ya Allah, macam manalah keputusan aku nanti? Baik ke tidak, ha?”

“Aku nak sambung mana nanti lepas dapat keputusan, ye?”

Kadang-kadang hendak menunggu dalam sehari ni pun, bahkan nanti 1 jam sebelum keputusan keluar pun dirasakan seolah-olah begitu lama sekali.

Sedangkan dengan 1 jam yang sama, kita boleh main bola atau buat apa-apa saja dalam keadaan kita rasa 1 jam itu belum cukup sebenarnya. Kenapa?

Kerana jiwa kita saat ini sedang resah, takut dan risau. Debar memuncak-muncak.

Takut nanti apa orang kata. Risau nanti apa pula reaksi mak ayah. Bimbang hendak tuju ke mana. Maka 1 jam yang sekejap pun dirasakan begitu lama kerana diisi dengan kerisauan di dalam jiwa.

Tenanglah dulu dalam keadaan begini.

Tenanglah tenang.



ALLAH ITU KAN ADA

Satu perkara yang membuatkan saya sentiasa jadi bahagia adalah kerana saya rasa Allah itu sentiasa ada bersama-sama saya.

Maka, segala gundah gulana dalam jiwa saya, kadang-kadang hilang begitu saja.
Saya tidak lagi resah dan risau.

Kerana saya tahu Allah sentiasa ada untuk saya. Maka saya jadi tenang. Debar pun kurang. Resah pun hilang.
Dan Allah itu juga ada untuk kalian, adik-adik saya. Bertenanglah. Jangan risau.



MINTALAH SUPAYA ALLAH BERIKAN YANG TERBAIK

Adik-adik saya,

Dalam keadaan-keadaan begini, apakah yang lebih patut dilakukan?

Kalau tanya pada saya, maka jawabnya merapatlah dengan Allah s.w.t.

Ya. Saat-saat begini, merapatlah dengan Allah.

Saat yang kita rasa begitu berdebar dan terdesak. Kita tidak tahu keputusan bagaimana yang kita akan perolehi nanti. Maka, rapatlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan mintalah kepada Allah agar berikan yang terbaik untuk kita ketika keluarnya keputusan nanti.

Luangkan masa jika berkesempatan untuk melakukan 2 rakat solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Minta ampun daripada Allah, kerana dosa-dosa yang ada pada kita, mudah sekali untuk menghijab kejayaan yang berkat itu sampai kepada kita. Mintalah dengan bersungguh-sungguh supaya Allah memberikan yang terbaik untuk kita.

Bagi yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur malam mengulangkaji untuk menghadapi SPM, bangun bertahajjud dan minta pertolongan dari Allah, percayalah yang Allah sentiasa memerhatikan semua itu.

Firman Allah dalam surah Al-Imran yang bermaksud :

“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.” [Al-Imran : 159]

Bagi yang kurang usahanya, atau mungkin tidak begitu bersungguh-sungguh, tidak ada juga yang tinggal pada anda sekarang melainkan Allah sahaja. Masa telah berlalu dan tidak mungkin ditarik kembali. Mintalah supaya Allah mempermudahkan jalan-jalan anda di masa depan. Kelak, bila Allah bukakan lebih banyak peluang, gunakanlah ia dengan betul-betul. Janganlah bazirkan dan siakannya buat kali kedua.

Apapun, sekarang ini teruslah meminta agar Allah memberikan yang terbaik untuk kalian.



DEFINISI TERBAIK?

Adakah yang dikatakan terbaik itu yang mendapat berbelas-belas A? Atau adakah yang dikatakan terbaik itu adalah yang berjaya tetapi dengan usaha yang ala kadar sahaja?

Apakah ukuran terbaik pada kita begitu?

Bagi saya, tidak. Bukan begitu definisi terbaik pada saya.

Pada saya, yang terbaik tidak semestinya yang mendapat banyak A dalam keputusan SPMnya. Ada orang dapat banyak A, tetapi kemudian semakin menjauh daripada Allah. Ada orang sedikit A, tetapi kemudian semakin akrab dia dengan Allah. Maka, manakah yang lebih baik antara kedua-dua itu?

Apapun, yang penting adalah usaha kita untuk menjadikan semuanya ‘A’. Itu lebih penting. ‘A’ dalam hubungan kita dengan Allah. ‘A’ dalam akademik. ‘A’ dalam peribadi dan akhlak kita.

Ia tidak hanya terhad kepada akademik sahaja, bahkan dalam segenap hidup kita.

Dan ‘A’ yang tertinggi sudah pasti adalah ‘A’ di sisi Allah.

Dan tentunya yang lebih baik, adalah yang mendapat banyak ‘A’ dalam keputusannya, kemudian dia semakin rapat dengan Allah.

Membumikan kehidupan kita sebagai hamba Allah ketika menerima keputusan. Itulah terbaik pada definisi saya.





PENUTUP : JALAN MASIH PANJANG, TERUS BERJALAN !

Akhir kalam dari saya dan abang-abang serta kakak-kakak di LangitIlahi.com, kami mengucapkan ‘Selamat Berjaya !’ kepada semua adik-adik kami.

Kami tidak pernah kisah kalian akan dapat berapa ‘A’ dalam keputusan kalian. Sungguh, bukan itu yang menjadi keutamaan kami.

Yang kami lebih kisah, adalah bilamana kalian tidak mendapat ‘A’ dalam hubungan kalian dengan Allah. Itu lebih kami kisah kerana kalian adalah adik-adik kami, yang kami harap mampu berpimpinan tangan dengan kalian semua ke syurga Dia. Jadi, bagaimana mungkin kita mampu ke syurga bersama sedangkan kita tidak lulus dalam ujian hubungan dengan-Nya?

Dapat banyak, tidak semestinya mulia. Dapat sedikitpun, tidak semestinya hina.

Kedua-duanya adalah ujian dari Allah, untuk melihat kita ini bergerak semakin dekat dengan-Nya atau semakin menjauh dari-Nya.

Kalau kalian berjaya, kami tumpang gembira. Kalau tidak berjaya pun, tidak mengapa, teruskan perjalanan di depan. Kami tetap masih ada memberi sokongan kepada kalian asalkan kalian mahu bersungguh-sungguh.

Syabas dan tahniah saya ucapkan (walaupun masih awal lagi) kepada adik-adik yang beroleh keputusan yang terbaik nanti. Dan kepada yang belum mendapatkan yang terbaik itu, teruskanlah mencuba dalam fasa kehidupan yang seterusnya.

Perjalanan kalian masih panjang. Ia tidak terhenti setakat SPM ini sahaja.

Kalian akan merentas lebih banyak cabaran bila masuk ke dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) nanti.

Ada yang masuk IPT dengan banyak ‘A’, tetapi keluar sebagai orang yang terkebelakang dalam masyarakat.
Ada orang masuk IPT dengan sedikit sahaja ‘A’, tetapi keluar menjadi orang harapan dalam masyarakat.

Bukanlah ‘A’ atau tidak ‘A’ itu jadi penentuannya. Yang jadi penentuan dalam perjalanan kita yang panjang ini adalah hubungan kita dengan Allah. Kita akan berdepan dengan banyak cabaran yang akan menguji hubungan kita dengan Allah nanti. Maka, waktu itu, barulah terbukti kuat atau lemahnya kita.

Yang penting jagalah Allah, pasti Allah akan menjaga kita di mana kita berada dan pada bila-bila masapun.

Sementara masa yang ada, teruslah berdoa dan memohon kepada Allah supaya Allah meluluskan kita dalam keputusan kita yang akan keluar tak lama lagi serta lulus dalam ujian masa depan kita sebagai hamba-Nya.

Semoga mendapat yang terbaik, adik-adikku sekalian !

Selamat menempuh masa depan.
Semoga Allah tetap kalian bawa sepanjang kehidupan.

#Itu saja coretan ana untuk kali ini. Renung2 kan dan Selamat beramal ^_^

*Dipetik dari

http://langitilahi.com/